Nuffnang Ads

Sunday, April 24, 2016

Mokte tu rambutan

Masa aku sekolah MRSMKT dulu, balik dari cuti semester mesti budak2 bawak buah tangan dari kampung. Satu kali tu sorang dormmate dok panggil, "sapo nok mokte mari di lounge ni". Aku pon kurius la ape bende la mokte nih, pegi la lounge yang selang 1 bilik jek dari bilik aku. Owh rambutan rupanya, new vocab of the day 😅

Petang sikit, baru budak2 Terengganu sampai, dorang kan paling dekat so sampai lewat la kan. Aku dengar sorang dormmate teriak, "sape nok moktang mari di lounge ni", gitu la lebih kurang. Aku pon kurius, ape benda la moktang nih pulak. Sampai kat lounge, owh rambutan rupanya.

Masa tu aku baru 1st year kat situ, lama2 faham la loghat Terengganu & Kelantan. Unik loghat dorang nih, dari 3 suku kata bleh jadik 2 suku kata.

Sunday, April 17, 2016

DIY lipstick organiser

Done making my DIY lipstick organiser using used boxes.

Teksi atau kereta sapu (Uber, Grabcar, etc)

Lama duluuu lagi sblom ada Uber, Grab atau Myteksi lagi dah jadi camni. I feel you, dik. Akak dok Larkin gini la gayanya, dengan jadual masa bas yang terhad, teksi jek la harapan nak berulang alik.

Bila aku dah ada kereta, punya la hepi sebab dah tak perlu nak layan karenah pemandu teksi yang tak beretika. Sebenarnya aku dah banyak kali dah gaduh dengan pemandu teksi kat JB, puncanya sebab tak pakai meter, charge sesuka hati, ikut jalan jauh & biadab. Cuma 1:5 jek pemandu teksi yang beretika, tu pun tak pakai meter jugak, akak rasa ok sebab dorang dah nego harga awal2 (kalo aku tak amik kang camne nak balik rumah tengah2 malam hari?).

So far kat KL pengalaman aku ok, ada la few cases yang tak beretika tapi kurang2 nak pakai meter. Kat KL aku lebih selesa naik tren, masa blom ada kereta dulu. Dan kita sebagai penumpang hulur2 la sikit duit tips kalo dorang charge ikut meter, kita pun naik teksi yang bagus & selamat sampai rumah.

Bulan lepas, aku naik Uber sebab kereta seharian kat pusat servis. Dua kali aku naik Uber dalam sehari tu untuk perjalanan yang pendek jek pon. Verdict: aku suka Uber 👍 Kereta bersih, pemandu peramah, takde masalah salah/tatau jalan sebab guna Waze, bil murah... sangat2 murah.

Bukan tak nak bantu pemandu teksi, sepanjang aku naik teksi ada a few jek yang baik2. Aku pon takmo risikokan diri naik teksi yang pelik2 lagi & believe me banyak jugak yang pelik2 lagi2 bila pompuan muda travelling alone (dulu la muda). They attack Islam, Kerajaan, talk about sex, tu blom yang suka2 pegang tangan orang suruh naik teksi dorang. Biadap sungguh, yang buat tu pon kebanyakan lelaki melayu islam.

Sebab tu ada coach wanita dalam tren yang lebih selamat dari teksi. Takkan tak terfikir teksi untuk wanita kan? Ok tau tak ekonomik, yang open sekarang ni pon macam2 cara nak charge melampau kat penumpang kan.

Aku bukan nak menangkan Uber atau kalahkan teksi, tapi teksi kena berubah untuk beri perkhidmatan yang terbaik untuk penumpang. Kita akan naik teksi, macam kita naik Uber, etc.

Wednesday, April 6, 2016

Janganlah marah anak tu beriya2 sangat

Aku memang garang, tapi kan dengan si kenit nih memang tokleh marah lama la. Dia pandai amik hati, kalo dah silap pandai mintak maaf & sedih sangat dengan kesalahan dia. Anak Mummy sayang penyejuk hati Mummy.

Kita mak2 nih tokleh marah anak beriya2, teruk2 atau lama2. Marah untuk mengajar ok, jangan hukum anak sebab frustrated kat diri sendiri. Lead by example, tengok perangai anak, tu la perangai ko, lebih2 lagi single mother nih.

Kalo aku marah kan, dia akan senyapkan diri, tempoh bertenang, kadang tu sampai tertido. Lepas tu aku tego la dia, ajak makan, bagi susu ke, time tu la dia akan mintak maaf & cakap, "Mummy happy? I'm sorry Mummy", huhu sedih ooo. Tapi mak kena cekal, "I'm not angry anymore, it's ok, baby. Jangan buat lagi". Kejap lagi kan balik la perangai asal, bising2, melompat2 dia tu 😅

Aku bangga dengan anak aku, boleh la bawak majlis, alhamdulillah. Cuma bertabahlah perangai dia yang sangat lasak, tu confirm belah bapak dia, diakui oleh MIL & mak aku sendiri, huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...