Nuffnang Ads

Wednesday, November 18, 2015

Anak ko berapa A ar? Subjek fail tanak tau ke?

Nak cerita jugak la pengalaman UPSR.

Acik dulu UPSR 4 paper jek. Tapi sebab acik nih blur, acik pegi study semua subjek. Tatau la nak cakap, nak kata tido dalam kelas tu takde la, mungkin la tak faham penerangan cikgu. Bila dah dapat jadual exam tu baru la tau masuk 4 paper jek, alam & manusia, agama, seni, etc semua tak masuk rupanya, lol. Pengajaran: Acik tak work smart.

Wpun blur2 sotong, acik tetap target nak semua subjek A. Alhamdulillah, dapat 4A. Dalam sekolah acik tu cuma dapat 16 orang jek straight A. Ingat lagi bila cikgu umum dalam perhimpunan, acik dah tunggu nama kena panggil. Tu la 1st & last dok barisan depan dalam perhimpunan. Acik tersengih2 macam kerang busuk kat depan tu.

Acik ingat lagi amik ujian IQ, kertas dengan tulisan kaler very light cream green. Cikgu penah bgtau (time nih acik alert la pulak), soklan dia susah, dah la susah nak baca, sape yang pass paper nih boleh masuk sekolah berasrama penuh. Acik terasa nak masuk sekolah berasrama penuh, rasa macam besh jek. Masa tak fikir pon homesick ke apa sebab bapak garang giller kan, kat umah bukan ada apa sangat, sama jek kaedahnya kalo masuk asrama. Cuma konfem rindu giller dengan mak la kan, sob sob... Pengajaran: Masuk asrama merupakan satu cara melarikan diri dari rumah.

Tapi acik x dapat pon sekolah asrama. Sambung la sekolah ikut surat penempatan yang dapat kat sekolah rendah tu. Acik dapat masuk kelas Rancangan Khas (RK) yang betul2 sebelah kelas Khas (oku) sampai satu sekolah ingatkan kitorang budak2 khas. Dari situ rupanya ada yang sanggup tukar sekolah sebab nak masuk RK wpun sekolah asalnya bleh tahan glemer la jugak. Pengajaran: Bukan sekolah jek nak glemer, kelas pon kena glemer jugak.

Dipendekkan cerita, acik dapat 7A 1B dalam PMR Form 3, Agregat 10 dalam SPM Form 5, Diploma, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer & sekarang kerja gomen. Hakikatnya acik suka belajar sebab dapat escape dari rumah & acik seorang yang pemalas nak study sebenarnya. Tapi sebab acik takde bende lain nak buat, famili bukan orang senang, bende paling besh acik ada pon walkman masa spm & pc masa degree. Bila dah takde bende nak buat, acik study la untuk mengisi masa lapang, punya la bosan kan hidup acik. Ye la, duit takde, masa banyak. Pulak tu zaman study dulu acik sangat tertekan dengan perangai bapak yang garang nak meninggal, jadik pergi belajo tu adalah my form of escape.

Untuk anak acik pulak, acik takde harapan setinggi gunung untuk dia masuk universiti ke kan. Acik harap dia berjaya dalam bidang yang dia minat tak kisah la minat menjahit ke, memasak ke...  cuma acik nak lamborghini jek sebijik... eh!

Exam nih pada acik, direka untuk mengkelaskan & bagi senang nak short list budak2. Ko banyak A, ko bleh masuk sekolah best sebab kalo ikutkan satu Malaysia nak masuk sekolah best. Instead of korang masuk sekolah besh, apa kata korang cipta kehidupan korang yang besh, tu lagi bagus sebab nanti korang nak hidup kat alam pekerjaan lagi lama (insyaa Allah) dari alam sekolah. Tu pasal tak lulusan tinggi pon bleh jek berjaya dalam kerjaya, rezeki kan Allah jua yang memberinya.

Bagi yang cemerlang dalam pelajaran, itu adalah short cut untuk anda memilih apa jua yang anda suka dalam bidang yang diiktiraf oleh academicians. Risikonya, kalo korang minat bidang bertukang, menjahit, etc, tapi belajo pandai jenis yang dapat banyak A tu, kemungkinan beso korang kena puas bergaduh dengan mak bapak, keluarga & cikgu2 untuk teruskan niat korang tu. Nampak tak plus minus dia camne?

So good luck. Mak bapak yang sedih sangat anak dapat sikit A tu adalah poyo, lol. Bye 👋

Tuesday, November 10, 2015

Bahayanya ball pits, taman bola & sewaktu dengannya

Scary kan?

Aku rasa dah setahun kot, mungkin lebih dah tak bawak Comel pergi tempat mainan indoor gini. Sebabnya, last time pegi anak aku sakit, aku suspek tempat nih gak bersih.

Mana tak. Mak bapak bawak anak yang berhingus2, yang demam & nampak sakit. Aku pernah baca, yang chicken pox blom kering pon dah bawak tempat gini.

Tambah pulak ada mak bapak yang bijak laksana, agaknya dulu subjek Biologi dapat A kot, takmo vaksinkan anak. Anak ko sakit, anak aku pon terdedah tau wpun anak aku dah vaksin.

Anak aku memang suka la tempat  mainan ni, dah ada banyak mainan kan, dengan kawan2 ramai lagi. Tapi rata2 aku tengok mak bapak bukan melayan anak pon, sibuk dengan hp masing2. Yang anak sakit berhingus meleleh2, dah la bergaduh dengan anak orang, biarkan jek sebab mak bapak sibuk dengan hp masing2.

Dah la, aku tak bawak la anak aku pegi sini. Outdoor playground tu ok la, hari2 jemur dengan matahari kan, kurang sikit risiko pembiakan virus & bakteria.

Sunday, November 8, 2015

Happy Birthday My Little Comel

Huhu, ada la goodies bag masa Comel 1yo, adoi la lupa... Nasib baik ada fb memory share nih, kalo x lupa abes.

Kalo ikutkan bajet untuk buat 1 beg nih murah jek, tahun nih punya ada dalam 10 item per bag dengan kos tak sampai rm4, sebab beli barang2 kat kedai borong. Mak aku pon kata kat kedai borong nih murah.

Aku beli kat Joe Meng Taman Melawati. Situ semua ada kalo ko tak cerewet. Borong jek jajan, mainan & bende alah party dalam satu kedai, plastik bungkus pon ada.

Kalo dulu ikut bapaknya gi area pudu, dah la kene gi awal pagi sebab nak parking, sekali ada dekat kat rumah da, haha sengal jugak la. Satu lagi kedai borong kat Setapak, namanya Fantasy Jungle Food, tapi mainan kurang, nak borong jajan ok la.

Cuma kedai borong jajan  konsepnya borong kan, ko beli la satu bungkus beso macam kedai runcit tu, dalam ada 40 bungkus gitu ikut produk. Pastu aisle dia sempit ya amat, jadi takyah bawak anak beranak tok nenek semua pegi kedai tu. Yang bagusnya kedai2 gini, lepas bayo pekerja dia akan tolong angkat barang bawak masuk kereta. Jadi tak risau la kalo park jauh sket.

Btw, saya tak amik upah goodies bag, buat setahun sekali pon dah terkial2. Tahun lepas ofis ada tempah, tapi bawak ofis la gotong-royong pek bende alah nih, kalo camtu boleh la kot, hehe...

Saturday, October 31, 2015

Tahniah JDT juara Piala AFC

Tahniah JDT, tahniah Johor.

Wpun aku buta bab bola, tapi memori aku lebih kurang 20 tahun lepas tengok bola kat tv semata2 kurius dengan perlawanan Johor & MU. Mak aku balik dari xtvt surau pon pelik tengok anak dia tengok bola, sebab famili kitorang memang tak tengok bola.

Bila mulanya rebranding JDT & upgrade stadium Larkin atas usaha TMJ, scene bolasepak khasnya di Johor dah berubah, semakin meriah. Aku yg buta sukan bola nih pon terasa tempias. Umah kitorang dekat la sangat dengan Stadium Larkin tu, tetiba rajin penuh kereta kat kawasan kejiranan kitorang sebab orang nak tengok match kat stadium. Kereta dengan sticker JDT, orang pakai jersey merata2 boleh jumpa. Merah biru makin menyerlah. Aku mengaku, hebat scene nih, memang meriah.

