Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

Hadiah dari anak

"Mummy, you present"
"Owh ok, thank you"
"Open up, Mummy. Come on, open up"

Mummy pon bukak la kertas gumpal2 tu.

"Owh, it's a scorpion. Thank you, baby"

Buat lagi.

"Mummy, you present, it's a beetle"

Kendian gelak2. Tetiba pulak nak main serangga, selalu nampak kelekatu pon dah menjerit2 tak tentu hala.

Sunday, December 21, 2014

Older

Baby saya lebih tua dari usia dia yang sebenar.

Tadi Mummy sibuk sikit kat dapur. Selesai jek kerja tengok2 Comel dah tido, siap berselimut lagi. She put herself to bed, on her own.

Sweet dreams & sleep tight. I love you, baby.

Sunday, December 7, 2014

Thanks but no thanks

Ada orang bagi anak aku hadiah, main kejap jek dah pecah, bersepah dah styrofoam beads, sib baik cepat perasan. Aku buang jek la kan? Please, my daughter is still a baby, I know the original branded ones are super expensive, it's always ok to give a card. And books, my baby loves books.

I'm ok with cheap toys. Aku pun beli kat pasar malam, litt tak sale, mr diy, etc. Tapi tengok jugak la mainan dia macam mana kan? Ada jugak aku beli brand barbie, tapi pecah jugak. Maksud aku pecah bukan bersepai kecik2 tu kan, retak2 sikit. Kalo setakat lekang aku boleh repair balik. Kalo teruk sangat, aku buang.

Mainan branded nih memang mahal, pulak tu bersepah2 imitation kat pasar malam. Ada yang ok, banyak jugak yang tak ok. You know I'm ok with imitation toys.

If you know my daughter loves specific cartoon character and you want to buy her one, make sure it survives your body weight when you give it a stone cold slam. Kalo pecah sampai terburai isi perut yang terdiri dari styrofoam beads, it's not really funny. Why can't it be filled with fiber like the little bits part of it's hands & feet? I dunno, it was made that way, you just bought it.

Actually it's not about the brand, please buy somebody's child a very safe toy, or you could always buy her books, any children book.

I'm sorry, maybe I'm too tired of cleaning it up & thinking so much about how it could choke my daughter.

I'm sorry, my fault. I've thrown it away.

Saturday, November 29, 2014

Coffee scrub

Besh pulak coffee scrub nih, lepas minum tenyeh kat muka...

Urut

Kelmarin, lepas berurut tu kan, aku terfikir, berminggu-minggu aku tahan sakit badan nih, akhirnya dapat jugak berurut. Orang yang takde duit, takde masa tu camne eh? Telan panadol kah?

Kalo gi jumpa doktor pun, dia akan bagi krim/minyak panas & paracetamol, mc sehari. Kalo kita yang bekerja nih, boleh la letak anak kat pengasuh & rehat2 kat rumah, kalo suri rumah macam mana pulak?

Dah la kat tv pon iklan panadol, sakit pinggang makan panadol, lenguh sana lenguh sini makan panadol. Siap ada versi baru ubat yang lebih efektif & tak mengganggu perut katanya, boleh makan terus ubat tu tanpa amik sebarang meal sebelumnya.

Lepas mengurut tu jugak aku terfikir, kesian suri rumah yang tak berkesempatan nak pergi berurut untuk betulkan urat2 yang bersimpul, nak legakan lenguh2 & sengal2, macam mak aku.

Bonda aku overweight, tapi dia jenis celik mata jek buat keje rumah sampai la ke malam. Rumah kitorang takde la perfect sangat sebab Bonda bukan jenis berhias, but it works as a home. Selagi ada rezeki Bonda akan memasak. Bila dah siap kerja dia akan melepak depan tv. She's not the lazy type, she handles her job well, between her chores & sewing baju kurung.

Dan rajin jugak dia lenguh bahu, mintak Abah picit, kitorang picit ke. Masa tu aku tak faham erti lenguh sengal, muda lagi la katakan.

Aku berurut pun kali pertama masa sebelum mengandungkan Comel, aku rasa peranakan aku turun sikit, sebab banyak angkat barang berat2. Masa tu rasa ok jugak, sakit la mostly, tapi takde la addicted. Makcik tu mengurut kat JB, guna teknik reflexology, siap ada sijil dari UTM kalo tak silap aku.

