Nuffnang Ads

Saturday, January 31, 2015

Flower bouquet

I've been following years MyPicot web site for years, starting when I was still single. They have very beautiful, delicate and some intricate patterns.

Now they even have a Facebook page. Just now this post appeared in my timeline.

Crochet flower bouquet

Complete with diagrams + step by step instructions, so beautiful.

Label

Ha ko! Gini la ropanya kalo boh label widget. Anak aku jugak yang mengungguli carta, haha XD

Crochet in tv #1

#1
Breaking Bad S01EP07
Cardigan

Similar Pattern here: www.favecrafts.com/Crochet-Sweaters/Flourish-Sweater-Jacket-Crochet-Pattern-from-Caron-Yarn
and here: http://www.favecrafts.com/Crochet-Sweaters/Ruffled-Crochet-Cardigan-from-Naturally-Caron

#2
Breaking Bad S02EP04
Granny throw


Similar pattern here, go as big as you want: http://www.ladybythebay.com/2013/05/crocheted-giant-granny-square-blanket.html

Friday, January 30, 2015

Lunch for Comel

Mummy suka betul dengan pasta nih. Namanya Orecchiette. Hari ni Mummy masak pasta goreng untuk Comel.

Orecchiette (singular, orecchietta), from orecchio (ear) + etto (small)) is a kind of home-made pasta typical of Puglia or Apulia, a region of southern Italy. Its name comes from its shape, which resembles a small ear. In the vernacular of Taranto it is called recchietedd, or chiancaredd. A slightly flatter version is called cencioni, while in the vernacular of Bari, strascinate are more similar to cavatelli.

Sumber Google 

Aku suka sebab pasta nih tebal & chewy. Sesuai betul untuk masak goreng.
Aku beli aritu kat Giant, harga belas-belas ringgit dalam clear plastik bag. 

Tapi Comel tak berapa minat sangat, dia suka spaghetti lagi. Mummy la kena ngabiskan jawabnya, huhu... 



Thursday, January 29, 2015

Itsy bitsy spider

Soh Mummy teka, Mummy teka salah. Spider katanya, pastu nyanyi itsy bitsy spider.

It's lovely, dear <3

Pegang pen pon dah pandai, tahun depan Mummy hantar sekolah yer. 


Wednesday, January 28, 2015

Menang foundation pulak

I won this!

It's an Estee Lauder Futurist Aqua Brilliance liquid foundation in 2W0 Warm Vanilla.

Tq Estee Lauder Malaysia ๐Ÿ˜™

Wpun warna dia nampak cerah, tapi blend in elok kat kulit aku. Texture dia macam cream moisturiser, senang sapu rata wpun guna jari jek. Lepas tu sapu bedak nipis jek dah cukup.

Sebab kulit aku berminyak, cuma touch up pakai oil blotter & tak fade langsung selepas bbrp jam. Dan satu lagi yang paling penting adalah foundation nih tak oxidised, kesan lebam yang biasa aku jumpa kat sesetengah bb cream.

Memang puas hati. Kalo sblom nih aku pakai Revlon Colorstay Whipped pon dah rasa flawless & owh senangnya pakai pakai jari jek glide atas kulit gitu, yang nih lagi licin & rata dengan efek sebagaimana yang diiklankan, dewy. Gini rupanya perasaan pakai foundation rege RM160 ๐Ÿ˜

Monday, January 26, 2015

Snow the ikan laga

Kitorang beli sekor ikan laga atas nasihat Nanny Comel. Beli kat kedai ikan Setiawangsa, murah jek RM3 sekor.

Mula2 aku ingat nak beli warna merah, sekali sampai sana tengok cantik2 jugak warna biru & purple. Belek punya belek sekali ternampak pulak warna putih berbelak hitam nih. Terus jatuh hati.

Comel pun ok jek dengan si putih nih. Kitorang amik & bayo. Terus namakan Snow.

Ikan2 yang sebelum nih semua mati dah, jodoh kami tak panjang (T,T) Mudah2an Snow lama bersama kami, insyaa Allah.

Snail

Baby insists on keeping the snail we found at pasar malam. The pakcik gave her the snail with a stick of kacang botor. Silly baby ;p

Sunday, January 25, 2015

Osem 2015 #2

Lupa pulak pasal benda nih.

The awesomest thing today. Baby screamed "Sayang Mummy!" then kissed me on left cheek, right cheek, forehead & nose, the way I kiss her before bed & anytime I want.

Roses de Chloe

Dah lama aku carik perfume rose yang seswai dengan hidung aku nih. Tahun lepas aku ditemukan dengan Roses de Chloe, aku beli sample dial untuk test keserasian & lagipun tu jek saiz yang ada selain miniature.

Yang nih memang cepat habis aku pakai. Bau dia bukanlah pure rose sebab aku pernah bau ekstrak 100kg rose kalo tak silap, boleh tahan pening la bau dia. Bau macam rose tea, rose potpourri, memang lembut tapi fresh, macam bau kedai bunga & lily, yup lily my favourite flower.