Sebab design dia cantik kan. Font tu lama dulu aku dah guna dalam logo 5S yg aku reka. Bila keluar font tu, alamak suka la, terasa jiwa JDT tu memang lama dah ada, hew hew. Tapi tu la, aku kan buta sukan bola nih, tapi bila balik JB tengok meriah gini. Pastu, Stadium Larkin tu mesti ada jek kereta park situ dengan orang nak amik gambo, termasuklah aku 😅

Aku sejak lahir memang lalu la area situ, lagi sukan sekolah rendah, sekolah menengah pon kat situ. Memang major improvement TMJ bawak. Stadium tu dulu penah desas desus nak roboh, sekarang dah advance. Mana tak, tiap kali match, penuh kete depan rumah aku tu.

Aku tatau nak ulas apa lagi, haha.

Tahniah JDT, Tahniah Johor. Yey satu Malaysia cuti 😉

Wednesday, October 21, 2015

Kenapa anak saya dah beso pon masih berdukung

Anak I ada la tantrum jugak, tapi alhamdulillah dapat dikawal. Takde la sampai guling2 kat lantai, menangis tak berenti ke kan.

Mungkin jugak sebab aku rajin dukung dia. Wpun orang kata dah beso sangat untuk didukung, tapi dia anak aku nan sorang. Budak2 lain mungkin sebab ada adik, mak pon x larat la nak dukung semua sekali kan.

Jadik, 80% masa hantar & amik ke/dari ke pengasuh, Comel dalam keadaan berdukung. Kalo jalan2 pon dukung jugak, tapi tak lama la, cukup nak lintas jalan, gerak dari kedai ke kedai, atau ke parking kereta.

Saturday, October 17, 2015

Tutup tv

Pandai dah anak aku nih. Bila nak main game kat handphone, Comel tutup tv & ps3. Anak Mummy sayang...

Tuesday, October 13, 2015

Pakcik tua di tengah kota

Aku ada cerita, berlaku semalam, lebih kurang berkait jugak la.

Semalam aku lunch dengan Nova Leeza & husband dia, makan nasi ayam Mass. Tengah makan tu, nak dekat2 abis la, ada sorang pakcik nih mundar mandir. Pakaian kemeja biru, ada lanyard lusuh pengikat segugus kunci kat leher. Aku fikir macam pakcik nih nak makan ke, dah abis makan ke, macam keje sini ke?

Kat atas meja aku letak bekas air 1.5L warna pink. Pakcik tu memang macam nak tarik eye contact kitorang, bila aku ter-eye contact tu dia patah balik & tanya aku bekas air tu beli kat mana dalam lorat Nogori. Kitorang cakap la beli kat mana2 kedai plastik, mulanya cakap Aeon tapi dia macam tak faham.

Sebab dia dah pegang bekas air aku tu, macam berminat sungguh la, aku pon bagi jek kat pakcik tu. Tros pakcik tu tanya nak jual berapa, dia takde duit sebab duit pencen tentera masuk 20hb. Aku bagi jek sebab aku nih memang suka beli bekas air. Pakcik tu pon duduk dengan kitorang. Masa nih baru aku tau dia sebenarnya nak sembang, bekas air tu intro jek, aky rasa la.

Aku & Leeza sembang la dengan dia, Leeza la yg banyak sembang tanya pakcik tu macam2. Pakcik tu kata dia keje tolong2 kat kedai makan situ, potong lada katanya, dapat upah makan, pencen tahun 80an, rumah dia area situ & anak2 dok asing. Pakcik tu nampak kurang terurus la tapi tak ketara, nampak sunyi kot.

Masa pon nak dekat 2pm, aku pulak dah tak boleh nak habiskan makanan sebab akhir2 dah mula balik jaga makan. Jadik kitorang gerak la balik ofis, baik hati Leeza sedekahkan pakcik tu duit, senang jek pakcik tu terima. Mungkin pakcik tu susah.

Masa bayo makan tu, pakcik tu menyinggah meja orang lain & tunjuk bekal air aku bagi kat dia tu, sambil kira duit Leeza sedekahkan tadi. Lepas tu kitorang singgah beli pisang, nampak pakcik tu jalan menyinggah meja2 lain, tapi tak nampak dah bekal air, haha. Takpe la, dia simpan dulu kot.

Pakcik tu veteran, rekrut tahun 60an katanya. Keje hukum rekrut2 yang buat kesalahan. Sekarang dia dok sensorang, kitorang pon tatau kisah lanjut pakcik tu kan, tapi kesian jugak tengok orang tua keje bantu2 kedai dengan upah makan. Tatau la. Agaknya kalo bapak aku dok jenjalan, sembang dengan random people agak2 orang fikir bende sama ke?

Saturday, October 3, 2015

Gunpla Cafe, Kota Damansara, restoran berkonsepkan Gundam Gunpla

Tengahari tadi aku & anak pegi Mr Gunpla Cafe kat Kota Damansara untuk mencuba cafe yang disebut2 gunpla builders. Satu lagi pon sebab nak jumpa Pippolan yang aku pesan side cutter masa dia pegi bercuti kat Jepun baru2 nih. Kawan2 lain pon ada jugak, Yus, Steel & Mijie.

Nak pegi sini aku pakai Waze jek. Dalam perjalanan tu cuak jugak sebab gps kejap2 kang off, pastu ada jalan tutup. Alhamdulillah sampai sedang elok timing, parking sini kalo weekends takyah bayo. Dari tepi jalan nampak papan tanda restoran dengan font yang mudah sangat dikenali oleh peminat Gundam.

Cermin & latar restoran nih hitam, sekali pandang macam tutup jek, tapi ada tanda Open yg menyala kat depan, so perati dulu sblom blah yer. Masuk ke dalam pon suram jek restoran nih. Nampak ada satu meja dengan pelanggan anak beranak tengah pasang PG Red Frame & anaknya (kalo tak silap la) MG model apa aku tak ingat.

Aku pon pesan Monster Gunpla Burger & iced lemon tea, untuk anak, Hyper Mode Chicken Finger. Nama dia based on Gundam la of course, tapi menu ada gambo & keterangan yg cukup informatif.
Makanan sampai tak amik masa lambat sangat. Burger aku beso yo, haha, sebab aku x makan lagi jadik bleh abeskan. Ada patty, salami kot, cheese, telo mata, timun; on the side ada fries & secoet coleslaw. Itu pon ada lagi bege beso dari nih.

Chicken finger ok la, crispy tapi berminyak & ada part kulit ayam, urgh. On the side ada fries & secoet coet coleslaw. Iced lemon tea ok, gelas beso puas hati minum.

Selain dari tu layanan bagus, ok la. Yg amik order & cashier tu payah senyum, tapi dia akan tunggu jek ko belek menu untuk order. Ada sorang mamat tu peramah, ok la. Kitorang pon ok jek, asalkan amik order cepat, makanan cepat sampai & apa kitorang nak dorang layan.

Deco restoran nih of course bertemakan Gunpla la kan. Ada glass cabinet diisi dengan pelbagai model gunpla, ada jugak yang diletakkan atas rak & kaunter jek. Kat tingkat atas katanya ada kedai jual Gunpla, tapi aku tak naik sebab tanak kena racun, ahaha 😅

Cuma restoran nih suram la, kalo nak pasang gunpla tu kena tenung renung sket la. Tadi pon aku test Trinity side cutter dengan set Bandai Afro Gunso po  kena carik cahaya terang sket. Jadik la dapat buat kepala jek kan. Itu pon brader yg pasang PG Red Frame tu ok jek survive, agaknya kawasan dia pencahayaan lebih elok kot.

Apa2 pon aku rekomen la korang pegi kalo korang peminat tegar gunpla, atau korang nak introduce kengkawan dengan hobi gunpla, mahupun mendapatkan sokongan kekasih & pasangan hidup korang. Owh, brader yg pasang PG tu dia cerita asalnya dia saje datang, kendian sangkut dengan hobi Gunpla & PG nih adalah model kedua dia buat.