Rezeki dari Allah & mengurut & makan Maajun Bondaku, aku mengandung tak lama lepas tu. Mungkin juga berurut tu betulkan urat saraf aku kot, boleh mengandungi, apa2 kuasa Allah juga kan?

Lepas bersalinkan Comel, Bonda kata dia lepas bersalin jek terus nak berurut sebab sakit badan katanya. Tapi aku takde la rasa sakit badan, lebih kepada bengkak susu, adoi sakitnya Allah jek yang tau.

Jadik aku panggil Kak Zila bekas nurse yang sangat mahir mengurut, tangas, tungku, mandi herba/bunga & uruskan baby, dapat rekomen dari kawan aku. Dia datang hari ke-3 aku berpantang tu. Akak tu memang sempoi, bawak motor cup dengan bawak baldi & bangku kecik & segala barang & peralatan dia, & sebab tu jugak dia tokleh travel jauh2. Subhanallah alhamdulillah, betapa leganya dapat urut. Susu aku pun bertambah lancar.

Dia datang kendian selepas seminggu. Kak Zila kata urut selepas bersalin kena tunggu sekurang-kurangnya 5 hari, so pendapat Bonda adalah tidak valid sama sekali, hahaha ya ampun.

Masa berurut dengan Kak Zila la baru aku tau langit tinggi rendah, mak aih besh giller dia urut. Hari pertama menggelitik aku tahan sakit, hari ketiga dah besh. Penutupnya selepas habis pantang, mandi bunga, harum semerbak satu rumah bau bunga.

Memang besh, aku turun berat badan banyak sangat. Berat aku lebih ringan dari sebelum aku kawen, sayang aku tak reti nak jaga. Bayangkan, tu baru 5 kali urut.

Sejak tu aku lebih kurang addicted la jugak, dapat berurut jek la pun dah cukup, takde la sampai nak bertangas, tungku, mandi2 bagai.

So kelmarin aku pergi dengan kawan aku juga seorang blogger, Nova Leeza. Dia yang rekomen aku Manjakaki kat Ampang Point nih. Dah la sampai ofis lambat, ada meeting pulak tu, adoi la, nasib baik boss baru tak jadik datang last minute tu.

Itu la, aku yang keje, bukan la suri rumah sepenuh masa, pun lenguh2 sengal2 badan. Bayangkan suri rumah pulak. I strongly believe & suggest all housewives should take a day in a month to pamper themselve, fully sponsored by husband la of course. Pergi la spa, berurut, lulur, etc, pastu jalan2, makan2. Overhaul badan lebih kurang, barulah service tip top, if you know what I mean, haha.

Well, ke arah hidup lebih sihat!

Friday, November 28, 2014

Mekap clearance sale

Clearance sale kelmarin kat Aeon Big Wangsa Maju, produk Silky Girl & Revlon.

Kecuali Body Shop body butter tu jek, dapat free dengan majalah Women's Weekly. 

Sebab murah, macam menggila la membeli, haha. Yang dah cuba satu jek, Colorstay Whipped. Memang besh, senang rata, takyah pakai moisturiser. Pastu muka pun tak berminyak sangat. Pakai camtu jek pon boleh.

Friday, November 21, 2014

10 loop bow

Asalnya aku amik tutorial kat sini, 6 loop hair bow:
http://www.theribbonretreat.com/Catalog/how-to-make-a-six-loop-hair-bow.aspx

Tapi aku ejas jadik 10 loops & pakai satiny plastic ribbon lebar 3cm nih sebab aku nak dia glossy & boleh buat curl. Ribbons nih nak guna untuk hias hadiah cabutan bertuah dinner malam nih.

Ribbons kaler coral & pink. Asalnya nak buat 2 layer, tapi tak sesuai pulak.

Rujuk tutorial kat http://www.theribbonretreat.com/Catalog/how-to-make-a-six-loop-hair-bow.aspx
Tapi aku extend sampai kiraan 11 & 5 inci gap. 

Ikut macam tutorial tu & kemaskan, benang jangan potong dulu. 

Buat satu loop kecik... 

... & letak kat bahagian depan, aku tetapkan guna benang tadi. 

Untuk jurai2, potong ribbon 11 inci & lipat 2. 