PRODUCT INFO

Capturing the spirit of women, the Chloé vision is not about one singular woman, but rather about the rich and varied personalities of all Chloé women. This fresh, smooth floral fragrance evokes sublime powdery rose. The effect is chic, comfortable, and entirely addictive.Top notes of pink peony, freesia, and lychee embody subtle freshness. At the heart, midnotes of magnolia flower, lily of the valley, and rose rise to sublimated femininity. A base of velvety elegance comes to fruition through cedarwood, amber, and honey.Inspired by the details in Chloé's fashion, the flacon's heavy but softly curved and grooved glass reflects femininity and strength. The plated-silver top is embossed with the Chloé mark and adorned with a hand-tied ribbon.Notes:Pink Peony, Freesia, Lychee, Magnolia Flower, Lily of the Valley, Rose, Cedarwood, Amber, Honey.

Atas nih aku amik hasil dari google.

Tadi aku baru amik botol 75ml + 2 sample dial dengan harga RM260. Dengan siapa ya aku beli? Dia biasa menjual kat ofis aku, aku pon dah tak beli perfume online sebab dok beli sample dial dari dia jek. Kalo berminat boleh la contact Zaman Original Perfume +60125015166.

Kalo online pulak aku biasa beli dengan Shah Fragrance. Tepuk dada poket cium2 pergelangan tangan la mana berkenan yer.

Saturday, January 24, 2015

Better

Comel batuk2.

Comel: Mummy, batuk.
Mummy: Ala kesian, kena la jumpa doktor, makan ubat.
Comel: No... No ubat, I'm better.

Dan dan la better...

Friday, January 23, 2015

Duit raya Comel 2014

Baru nak kira duit raya Comel, hehehe...

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, Comel berjaya mengutip RM358 pada tahun 1435H bersamaan 2014.

Tahun 2013 kalo tak silap la, dapat dalam RM200+ kot. Tahun lepas dapat banyak sikit sebab hampir semua kaum keluar balik JB, raya memang meriah sakan la dengan open house, bbq, birthday party, etc.

Dah tiba masa Mummy bukak akaun untuk Comel, punya la bertangguh. Insurans pun nasib baik la kawan aka agent yang follow up.

Wpun Mummy macam mak2 yang lain yang nakkan kejayaan anak, Mummy tak simpan harapan yang tinggi untuk Comel melanjutkan pelajaran dalam bidang sains & teknologi, etc, diploma sampai phd. Kalo Comel minat memasak, menjahit, Mummy akan sokong, insyaa Allah. Ada la sikit simpanan Mummy sediakan untuk Comel nak belajar, nak ambil sijil sampai diploma ke, kalo nak lanjut lagi tanggung la sendiri yer, haha. Sebab nanti modal nak mula bisnes pun kena sedia banyak.
Bila dah tua nih baru Mummy faham, rezeki datang dari Allah. Kerja Mummy nih adalah tanggungjawab. Semoga Comel sayang Mummy nan satu nih berjaya di dunia dan akhirat...

Sticker book

Tak kisah la apa bahasa pon, asalkan sticker book.

Sunday, January 18, 2015

Meat U Here Steak House @Me'nate

Sesi makan di Meat U Here Steak House nih dah lama tapi sebab kawan aku, Nova Leeza the Food Blogger mintak buat blog post kan, aku tunaikanlah permintaan dia.

Aku pergi nih lepas balik keje & juga sebab tak kesampaian nak makan steak kat JB tempoh hari. Ada 2 tempat yang aku target, satu di sini & satu lagi Ayers Rock. Dua2 di kawasan yang sama, walking distance jek beza jauh di antaranya.

Tapi aku pilih Meat U Here sebab tatau la, aku macam teringat rasa dia. Kalo ikutkan aku takde la minat sangat dengan marinate dia, tapi macam suka, kenapa eh?

Takpe la, aku pon menuju ke situ lepas amik Comel dr Nanny. Sampai di sana restoran kosong, seperti biasa pekerja menyambut kami dengan mesra. Aku pun mula pilih steak dalam bekas chiller. Ya steak siap potong & label dengan harga & berat, serta ada cop Me'nate & halal jakim. 

Aku pilih grass fed ribeye yang seberat 300g+, harga RM45.60, pilih cara masak yang semestinya "medium", tambah order mushroom soup untuk Comel (yang juga dioffer spaghetti tapi dia yang tak nak) & ambik tempat duduk.

Kat sini, harga satu hidangan steak adalah harga yang tertera pada label. Kita akan dapat steak yang dimasak ikut preference doneness kita, coleslaw, mashed potato & brown sauce sekole kecik. Tulis nih jek dah teringat steak, drooling... huhu sabo jek la.

Selain itu, hidangan steak juga datang dengan minuman sejuk & panas, free flow dari dispenser. Minuman sejuk 4 jenis & minuman panas pelbagai pilihan kopi & teh. Berbaloi kan? Ini juga punca utama aku datang ke sini. 