Kat restoran nih jugak boleh tengok WIP (work in progress) & finished work oleh pengunjung lain. Kat luar pulak ada sorang lagi brader tengah amik gambo Kshatriya clear, katanya amik 36 jam untuk siap. Pada aku hebat abes la mamat nih sebab clear parts sangat la susah nak pasang.

Hobi nih agak mahal kalo model yang berkualiti. Kalo nak murah2 ada jek, tapi dalam bbrp jam jek dah siap, pastu kang termenung pulak sebab tak mencabar. Apa2 pun ikut la kemampuan yer, sebab kalo dah taksub sangat, hobi boleh jadi beban, tak kisah la apa2 hobi pon kan. Ok la, itu jek review aku, tqvm 😙

Jerebu, kenapa la bacaan lain, paru2 aku rasa lain

Banyak event batal sebab semua orang ikut & percaya bacaan IPU. Kalo kita guna mata, hidung & paru2 terutama paru2 orang astma, kita boleh simpulkan yang bacaan adalah 2-3 kali ganda dari yang dilaporkan.

Aku bukan pakar, tapi aku merana jugak la sejak jerebu, hari2 paru2 wheezing. Batuk teruk malam & awal pagi, batuk macam tersedak air, rasa macam ada air dalam paru2. 1 canister inhaler pon pakai x sampai sebulan.

Tapi masih lagi terkawal. 4 jam sekali amik inhaler, minum air masak banyak2, kurangkan masa di luar. Alhamdulillah, rumah aku beso & sejuk, jadik ok lagi duduk dalam rumah tanpa buka pintu/tingkap, kipas tak perlu buka laju2, air cond tak perlu sebab aku tak suka udara dingin kering.

Kalo dok umah mak aku, kat JB tu, lagi teruk aku & anak batuk. Lagi kerap aku ajak mak keluar jenjalan kat shopping complex. Kadang2 tu rasa lagi selesa dok dalam kereta.

Mengeluhlah kita, tak mampu buat apa2 sebab jiran yang tak boleh diusik yang buat hal. Maka beringat jek la kita, tahun depan, masa yang sama, kita buat persiapan, kita jangan buat apa2 aktiviti luar, running events, family day, hari sukan, picnic, semua yang outdoor takyah buat. Mungkin hotel, balai raya, dewan, convention centre boleh amik peluang.

Take care & bersabar jek la.

Monday, September 28, 2015

Mummy tido, Comel main game

Dialog semalam lepas Comel tanya bila nak pegi Mummy's house aka balik rumah sendiri.

Mummy: Besok kita balik, tapi kita kena tido dulu la sebab esok kan Mummy nak kena drive, nanti Mummy ngantok.
Comel: Ooo... Mummy tido (dulu), (sampai rumah nanti) Comel nak main game. Ada robot, ada small robot, ada asobi.

Ha'ah, ingat game dia jek...

Thursday, September 24, 2015

37 years old crocheted shawl

Crochet shawl hadiah hantaran dari Abah kepada Bonda, handmade by his sister. Dah 37  tahun masih elok lagi.

Yup, I got the knitting & crocheting bug from Abah's side.

Tuesday, September 22, 2015

Restoran Al Aqsa masakan Palestin yang sangat sedap

Tadi aku lunch kat Restoran Al Aqsa kat Pandan dengan Nova Leeza & suaminya. Sebelah dia restoran Menate yang baru nak bukak.

Beriya2 Leeza kata sedap & cakap orangnya dari Palestin & service sangat bagus. Maka aku pon teracun la, tu pegi lunch tadi.

Sampai2 jek takde customer lain, menu diberikan & sambil tengok menu kitorang dapat segelas air sejuk sorang. Rasanya takde lagi kot kedai bagi air kosong free gitu kan, kalo ada pon payah kot jumpa melainkan hotel.

Kitorang amik set lunch yang dibagi segelas air oren ice blended, masam2 & tak terlalu manis, aku suka. Aku & Leeza order Mandy Lamb RM14 (centre pic), suaminya order Lamb Maklouba (1 o'clock pic).

Mak aih sangat sedap. Rempah cukup rasa tak melebih2, lamb sangat lembut, nasi lembut & harum, oi tetiba lapo nih! Portion sedang elok untuk perut aku, habis nasik & kambing. Maklouba jek portion beso, bleh makan 2 orang. Tokeinya pon peramah & tanya kita camne makanan, of course la sedap kan.

Cuma ada yang tak berapa fasih bahasa Melayu, cakap english pon tak berapa. Tapi takde hal, aku nak pegi lagi sini & nak jugak pegi Menate sebelah tu jugak, hehe.

Pegi la, restoran dia kemas & bersih. Sebab baru lagi, orang x ramai. Makanan arab fav aku kat Al Rawsha, nih pon dah jadik fav aku. Makanan memang sedap ikut lidah aku nih la, cukup rasa well balanced, teringat kat masakan arwah Tok aku, yummm.

Wednesday, August 26, 2015

Hantu meemee

Dah abes masak mee sup. Comel pon datang dapur.

C: Mummy masak meemee (mee)?
M: Ha'ah, masak meemee.
C: Owh, Mummy masak meemee, I love meemee. Mmm, smells good. Fork?

Bukak laci cutleries, pilih garpu.

C: Choices... choices... Haaa pink fork.

M: Ha'ah, amik la pink fork tu.

Dia kalo mee, pasta, jelly worm memang suka. Nasik tu tengok mood la, haha.

Saturday, August 15, 2015

Atok & kebunnya

Dulu, sblom ada tesco ampang tu, nenek & atok aku dok situ. Rumah panjang dorang buat sementara, tapi takde la sementara sangat pon.

Nak citer, tepi kawasan tu ada tanah kosong. So atok aku nih suka la menanam kat situ, kira macam kebun dia la. Aku suka pegi situ, ada tanam sayur, terung pipit yg sedap dimasak sambal tumis, etc. Tapi x tahan banyak nyamuk la. My atok was so happy.

Sekarang dorang dah pindah rumah flat. Dah tableh berkebun. Tapi dulu ada la dorang datang umah dengan adik2 mak aku tu. Atok memang tak dok diam, dia pegi bersihkan laman yg sekangkang kera tu. Kitorang soh la dia dok dalam, tapi kitorang tau dia rindu nak berkebun tu. Kesian atok.

Weight loss dengan madu

Kalo hujung minggu mesti buat air teh o. Mak aku lagi la, hari2 ada air teh o.

Tapi sejak mak abah aku ada kencing manis, aku pun kena la hati2, kurangkan gula. Sekarang aku tak pakai gula pasir dah, aku pakai madu lebah. Gula pasir kat umah aku nih memang tak luak2 la, haha.

Selalu fav aku, teh o brand Sabah Tea, kayu manis @ cinnamon (strip halus jek) & madu lebah 2-3 sudu beso untuk sukatan 1 teko. Comel memang suka la, sedap & wangi.

Aku ada baca aritu, madu lebah + cinnamon bleh kawal berat badan. Aku pun tatau la sebab nih ke kan, sebab aku campur la jaga makan, exercise sket2, inches banyak la turun & total lost 6kgs.

Btw lalo berminat, gepren aku jual madu nih. Dalam gambo nih madu biasa, kalo korang nak madu tualang bleh la order kat dia, Nova Leeza, no hp/watsap 0134987300. Nih la empunya blog novaleeza.blogspot.com yg keje dia makan jek tapi tak jugak gemuk ai jeles huhu...

Madu tualang tu katanya madu dr bunga yg pokoknya tinggi melangit, so spesel la banding bunga2 pokok rendah, kemain gigih la lebah nih terbang sampai ke atas nun.

Saturday, July 25, 2015

Beg raya

Tahun nih aku tak beli pon kasut & beg raya untuk diri sendiri. Sebabnya tahun nih dah berkenan kat beg Carlo Rino kaler biru nih. Tapi jual online jek & sebab aku tak penah pegang bende alah nih, rasa berbelah bagi pulak nak membeli. 

Ada jugak jalan2 carik handbag, kasut kendian la bila dah dapat beg, tapi satu pon x berkenan, kalo berkenan pon mahal giller 😅

Ciri2 beg pilihan:
Keler - biru turquoise 
Saiz - beso, bleh isi 'barang sendiri' & botol susu anak
Tali - mesti bleh crossbody, dengan erti kata lain bleh silang badan kang senang nak dukung anak

Hamboih... memilih... 