Tetapkan kat bahagian belakang 10 loop tadi. Untuk lebih kuat, sebab ribbon plastik nih senang kotak kan, aku stapler semua layer. 

Ribbon jurai tadi strip kepada 2 atau 3, yang strip tengah2 tu boleh guna untuk ikat kepada hadiah. 

& lurut dengan sisi gunting sampai jadi curl gini. Ribbon jenis nih senang nak buat curl. 

Finished product. Dengan modal RM4 untuk 2 ribbon (RM2 untuk 1 ribbon), boleh dapat sehingga 12 ribbons. Murah kan? 

Wednesday, November 19, 2014

Goodies bag

Alhamdulillah, setiap tahun tak pernah miss goodies bag sempena hari lahir Comel.

Monday, November 17, 2014

Tido kuar

Tetiba kene tido kuar ke? Mummy amik bantal jek, dia pulak hangkut lagi bantal & selimut.

Boleh ke buat campur dalam susu

Tadi tanya doktor, boleh bagi ke ubat dalam susu. Katanya bagi direct terus, muka dia macam pelik jek.

Balik tu, macam biasa aku rasa la ubat tu dulu, tak sedap. Alangkan ubat yang manis2 sedap pon anak aku boleh muntah, nih kan pulak jenis rasa pahit2 menyengit wpun ada sikit2 macam fanta. Sib baik 3.5ml jek, boh jek la dalam susu.

Alhamdulillah, tengok tadi dia kahak cair dah. Kalo tak kesian pulak dia batuk2 tapi kahak takmo keluar. Lenguh dah aku nak menepuk dia, haha. Tapi sedap kot dia kene tepuk, esek bangun tido lambat jek, sedap betul tido.

Comel macam biasa la, mengah pon mengah jugak, tapi aktif kemain. Aku simpan mainan lasak2, bagi buku & tea party set jek. Doktor pon tak percaya dia astma, haha, adoi la anak.

Kawan2 & sedara mara, tolong doakan anak saya sihat ya. Jaga2 juga yer, doktor kata musim astma sekarang nih.

Sunday, November 16, 2014

Buku baru lagi da

Ok, Mummy memang simpan banyak buku untuk Comel.

Weekend yang memerap di rumah

Kesian baby nih esek dok umah jek, sib baik Mummy suka simpan mainan, nah another birthday gift for you.
Tea party katanya.
Nanti Mummy buatkan kabinet dapur yer, pakai kotak kadbod.
Nih sblom tido, she set it up herself. Mummy so proud of you, baby. 

Friday, November 14, 2014

Pelik

Pelik pulak zaman sekarang, orang yang solat pulak kena bagi penjelasan...

Thursday, November 13, 2014

Dinner senang punya...

Senang sangat & tak banyak bahan.

Spaghetti, salami, broccoli, cheddar cheese and herbs&spices.

Dah sampai rumah tadi, aku perasan yang aku tertinggal henpon kat kereta. Malas la pulak nak turun, jadi aku terus la memasak. 

Dah habis masak tu tetiba terperasaan la yang masakan aku nih macam mempesonakan la pulak. Amik gambo besh nih. Tapi tu la, henpon dalam kete. 

Memandang masakan masih panas lagi, aku pun turun la amik henpon dalam kete. 

Dalam kete tu, aku carik la henpon, rupanya terjatuh kat lantai belah passenger. Mesti aku nak masukkan dalam beg, tapi tersalah masuk. 

Aku pon capai & amik henpon. Dalam samar2 tu aku perasan beg plastik, apa pulak nih? Owh, air pearl milk tea untuk Comel & strawberry pudding untuk aku yang aku aku beli kat Chatime balik keje tadi. Alhamdulillah, syukur, ada hikmah di sebalik kejadian. 

Memang aku terlupa habis la air2 tu. Isk, lalai beno aku nih. Cara Allah nak mengingatkan aku nih, aku betul2 tersentuh hati. Memang comel minat pearl milk tea nih, aku beli spesel no ice untuk dia & tunggu hari Khamis untuk harga diskaun. Kalo terlupa abes nih jawabnya esok la baru sedar, dah terlambat pon by that time. 

Alhamdulillah, syukur ya Allah. 

Ok, sebenarnya banyak petunjuk Allah dah bagi aku. Tapi yang nih seronok banyak nak share. Yang lenlain tu simpanan peribadi jek la, takut mengaibkan orang & buat orang pandang serong pulak. 

Mummy punya... 

Comel punya... 

Sunday, November 9, 2014

Sweet dreams

Good night & sweet dreams, baby...

Happy birthday my love

Haha, jadik la chocolate ice cream cake. Nanti kita cuti2 kat tempat yang paling Comel minat, with beach, sand & swimming pool, insyaa Allah.

3 tahun lepas, Mummy dah kat dalam labour room masa nih. It was a pleasure squeezing you out, haha.

Happy 3rd birthday, dear.

And happy birthday to my dear Noor too. May Allah bless you, dear.

Ernie the Eye Monster by Sam Llyod.
One of the many books for the birthday girl. We spent almost an hour laughing & giggling with the book.

Comel faham cerita & dapat respon dengan sangat baik, so proud of you. She loves the little yellow monster.

Let's Go To Work.
She loves the second book too, Mummy so happy.

More books to come, dear.

Friday, November 7, 2014

Hadiah dah sampai

I love contests, from magazines & online too.

Aku menang macam2, pernah menang hamper, vouchers, skII, syampu & conditioner, shower gel & scrub, satu set hello kitty circus, shiseido lipstick, apa ntah lagi.

Kali nih aku menang Lipice dalam LipIce fb contest. I've been a fan of lipice for 10 years kot. Paling minat sheer color changeable, menang yang nih pulak tu & dapat color gloss jugak, yang nih pon aku dah cuba sblom nih.

Happy happy, tq so much LipIce 💖

Sunday, November 2, 2014

Duit palsu

Tatau la apa kes, sengaja oakai duit palsu atau tak sengaja. Tapi kalo dah berkeping2 duit mungkin sengaja la kot, wallahua'lam.

Cerita pasal duit palsu nih, satu masa dulu masa hilang tablet Mysarah kat Aeon Big wangsa maju, kat bilik guard tu, ada seorang cashier pompuan muda buat aduan. Dia dapat sekeping RM50 duit palsu. Dorang nak tengok cctv, tapi cashier tu tak berapa ingat customer yang disyaki, cuma ingat lelaki jek.

Rupa2nya polisi situ, salah cashier kalo terima duit palsu, kena tolak gaji la. Kesian tengok budak tu, besar RM50 tu. Aku pon macam pelik la, sebab mesin uv tak disediakan untuk setiap cashier.

So this is serious sebab melibatkan pendapatan orang. Tapi aku tatau la hukuman yang diberikan tu setimpal atau tidak. Ada lagi jenayah lagi besar tapi penjenayah tu kaya boleh jek bayar ganti rugi, boleh duduk penjara sambil main game. Wallahua'lam.

Saturday, November 1, 2014

Bring on the nasik minyak!

Majlis kawen anak Pn Fabilah kat Dewan Taman Seri Keramat, dekat sangat dengan rumah.
Kebetulan duduk pulak semeja dengan Kak Wan Nurul, exbpm. Alahai, aku nih jenis tak ingat nama orang, tapi Kak Wan yang lagi tua dari aku tu pulak yang ingin, ya ampun.
Kami dok situ lama. Makan nasik, aku habiskan nasik Comel. Pastu makan soto. Comel topup choki choki. Alhamdulillah, kenyang.
Mak pengantin berseri2, tak ubah camtu la dia sejak mula kenal. Terima kasih kepada pengantin sekeluarga. Semoga kalian beroleh kebahagiaan bersama2 hingga ke syurga, amiin.

The new fish bowl

Beli kedai RM5 jek ;p

Friday, October 31, 2014

Konfem kurus

Kad kawen kreatif

Kretipnyer, lambat pulak anak aku nih nak kawen. Kalo Mummy nak kawen tak mungkin la pulak, ahaha...

Aku suka versi buku latihan tu.

Pagi2 lagi dah

Pagi2 lagi dah susu depan fishies.

Mula2 Comel mintak nak bagi fish snack. Pastu dia mintak susu.

Elok2 jek dia susu sambil duduk depan fishies. "Suka fish", katanya.

Pandai pulak tu main2 dengan fish. Berulang2 dia cakap "Here fishies fishies". Macam silap pet jek, ahaha...