Pastu kan, 2 malam sblom raya, terjatuh pulak dalam longkang depan  rumah, dah luka kaki. Jawabnya takyah la berangan nak pakai kasut bertutup, pakai jek la sandal Giant tu sebab elok2 luka kat bhgn expose tu, adoi la, haha. 

Mungkin ada orang tanya, perlu ke nak kasut beg baju raya baru bagai? Tak perlu pon sebenarnya, kalo dalam wardrobe ada lagi yang blom pakai atau sekali dua pakai, elok lagi & mengikut kaler tema. Kaler tema pulak jadik mangsa 😅

Tahun depan kena prepare elok2 sket, tahun depan jugak ramai sedara mara balik JB, meriah lagi la tahun depan, insyaa Allah. Baju raya untuk mak aku beli salah label saiz da, nasib baik la koleksi baju kurung mak banyak. Ui koleksi dia banyak, kalah aku yang keje gomen nih. 

Apa2 pon anak jugak yang bergaya lebih, macam biasa la. Maknya dapat mekap sblom keluar rumah tu kira dah bersyukur la, dapat selfie sket & upload nih-la-muka-aku-di-pagi-raya-lepas-ni-tatau-ape-rupa-huhu. Tau jek la kang salam2 laga2 pipi, makan minum, anak tepuk2 muka, tudung pon nasib baik la jenis sarung jek, kalo senget pon orang ingat fesyen, haha. 

Itu la, nak beli ke tidak beg nih. Harap2 da abes stok la kan, haha 😅

Saturday, July 11, 2015

http://paultan.org/2015/07/09/video-are-you-using-a-child-car-seat-for-your-child-yet-listen-to-these-testimonials-from-parents/

Ewah, video akak bercakap macam peluru mesingan suda masuk paultan.org (^3^)

Ok, few seconds jek pun, orang lain pon ada bercakap jugak ;p

Point akak adalah, kalo kita konfiden pon dengan cara pemanduan kita, kete kita hebat pon ada abs, airbag, etc, tapi kalo ada hamba Allah lain buat silap, kita juga yang menerima akibatnya, nauzubillah. I think you guys know the physics kan?

Aku memang dah belikan Comel car seat sejak dia dalam perut lagi. Elok2 lahir, dah ada car seat sendiri. Sebab aku la yang ngantor amik dia ke/dari rumah nanny, dan bapaknya pon selalu balik lewat & takde kat rumah weekend, nak gerak jenjalan dengan anak senang ada car seat nih. Ha'ah sejak baby lagi aku rajin bawak Motet nih jenjalan.

Yang tak bagusnya pulak, aku pangku dia bila bapaknya drive. Fikir senang nak menyusu. Keselamatan penting ya kawan2, jangan ikut perangai saya ni.

Alhamdulillah, sejak Comel pakai car seat SNSKIDZ Star nih kan, jadik bersemangat pulak dia nak duduk dalam car seat nih. Balik dari rumah nanny, terus duduk & mintak pasangkan seat belt, haha. Pagi2 tu selalunya dia tido kan, jadik sumbat kat mana pon dia redho jek.

Btw, tahun 2017 nanti kerajaan akan kuatkuasakan pemakaian child car seat, ada beberapa negara dah lama kuatkuasakan, apa salahnya kita buat bende baik kan? Ada banyak pilihan car seat, mahal ada murah pon ada, yang sama aspek keselamantannya. Bolehlah menabung dari sekarang, insya Allah kalau kita usaha, Allah pasti akan tolong. Selain tu dapat jugak train anak kita duduk dalam car seat tu kan?

Sape yang travel jauh mahupun dekat raya nanti, semoga selamat sepanjang & selepas perjalanan. Kalo nampak Sitam saya yang kemet2 nih, hon2 hai2 la yer.

Sekian.

Friday, July 10, 2015

Shopping Raya

Panas betul arini, habis dah separuh jug air, huhu. Tadi lunch break, aku sempat singgah Jln TAR, nak beli baju & tudung untuk raya pertama, untuk aku & Bonda. Motet nyer baju beli dah, kasut pun dah ada. Cuma baju rugged (read:non traditional attire) jek blom lagi.

Wpun aku keluar kul 12pm dr TH Selborn, payah jugak nak carik parking kete. Pusing balik, kendian park kat Maju Junction. Owh Parkson kat situ dah bukak, sempat gak tengok2 handbag situ, tapi takde yang berkenan la. Aku ada berkenan kat satu beg nih, tapi kena beli online la. Tapi tu la, selagi x pegang, x puas hati la.

So tadi dapat gak baju, beli murah2 dah kat 1st Lady tadi. Susah nak betul nak kasik match warna dengan baju Si Motet nih, macam reddish purple gitu. Baju neneknya size beso kan, amik jek la mana kaler yang dekat2.

Pastu carik tudung pulak, ok dapat dah kaler yang padan. Pastu balik dah, leh tahan terik jugak tadi. Orang ramai jugak, tapi tak sesesak hari minggu, sebab orang dah nak balik ofis kan.

Baju lama aku pon ada yang baru pakai sekali dua jek, ada lagi bbrp pasang beli tak pakai2 lagi, kita pakai jek hak tu tahun nih, haha. Aku & gepren2 bersependapat nak beli baju2 yang office friendly jek tahun nih. Sekarang rules dah ketat sikit, pendek kata baju kenduri tokleh bawak keje. Tapi aku hantam jek batik sutera yang merelit2 tu. Pastu jubah pon bleh pakai hari Jumaat jek sekarang nih & warna gelap. Takde pekdah nak beli jubah banyak2 wpun sekarang design cantik2.

Kasut & handbag pakai jek la hak lama kot, end up aku pakai selipar jugak kang senang nak dukung anak, haha 😅

Tambah pulak gaji bulan nih masuk semalam kan, berpada2 la belanja, beli yang perlu, jangan amik yang berkehendak. Selamat berpuasa & selamat berbuka 😙

Saturday, July 4, 2015

Epidural

Kesiannya, jadi mangsa doktor pelatih pulak.

Pengalaman aku masa kat HUKM, wad bersalin biasa, beranak pun kat labour room biasa, foc sebab kakitangan kerajaan. Masa dah rasa sakit contraction tu, aku ditanya sama ada nak epidural. Of course nak, aku tau aku nih jenis tak tahan sakit. Ada sorang nurse senior tu kerek betul, kasar jek bahasa.

Dorang offer epidural sebab aku akan kena induce. Kalo dah contraction pon sakit, mau meraung aku kalo kena induce nanti.

Dua jam menahan sakit contraction tu, baru doktor epidural datang, mesra & informatif. Nurse kerek tadi pun bertukar karektor jadi prihatin, nampak sangat keje x ikhlas.

So lepas briefing & aku sign borang, prosedur dimulakan. Doktor bagi aku peluk bantal & bongkokkan badan. Mula2 dorang bagi bius dulu, kendian baru jarum epidural dimasukkan, rasa jarum halus & pendek, tak sakit sangat pun. Padahal jarum tu beso panjang kan. Kemudian rasa kebas menjalar satu badan, rasa sakit contraction pun makin hilang, rasa macam gatal2 kat muka sana sini situ, betul macam briefing tadi.

Tapi doktor bagitahu, bila dah bukaan 10cm akan rasa sakit juga sebab itu tugas saraf yang lain. Ya Allah, sakit sungguh, tapi memikirkan nak keluarkan anak, aku tabahkan diri jugak.

Aku fikir, bagus juga epidural macam ni, takde la kebas sepanjang masa. Bila nak push tu, rasa contraction, jadi kita boleh kawal. Alhamdulillah sakit sekejap jek.

Bila dah selesai, Mysarah pon dah bersih dibedung dalam katil baby sebelah katil aku tu, doktor muda mulakan operasi menjahit koyak bersalin tadi. Doktor kata sebab ada lagi kesan bius epidural, jadi takyah bius tambahan, gitu la. Tapi sakit jugak, hidup2 kena jahit dengan separa bius tu. Tapi ok la boleh handle.

Aku kesian dengan akak nih, yang dalam cerita bawah nih. Epidural tak sakit langsung, masa kena jahit pun tak teruk sakit dia. Semoga kesihatannya dikembalikan semula olehNya & keluarganya tabah.

Paultan.org's Child Safety Campaign - the car seat is here!

Sambung dari post semalam pasal paultan.org's Balik Kampung Child Safety Campaign.

Lebih kurang jam 2.05pm aku sampai di Jaya One, PJ. Lewat 5 minit sebab gps pulak problem. Aku pun dah dapat emel dari penganjur & arahan untuk ke tempat ni. Staf penunjuk arah sangat mesra & informatif, aku pun park di tempat yang disediakan di P3.

Nasib baik event belum mula, hehe. Aku pon buat pendaftaran di Tingkat 1, acara Mercedes-Benz Malaysia’s MobileKids 2015 & bayar deposit RM150 yang akan dikembalikan bila pulangkan car seat tu hujung bulan nanti.

Memandangkan event nih juga untuk budak2 kan, ada trek memandu, beberapa buah kereta mainan & 2 kereta remote control jenama Mercedes untuk hiburan anak2. Aku nampak beberapa pasangan dengan anak2 masing2. Bapak2 sorang diri pon ada.

Tak lama kemudian acara dimulakan dengan penerangan berkenaan car seat yang akan kitorang pinjam nanti. Ada 165+110 (kalo x silap) car seat yang dipinjamkan. Batch kitorang ni akan meminjam car seat brand SNSKIDZ Star yang merupakan non-isofix car seat yang akan menggunakan pemasangan tali pinggang keledar.

Kalo anak berat 13kg dan ke bawah, pasang secara rear-facing (mengadap ke belakang) yang lebih selamat. Seat nih juga ada pelapik untuk new born, sebab anak aku pun dah beso, kita simpan tolak tepi. Anak lebih 13kg, boleh pakai front-facing, sebab Comel dah cecah 15kg, boleh la front-facing.

Ditunjukkan juga demo macam mana nak pasang dalam kereta nanti. Seat nih juga boleh dilaraskan (recline) & ada label yang mudah faham. Aku suka ada poket untuk letak user manual. Tau jek la bila dah lama pakai, manual pun dah campak ke mana kan.

Pengalaman, masa Comel baby dulu, pakai Graco car seat, bapaknya pasang & aku pulak tak tengok. Tengah jalan aku nampak macam seat tu bergoyang2, rupanya dia salah pasang wpun tepi seat ada gambar rajah cara pemasangan. Kawan2, pastikan pasangan anda tau macam mana cara pemasangan yang betul & double check. Car seat tak sepatutnya bergoyang2. Aku suka brand SNSKIDZ Star yang aku akan pinjam nih sebab ada klip untuk menetapkan kedudukan seat belt.

Selesai penerangan & demo, ada group photo. Kemudian kami diiring ke car park untuk pemasangan. Di situ, dah stand-by car seat yang baru dalam plastik lagi. Setiap kereta ada sorang staf akan pasangkan, jadi tak risau tersalah pasang.

Bila dah habis pasang tu, Comel takmo duduk pulak. Dia nak duduk kat seat lama dia, sib baik pujuk2 umpan Sushi King dia nak, huhu. Car seat nih memang lebih senang nak pakai banding brand yang murah aku beli tu. Padding pun elok, selasa anak nak duduk. Harganya pun RM499, mak aih mahal kan, tapi untuk keselamatan anak kan, it's a good investment. Aku beruntung dapat cuba car seat ni sebulan, bawak balik kampung dalam perjalanan lebih 600km pergi & balik.

Kemudian sesi bergambar & ada video interview. Apo la akak merepek tadi, moga2 dorang tak amik la video akak merepek tadi, haha 😅

Kendian selesai, alhamdulillah. Staf2 yang membantu tadi ucapkan selamat berpuasa, hari raya & have a safe journey kepada aku, very friendly I like. Dalam perjalanan, Comel yang mula2 moody sebab kena paksa dok dalam car seat baru tu kan, tros tertido. Selesa la tu, hehe. Padding kiri kanan kepala elok jek tak buatkan kepala Comel terlentok2, I'm loving this seat.

Aku pun berazam nak ikat anak dok kat car seat sepanjang perjalanan. Wpun kita yakin dengan pemanduan kita, kita tatau camne orang lain kan, malang pon tak berbau. Apa2 pun kita usaha untuk keselamatan, mudah2an Allah peliharaan kita sepanjang perjalanan, amiin...

Friday, July 3, 2015

paultan.org's Balik Kampung Child Safety Campaign

Tak lama dulu aku ada share pasal paultan.org's Balik Kampung Child Safety Campaign kat fb aku.

Refer paultan.org kat sini http://paultan.org/2015/06/12/free-child-car-seat-rental/

Pagi tadi aku dapat phone call dari seorang jejaka yang aku lupa namanya 😅 yang bgtau aku terpilih. Wah sukanya, wpun dapat pinjam sebulan jek, tapi aku suka idea dapat memandu balik JB dengan Comel duduk dalam car seat tu.

Aku difahamkan kena bayar deposit, tapi akan dikembalikan bila pulangkan balik car seat tu. Ok la, dapat pakai sebulan & mudah2an Allah pelihara keselamatan anak tu.

So esok aku akan amik car seat tu, siap ada instruction mana nak park. Kemungkinan dorang nak pasangkan dalam kereta kot, haih dah la kete lama x cuci, haha 😅

Fyi, aku dah beli child car seat kedua, yang pertama rear facing sesuai untuk Comel masa dia baby sampai 2 tahun. Kemudian dia makin membesar, tengok macam terseksa pulak dia duduk dalam seat tu, jadi aku beli satu lagi brand biasa2 je. Yang aku perasan, lapik kusyen tak tebal, mungkin Comel tak selesa kot.

Esok aku akan update apa kisah car seat tu & bagaimanakah penerimaan Comel terhadap car seat tersebut ya.

Monday, June 29, 2015

Aku kepit anak aku

Ha'ah, rapat sangat. Meh aku story.

1. Bangun tido kalo tak bersentuh atau tak nampak muka Mummy, mula la suara cebik panggil Mummy. Kalo Mummy tak menyahut bleh jadik panik dia, kadang Mummy mamai kan pagi2 buta.
Tido kepit lagi baik, biar la sampai akil baligh, haha.

2. Nak pegi mana2 kena bgtau dia, yer dalam rumah pon. 'Sayang, Mummy nak pegi toilet. Mummy nak pegi dapur. Mummy nak cuci baju.' Kalo tiba2 hilang boleh jadik sawan kalo dia carik Mummy & tak jumpa.
Pasnie kalo keluar kuarters, carik rumah kecik, senang.

3. Mana Mummy pegi dia pun join sekali, kalo bende kat tv/ps3/tablet dia tu tak berapa menarik la. Termasuk juga toilet ya, kejap2 check status Mummy.
Mungkin Mummy kena pasang cermin tingkap kat pintu tandas.

4. Ambik dr rumah Nanny, kemain suka dia, melompat2 menjerit2 tergelak2, iyer betul x tipu. Tetiba Mummy feeling celebrity pulak. Ok tapi xde la celebrity sangat sebab pastu kena dukung sampai kereta, haih.
Hilang penat tensen keje bila nampak muka anak syurga nih.

Memang keje kitorang berkepit jek la, sana sini. Tido pon kepit, gitu la sejak lahir sampai sekarang. Ingat lagi masa bermalam kat wad bersalin dulu. Budak nih kuek kuek, dah bedung pon takmo tido. Rupanya nak tido dengan Mummy, pastu kejap jek tros tido. Cuba jugak nak pisah tido, tapi kejap jek la, senang lagi co sleeping kalo anak susu badan. Tapi tu la, dah berenti susu badan pon tido kepit jugak, haha.

So camne, bila orang tu ugut nak amik anak, aku sedih ya amat. Masa tu tatau apa2 kan, bila dah rujuk pakar baru tau hak. Bila masa la anak pompuan otomatik dapat kat bapak, cer check undang2 dulu ya.