Big drum

Comel: Mummy, mana big drum?
Mummy: Big drum? (drum ada la, tapi takde la big pon) Kat dora boxes tu kot. Tu... (sambil tunjuk arah rak kotak mainan dora)

Comel pun hilang dari pandangan. Kemudian dia muncul, tangan takde bawak apa2 pon.

Comel: Owh, ni! (tunjuk, ambil tupperware & tepuk2 dengan girangnya)
Mummy: Lor, ini tupperware la, jadik dram la pulak.

Big drum, pom pom!

Crim & Coal

Itulah nama ikan2 pertama Comel, mine too. Yup our first fish.
Crim - crimson, yang warna merah tu.
Coal - coal, yup yang warna hitam tu.
Hampir setiap minggu kitorang pergi pasar malam & tengok ikan. Baru tadi membeli. Itu pun lepas tanya camne penjagaan ikan.
Nyonya tu kata pakai air paip yang dibiar seharian, ataupun boh antichlorine. Tukar air bila dah terlalu kotor. Tak perlu mesin oksigen. Nampak macam senang kan?
Comel pilih sekor merah & sekor hitam, RM1 sekor. Aku pon tatau spesis apa nih, haha, lupa pulak tanya. Itu pun Comel nak tambah lagi. "Another one, another one", katanya. Tapi aku takut nak bela banyak2, takut mati la pulak.
Tambah sebotol anti-chlorine & sepeket kecik makanan ikan, total RM4.50. Super cheap la untuk first timer macam aku nih, haha.
Jadik la tu 2 ekor. Itu pun dia dok goncang2 bekas plastik ikan tu, haih ganas betul anak aku nih, pening jugak ikan tu kang.
Boleh la ikan2 tu temankan marimo aku kat rumah tu. Marimo pun tinggal dalam bekas ala tupperware jek, haha. Ntah bila la nak beli balang.
Kemain suka anak aku dengan ikan2 dia tu. Siap amik bangku dok depan bekas ala tupperware tu. Ok la, tengok la nanti kalo kita dah pandai bela ikan, boleh bela banyak2 sikit kan. Insya Allah.

Fish snack

Comel: Fishies, snick snack...
(Fish, eat your snack)

My baby is super at inventing words.

Lepas tu bila ikan tu makan, kemain seronok dia, kejap2 report kat aku, haha.

Friends&Family Day Unit Pembangunan - Day 2

Gambo darinya kamera sendiri dan kawan2 jua.

Darat & Laut. Tetiba jadik Dair la, Darah la, lol XD
Beware of jellyfish
Budak yang tak habis2 nak ngambik air
Takut ombak rupanya...
Sib baik la bawak semua koleksi beach toys Comel, bleh main dengan kawan2.
Hari kedua baru Mummy amik boya dari kereta, sib baik tak bocor wpun dah kempes & kene pijak2 dalam kete.
Setengah pertama jek nak berpegang dengan Mummy... Lepas tu macam2 gaya dia buat
Terima kasih kawan2ku melayan anak aku yang tak reti dok diam
Nenek dok tepi kolam jek ke? Dia hepi tu nengok telatah budak2 nih yang sama2 tak reti dok macam cucu dia tu, ahaha XD
Nak dekat kul 5pm baru keluar, apa taknya, Comel lepas lunch jek tido tak bangun2, penat sangat lettew. Angkat jek la bawak masuk kereta. So nih la kedai satar pertama yang aku nampak.
Satar terbaek setakat ini, ada lagi 2 kedai yang aku tapau. Highly recommended d(^^,)b
Kepok dia pon besh jugak, leh celen losong lar.
Kedai ke-3 & ke-4. Pon beli kepok; keping & kering. Bonda beli souvenir, nak bagi kawan2 katanya. Amboi, vacation Cherating la katekan.
Malam tu ada dinner, karoke & penyampaian hadiah. Esoknya takde event dah, ok jugak gini. Team kitorang menang keseluruhan, hehooo! Nih I bergambo dengan hamper kemenangan & Cik Shelly kawan sejak MRSM nih, haha ko sekarang pon satu ofis. Tapi kan, wpun Akak dapat main 1 game jek, tapi kira menyumbang jugak la kan sebab game isi air laut dalam botol iar mineral 1L tu menang kan? Ahaha ;p
Hadiah cabutan bertuah & spesel Kasihnya Ibu. Budak2 pon dapat jam tangan, takde dalam gambo nih jek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...