Sunday, June 28, 2015

Dera anak

http://www.nst.com.my/node/90090

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam tempoh yang singkat, dah la dicacatkan & tak dirawat langsung, trauma lagi? Trauma tu payah nak rawat, boleh kesan sampai seumur hidup budak tu.

Bila berlaku penceraian, perkara yang paling penting ialah hak penjagaan anak. Rata2 tak amik tau hal nih, main pas2 jek sapa larat nak jaga. Pastu yang tak menjaga tu, macam ni la, tak dibagi melawat. Padahal dalam undang2, kena buat jadual melawat, kalo ditegah melawat tu dah melanggar perintah mahkamah.

Aku pun tatau apa kes sebenar mak bapak budak nih, camne bapak dapat hak, apa hak melawat si mak, kenapa takmo melawat anak. Paling aku pelik kenapa la bapak yang beriya2 nak jaga anak boleh bior sampai anak cacat gitu.

Orang biasa la kata mak tiri garang kan. Mak aku pon dok dengan mak tiri, boleh tahan garang. Bapak aku dok dengan mak betul dia, lagi 2x garang. Jadi, kalo dah garang tu, tiri ke, kandung ke, garang la jugak.

So kalo pasangan kita tu garang, nih garang sampai sebat bantai tengking anak, nak ke bagi dia jaga anak bila bercerai nanti? Logiknya takmo la kan. Aku sedaya upaya jaga anak, bior la tak ranggi, asalkan anak cukup keperluan, meh aku jaga sampai dia kawen. Orang garang nih, bila dia sendirian dengan anak, dia semacam ada hantu, kalo dengan kita pon hanger hinggap kat badan anak, kat shopping complex pon lempang hinggap kat muka anak, maka elok la jangan bagi orang tu jaga anak. Bagi la hak melawat anak, jangan bagi hak bawak anak bermalam.

Korang tau tak budak camne perangai dia? Kalo dia dah duduk dengan penjaga tu, tak kisah penjaga tu macam apa sekalipun, dia duduk jek kat situ. Sebab tu kes dera, budak akan pegi jugak kat pendera, sebab dah design dia dapatkan pelindungan dr penjaga wpun penjaga tu kaki dera. Sebab budak belum berakal, tu jek defense mechanism yang dia ada.

Kalo kita hantar anak pegi rumah pengasuh, kalo dia tak suka pengasuh tu kan dia meragam. Padahal kita nih mak lagi la garang dari pengasuh tu, nampak tak?

So pendera nih akan rasa sense of power, yer la perasan tak hengat kan? Budak2 kot, boleh la, itu yang kes dera berterusan macam Yaya nih. Bulan posa yang mulia nih syaitan kena belenggu ya, so sapa syaitan sekarang?

Aku nak menyeru la kat kawan2, dr fb aku yang sendu nih, kalo pasangan korang tu garang, bagi petunjuk yang korang sentiasa memerhatikan. Be strong, jangan ikut sangat perangai pasangan tu, anak2 nih berharap sangat kita melindungi dorang. Lagipun berapa lama nak dera? Cukup umur 15 tahun nanti anak dah memberontak, jadik satu hal gelaja sosial pulak kalo tak dikawal dengan baik.

Lagipun, kalo mak bapak garang sangat tak bertempat, bila anak dah independent, dia tak pandang dah mak bapak tu. Takde takut dah. Time tu jangan bising dok rumah orang2 tua, anak2 tak melawat la.

Panjang pulak ranting, aku sebagai orang luar jugak hanya mampu kesian & doakan semoga Yaya dapat kehidupan yang lebih baik. Dah masa juga undang2 pengabaian anak2 diperkukuhkan.

Wednesday, June 10, 2015

Kekayaan bocor kerana kereta

http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=747747

Masa aku dah dapat lesen tu, mula2 tu berkobar2 gak la nak pakai kete. Masa orang lain dok berangankan Honda Jazz, aku berangan Gen2, haha. Sblom tu aku nak beli kete 2nd jek, tapi family menentang hebat 😓 Hinakan kete 2nd, huhu 😟

Tapi tak beli jugak, sebab takde  keperluan mendesak. Ofis dekat, rumah sewa pulak susah nak dapat tempat parking. Tak berani la nak park kete baru tepi jalan, luar pagor.

Aku nak beli kete murah jek, biarlah belanja kete tu x cecah suku gaji. Masa tu gaji entry level, lepas tolak kwsp, etc, tinggal RM1800. So kalo spend lebih dari RM450 sebulan untuk keta, tu termasuk duit minyak & loan, aku takmo la kan.

Akhirnya, lepas dah naik pangkat, baru beli kete. Masa tu pilihan antara Honda City & Proton Persona, aku berat kepada Persona sebab maintenance & parts murah, harga komfem la lagi murah, dasar kedekut. Lgpun, kalo kemet2 ke takde la sedih sangat kan 😅

Sekarang nih Sitam (my little black Persona) dah umo 6 tahun, alhamdulillah elok lagi. Wpun tak berapa hensem sebab kemet2, calar2 & tak rajin cuci, alhamdulillah bergerak kitorang ke sana ke mari.

Kalo nak tuko kete pon, aku nak amik Lamborghini kot, eh! Ahaks 😅 Takde la, dapat Proton Perdana baru tu pon besh dah ewah 😆 Ei, minat sangat Proton.

Sunday, June 7, 2015

Mushroom oats

This goo looks nothing, but it's yummy.

Comel mula2 siap nanges2 kena paksa makan, lepas satu sudu tu troa diam. Haha, sedap rupanya. Banyak jugak dia makan.

Nih resepi aku buat sejak dia baby lagi. Dulu biasa letak ayam. Macam biasa la, makanan baby, bahan2 semua kisar.

Kalo untuk toddler & ke atas, boleh guna resepi nih.

Bahan2:
Anggaran untuk semangkuk oat atau 1 sajian.
5 biji cendawan putih, nak banyak pon ok jek - hiris kasar
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris kasar
1 ulas bawah putih - hiris kasar
1/2 tsp rempah sup
4 sudu besar oats - aku pakai instant oat
Air secukupnya untuk rebus oats - instant oat pakai 2 cawan air jek
5 ekor udang hidup - potong kecil
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Kekdahnya:
Tumis cendawan, bawang besar & bawang putih sampai lembut. Masukkan air sikit & masak sampai agak kering.
Sejukkan sebentar & blend halus.
Masak oat, air, rempah sup & bahan yang telah blended tadi sampai oat lembut.
Masukkan udang & kacau sampai udang masak.
Tutup api, alihkan kuali & masukkan garam secukup rasa.
Hidangkan, baca bismillah & makan.

Kalo untuk baby, udang/ayam, cendawan, bawang2 dimasak bersama & blended.
Kendian baru masuk dalam oat.

Sekian resepi ringkas dari saya. Saya nih kan tak reti masak, kalo resepi nih tak membantu, sila makan mekdi & minum kat stabak jek la, ahaha...

Friday, June 5, 2015

Pasir mainan


Pasir mainan nih paling elok aku jumpa. Yang pernah beli kat Spotlight, halus, lembut tapi berminyak pulak. Satu jenis lagi masa kat MPH sale, dr jauh nampak macam pasir simen jek, tapi berbau tengik.

Yang nih ok, takde bau & tak meninggalkan kesan. Tekstur dia macam crumbly play doh. Dalam set nih ada 2kg (1kg hijau, 1kg biru), 1 tray & 5 acuan plastik. Harap2 tahan lama la nih, RM90 tu. Anak pon kemain happy dapat bende alah nih, hehe...

Sunday, May 31, 2015

Takokayi Pasar Malam Padang Tembak

Balik dari Mutiara Damansara tadi singgah pasar malam Padang Tembak. Pasar malam dia kecik jek, tak macam dulu tahun 1997-2000.

Teringat lagi 1st time datang pasar malam nih lepas habis seminggu orientasi. Dapat buat kawan2 dalam perjalanan jalan kaki ke situ. Masa tu cukup besh dah dapat keluo pasor malam pon, kira 1st step orang merantau menuntut ilmu di KL la katekan, ewah 

So tadi beli takokayi udang, ok la sedap jugak, cukup bonito, mayo & sos, cuma tak berapa nak cukup tumbesaran la udang nih, haih. Kadang tu takoyaki pasar malam nih kering overcooked kan, yang nih ok la moist.

Harga RM5 untuk sebekas 6 biji, beso2 jugak. Boleh la nak belanja kawan2. Anak beranak bini2 bagi la takoyaki Aeon ke kan, haha 

Thursday, May 28, 2015

Sale my.bestbuy-world.com

my.bestbuy-world.com telah membuat 2 days sale pada 21-22 Mei yang lepas di The Sphere, Bangsar South. Diskaun sehingga 70% katanya.

Aku & Nova Leeza pergi hari ke-2 & juga hari terakhir sale. Kalo tak kerana Leeza, memang aku tak jejak la ke sana, haha. Tapi sebab aku nih kaki jalan, pulak tu ada geng, no hal sampai la jua.

Sale tu takde la besh mana, ingatkan ada lipstick estee, face powder, lipstick banyak2 ke. Mungkin sebab banyak dah habis kot.

Yang aku perasan ada skincare & mekap Clinique, Estee Lauder, SKII. Kalo minat SKII aku rasa berbaloi la. Mekap tak berapa banyak pon. Selain tu ada purse, & small bags dari jenama skin care & mekap yang selalunya kita dapat free beli set kam.

Handbag ok la, kalo tak cerewet ok jek. Handbags & purse jenama Coach, Paris Hilton, apa ntah lagi tak berapa ingat pulak. Pun aku tak berkenan, kalo kenal aku nih suka warna terang2.

Perfumes pon ada, big bottle macam2 brand.

Kitorang pon dok berpusing2 kat situ tengok semua benda, banyak2 kali. Dia bukak meja kat ruang legar & orang pun berkerumun kat meja2 tu. Ada jugak tester sikit2.

Hasilnya, aku beli eye cream brand Clinique, trial size. Memang nak beli eye cream pon, dah nampak kedut dah bawah mata nih sebab akhir2 tu aku dah malas nak pakai night cream. Bila umur dah masuk 20s, kena rajin pakai moisturiser & jangan abaikan juga leher, sapu jangan tak sapu.  Selain tu eye cream jugak. Tapi aku tepek jek dengan moisturiser yang sama, haha.

Lagi aku beli lipstick brand Clinique, kaler Blushing Nude. Well not that nude, kat aku nih dia jadik gelap sikit, tapi ok la kalo mekap smoky kan. Seketul barang lagi brand Clinique jugak, foundation dalam trial size.

Total price RM41 untuk 3 barang, jadik la kan. Yang aku gigih pakai pon eye cream tu jek la, haha.

Well, the sale was only for 2 days. If you're interested you can visit http://my.bestbuy-world.com for more products & offer.

Wednesday, May 27, 2015

Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo Lima oleh Panglima Angkatan Tentera

Akak kene kerah dengan minah nih la, tu la empunya blog novaleeza.blogspot.com 

1st time akak pegi event gini, not sure la sblom nih penah ada ke kan. Tu pon sebab kena kerah dengan Nova Leeza yang peminat Amy Search. 



Goodies bag. Cupcake tu kejap jek dah setel. Air kotak & coklat bawak balik rumah untuk Motet. 

Caroline. Nyanyi macam kontrol2, agaknya sebab PA system sini tak berapa kot. 

Sofi Jikan. Tu la gaya rock dia, macam Zul Kapan dalam filem Rock. 

Start lambat, dapat la dengo Caroline, Sofi Jikan & Cliff Projek Pistol. Lama jugak menunggu tu sampaikan rasa macam kene troll jek, takdenya la Amy Search nak datang MinDef nih kan, tengok jek la video clip sampai 2 kali... Eh 3 kali... Sekali, ha ko tetiba jek muncul Amy dari belakang pentas. Menjadi la gimik, haha. Edrie Hashim pon, muncul untuk menggoreng. Soundtrack memang besh, video clip pon besh, cuma Amy nampak tua la dalam vc tu. In real life, dia nampak much better la, apa la rahasia awet muda tu? 

Haha, eksaited. 

Masa nih Amy tengah bagi cenderahati kepada PAT. 

Well then, aku pon jadik eksaited jugak. Para penonton semua sopan2, dah bos2 beso semua ada kan. Tepuk pun sopan2 jek, eh kemon, Amy Search kot, Edrie lagi... 

Sidang media berjalan dengan PAT jek sorang bercakap, eh kenapa la press nih tak tanya soklan. Kalo kat melodi tu sampai edit2 clip nak masuk semua soklan. 

Kendian masa untuk sign otograf. Ada jugak la jualan cd, merchandise & minyak jeragat, haha macam2 ada. 

En Kamal siap bawak uke mahal dia tu untuk otograf. Edrie kata uke mahal nih. 

Turn Amy pulak sign uke mahal, hehe.

Another hero is having his glam moments too. 

Leeza & Edrie. Masa nih orang dah bergasak2, haih rakus, lol.

Weeewit!

Masa sign otograf nih la nampak kerakusan masing2, tadi kemain la sopan dalam Auditorium. Ha ko sekali dengan makcik jual kuih rakus berasak2 mintak otograf Amy Search. Aku jek tak amik, ewah. Tukang amik gambo kawan2 dah la, haha. 

Tinggal kat dalam cpu ofis pulak, kunun nak dengo dalam kete, apeda ;p

Sebab lagu besh, aku beli la cd, ada 6 track, harga RM18. Ok la tu, lama giller tak beli ori cd nih... eh! 😅

Owh, movie nih akan ditayangkan pada minggu pertama Sept 2015, sempena Hari Malaysia, sempena Hari ATM. Rasa nak tengok pulak.

Saturday, May 23, 2015

[Review] SKII Skin Signature 3D Refining Mask

Mask nih dah lama aku beli, dapat sekali dengan set SKII Facial Treatment Essence. Sblom expire baik guna, itu la buruk perangai dah beli simpan tak guna, haha (^3^)

Mask nih datang dalam dua keping, dalam bahagian berasingan, lower face & upper face. Aku bukak yang bahagian lower face, pek yang ada label nama mask, so pek yang ada logo tu adalah upper face la kan.

Aku pernah pakai SKII Facial Treatment Mask, yang sekeping jek tu. Memang banyak la lotion dia. Yang nih pun sama. Takyah perah, memang drenched with lotion. Dalam pek tu pun ada banyak lagi lotion, jadik aku decide pakai sekeping jek la, haha. Lotion yang selebihnya boleh sapu kat tangan & kaki. 

Jadi, malam tu aku tido dengan mask. Rasa selesa, sangat melembapkan, bau harum2 but not overpowering. Lotion yang ada tu pun tak dripping sebab pekat. 

Ntah jam berapa aku tersedar, aku rasa mask hampir kering & tanggalkan. Kulit rasa lembut & lembab, tak berminyak. So far pagi ni takde breakout, memang produk SKII tak pernah jadikan kulit aku breakout pun. 

This is a very good mask so far. Tapi kalo ada sesiapa yang nak bertukar ke SKII, sila berhenti produk sedia ada at least 3 hari & sebaiknya mulakan dengan trial/sample set supaya tak kerugian. Sebab ada sesetengah orang akan jadi breakout, tatau sebab apa, wallahu a'lam. 


Pagi ni. Hampir kering, tapi masih lembab. Separuh keping nih pun dah cover dagu sampai atas kening, tu pakai sekeping pon cukup dah, haha. 

Update: Pagi nih kulit masih lagi terasa lembab, clearer skin & ada 2 breakout kecik tapi takde masalah. Jerawat beso yang jadi sblom pakai mask pun dah mengecut, don't know if the mask helped this. So far, I'm very happy, foundation glides on so smoothly. 

Thursday, May 21, 2015

Illegal reverse

Memang bahaya nih, pada suatu ketika dahulu dengan seseorang yang rapat dengan aku, di susur keluar, sebab dah tersalah masuk jalan, dia berhenti & cuba untuk reverse.

Masa tu malam, memang takde kenderaan lain. Tapi aku punya la cemas, takut terjadi kemalangan orang hentam kereta aku pulak.

Berkali2 aku suruh dia jangan reverse, kang tak pasal2 kena langgar dari belakang, ye la jalan susur keluar kan curve ke kiri. Entah berapa saat dia cuba reverse, dengan aku ulang2 suruh dia berenti jugak, akhirnya dia teruskan perjalanan ke depan. Alhamdulillah.

Betul, cemas betul aku masa tu. Sebab nak jimat bbrp kilometer, dia sanggup buat gitu & membahayakan kitorang & orang2 lain.

Orang kata selalu pompuan drive tak tentu hala, tak jugak. Orang yang drive kereta aku nih, banyak bende2 bahaya dia buat, memang pening kepala dibuatnya.

Saturday, May 16, 2015

Bila anak memaki

Rumah sewa kedua yang kitorang sekeluarga  duduk dulu, flat sewa murah, kawasan dia tak berapa elok. Budak2 dia pon ramai tak elok. Mana2 dinding, termasuk lif, taman permainan ada jek contengan vandalisme bende lucah, tak senonoh. Bayangkan budak2 kecik pon selamba jek mencarut, memaki.

Aku? Aku yang tatau apa makna bende tu semua pun seronok la mengikut. Bergaduh dengan adik2 jek sebut. Agaknya 2-3 kali sebut, mak aku pun marah la bgtau makna bende tu semua. Bila dah tau rasa malu la kan, tak sebut lagi dah.

Selain dari persekitaran, orang2 dalam family tu pun jadik punca jugak. Entah2 bapak dia yang kuat memaki kan, maknya pon tak berani nak tego bapak, anak pon bebas la mengikut. Bila marah jek, budak menjawab, apesal bapak boleh, dia tak boleh pulak?

Friday, May 15, 2015

Tertinggal anak dalam keretanya

http://www.nbcnews.com/news/us-news/massachusetts-father-forgets-baby-parking-lot-dials-911-n359076

Kenapa perkara nih selalu berlaku kat US?

Ia boleh berlaku di mana2 pun, termasuk Malaysia, oleh ibu bapa yang memandu kereta, apatah lagi suv, mpv, 4wd.

1. Perubahan rutin harian.

Selalunya ibu hantar anak, ada peristiwa yang menyebabkan bapa perlu hantar anak ke sekolah /pengasuh. Tambahan pula perjalanan yang jauh seperti bapa dalam berita ini.
Perubahan rutin menyebabkan kita lupa untuk mengubah rutin, sebenarnya tak pernah pun mengubah kasih sayang kepada ahli keluarga kita.
Dalam perjalanan nak hantar anak, kita jadi leka & teruskan perjalanan untuk ke kerja.

Penyelesaian: Komunikasi pasangan, pastikan pasangan sudah hantar anak ke tempat sepatutnya.

2. Child car seat yang diwajikan di US

Kecuaian dalam perkara #1 tak mudah berlaku jika anak duduk di seat depan. Pihak berkuasa US mewajibkan child car seat diletakkan di tempat duduk belakang, rear facing untuk anak2 bawah 4 tahun.
Tak macam Malaysia yang anak sukati la duduk mana tak payah car seat.

Penyelesaian: Cermin pandang car seat & rajin2 pandang cermin ni untuk lihat anak. Namun perubahan rutin membuatkan perkara ini mudah dilupakan.

Lagipun, takde sapa nak tinggalkan anak dalam kereta dengan sengaja. Semua ibu bapa yang pernah mengalaminya 100% rasa bersalah. Tak elok tuduh melulu jek dengan keadaan kita yang sama sekali berbeza dengan dorang.

Selalu biar suami/isteri jek urus anak.
Bawak anak naik motor jek, helmet pon kadang tak pakai.
Kereta takde child car seat, anak duduk atas riba sambil memandu pon ramai buat, konfem la tak lupa anak.
Tapi perkara nih semua membahayakan, andai berlaku perlanggaran anak boleh tercampak keluar kereta beberapa meter.

Thursday, May 14, 2015

WIP update: Rose rug

My rose rug is taking its form.

Reminds me of oreos la pulak, demmm 😠

Btw, underneath is my old project finished on 2007/2008, vintage ruffle doily.

Sunday, May 10, 2015

Labour pain

https://youtu.be/b81Cr97ANrk

I would describe the pain as a progression. I had a nine months of preparation, physical, mental & spiritual.

Before I had my labour, even before I experienced my 1st painful contraction, I've decided on epidural because I know I can't stand the pain. I'm like 0 tolerance to pain.

But the doctor warned me, when I reached 10cm, I would feel pain because it's the job of another nerve. I prayed labour is short, Allah granted my doa, alhamdulillah.

I'm thankful for the pain, btw, it helps me when to push. Comel is small baby, she was only 2.89kgs, but it felt like I'm squeezing a massive blob or something. Well, she's a very beautiful, fair skinned, chubby blob, subhanallah.

I read from somewhere that women usually will lost their memory of the pain during the labour. That's why they'll always ready for the next pregnancy. But not for me. I remember every pain, yup everyone of them. From pregnancy, labour & 1.5 years after delivery.

I think Comel will be my only child. Or maybe I'll adopt a a couple of kids, insyaa Allah. I'm not that tough you know, hu'uh not me.

Dinner 9th May 2015

Nih lauk makan malam semalam. Balik dari swimming pool tu rasa semangat pulak nak masak. Ye la biasa masak lagi simple dan nih.

Ikan tilapia masak 3 rasa, kangkung goreng belacan & cendawan tiram goreng tepung.

Kangkung goreng belacan biasa la tumis dulu bahan tumbuk bawang merah+bawang putih+ikan bilis. Masukkan sikit air, bila dah mendidih baeu masukkan kangkung & serbuk belacan, kacau rata sehingga layur. Alihkan kuali dari dapur & hidangkan.

Cendawan tiram tu yang lebar2 tu koyak 2-3 & cuci sekejap kendian toskan segera. Gaul dalam tepung goreng, aku suka cap Bestari. Goreng dalam minyak panas sampai garing, toskan minyak & hidangkan.

Ikan tilapia, lepaa siang dilumur kunyit & garam. Goreng dalam minyak panas sampai cukup masak ikut suka.

Bahan2 sos 3 rasa:
2 biji bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia, aku pakai halia serbuk 1 sudu kecik
Sos cili
Sos tomato
Mixed vege, lagi sedap kalo ada nanas
Garam secukup rasa

Kekdahnya:
Tumis bawang & halia.
Masukkan sos & cairkan dengan air ikut suka.
Masukkan mixed vege atau nanas sampai cukup masak.
Tutup api & masukkan garam secukup rasa.
Tuang atas ikan tilapia yang dah digoreng tadi.

Senang kan? Haha, aku memang masak simple2 jek. Itu pon ada orang mengata aku tak pandai masak. Yer la, masa sayang kemain puji sampai masuk fb, bila dah kantol macam2 kata aku yer. Lantak ko la labu, tak pakai duit ko pun (^3^)

WIP: Rose rug

Gonna need more of these spiral hexagon rose pieces.

Sunday, May 3, 2015

Asrama atau tidak?

Betul jugak tu. Kalo ikutkan keadaan rumah mak bapak aku dulu tak berapa conducive la untuk belajar. Bilik satu jek, meja makan tu jek la satu2nya meja kat rumah.

Buku yang ada pun harap buku teks pinjaman. Dengan adik2 lagi, rumah dah la sempit, pastu bising pulak, camne nak concentrate study eh?

Masa form 4 aku masuk asrama, masa tu bbrp bulan sebelum tu adik aku dapat masuk asrama. Jadi tinggal la yang bongsu tu, kemain jeles dia.

Dok asrama bagus, personal space yang jauh lebih bagus sebab aku dok asrama dengan partition bilik untuk 2 orang. Makan 6x sehari. Jadual prep lagi. Buku pulak cikgu2 kata pakai buku teks jek, yang semestinya dibeli supaya kita boleh catat & guna lagi sampai form 5. Takyah nak buku rujukan, beza betul dengan sekolah dulu.

Tapi kalo anak aku nak dok asrama, rasanya tak perlu kot sebab kemudahan kata rumah pun dah ok. Tapi kalo dia bak masuk, Mummy ok jek, asalkan anak Mummy belajar dengan bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...