Dalam beberapa minit, mushroom soup pon sampai. Apa jua jenis sup memang kegemaran Comel, puas dihirup sup yang juga siap dengan roti bakar. Aku pon tumpang makan sama, cuma pada aku sup dia cair dari biasa, untuk budak2 ok la, tapi roti dia sedap, cukup rasa bawang putih & butter.

Beberapa minit kemudian steak aku sampai, pergh terliur. Medium doneness cukup menyelerakan, cuma kalo dibandingkan dengan Ayers Rock, di sini bahagian luar lebih masak. Aku pon tak berapa reti level of doneness, tapi kalo ke Ayers Rock aku akan pilih medium well untuk doneness yang setara. Steaknya juicy & meriah dengan rasa marinade. Coleslaw pada aku terlebih sauce, mashed potato pulak ok.

Satu lagi yang berbeza, steak dimarinate dengan sos yang aku rasa macam marmite. Tak pernah pulak aku nak tanya, bila steak sampai jek mula misi menghabiskan steak kendian dah lupa segalanya. Insyaa Allah kalo ada rezeki lagi aku akan tanya, itu pun kalo tuan kedai nak kongsi rahsia la kan. 

Alhamdulillah kenyang, habis steak, habis jugak sup & roti si Motet nih makan. Kenyang betul 300g+ nih, lepas ni sini ambil kurang dari 300g je dah cukup. Aku sudahi dengan kopi sambil anak jalan2 keliling restoran umpama MB melawat tapak. 

Selain steak, restoran nih yang namanya juga steak house, menjual daging mentah & daging yang dah siap macam pepperoni, salami, etc. Kalo rajin nak buat pizza memang sesuai la ada simpan stok, takpun sesuai juga campak dalam spaghetti & sandwich. 

So kalo berminat boleh la pergi steak house nih, highly recommended. Lokasinya bersebelahan Wangsa Walk Mall, sederet & di antara parking Wangsa Walk Mall & Tutti Fruitti, atau boleh call 0129111777, senang nak ingat nombor dia. 

Saturday, January 17, 2015

Card model

Card model aku beli eons ago, 15++ years nih simpan. Tiap kali masuk study room mesti anak mintak main, akhirnya hari nih bagi jugak.

Asalnya beli keropok macam mamee harga 20¢ sepeket dapat kad motorbike, cantik printing dia. Jadi aku beli borong, makannya tak la simpan la dalam fridge bagi adik2 aku.

Kendian takde dah model motorbike, ada racing car, aeroplane, dgn dinasor nih la. Dah beberapa kali strike tak dapat motorbike tros berenti beli.

Semua yang aku beli bleh muat balang smuckers goober saiz kecik rendang nih.

Diana Rose

Terbanyak pulak rambut dia so I call her Diana Rose.

Pattern kat sini http://www.craftster.org/forum/index.php?action=profile;u=174226;sa=showTopics;start=10

Kasut kemenangan

Yeeehaw! Aku amik dah kasut menang Women's Weekly contest petang semalam.

Tajuk kasut ini ada Melissa + Karl Lagerfeld. Bukak2 kotak jek dah bau wangi, macam kasut jelly bunny. Material pon getah gitu macam crocs tapi berat ya amat part tumit dia tuh.

Aku larat pakai kejap jek la nampak gayanya. Nak pimpin Comel pon rasa pelik macam melangit jek aku nih, nampak beno dah lama tak pakai high heels. Tapi bila lagi nak merasa kasut rm600+ kat kaki kan? Haha...

Monday, January 12, 2015

Kerja rumah

Angkat kayu api & lipat baju jek blom bleh lagi. Tapi kalo angkat barang shopin hak dia tu insyaa Allah boleh diharap.

Selain tu pandai jugak hantar dishes ke sinki.

Sunday, January 11, 2015

Globophobia

Maknya globophobia, bertabahlah aku hari2.

Penguin amigurumi

Siap jugak akhirnya.

Crochet is my thing, knitting kena banyak practice lagi.

Lepas nih Mummy buat Mermaid pulak yer.

Btw, pattern kat sini http://theageingyoungrebel.com/amigurumi-penguin-pattern/

Saturday, January 10, 2015

Kpop

Komen kepada video awek2 bertudung atas stage konsert kpop yang tengah viral sekarang nih.

Akak takmo share gambo atau video korang tu, nanti mengaibkan lagi pulak, wpun ramai kata korang yang mula2 mengaibkan diri masing2.

Akak pon tak tengok konsert tu, tatau berapa ramai yang naik stage, ada yang free hair ke tidak, etc. Cuma orang dok share korang2 yang pakai tudung nih atas stage peluk2 dengan artis kpop tu.

Akak tengok pakaian korang bagus dah wpun tak fashionable nacam hijabista yang akak tengok kat fb & majalah2. Tudung tutup dada, baju labuh & longgar. Tapi...

Tapi tu la, korang biar jek kpop tu pegang2, peluk2 korang & korang pon peluk dorang balik. Apa yang akak nak katakan, jagalah imej bertudung & pakaian sopan korang dengan tingkah laku yang baik. Iyer, akak pon muda jugak, ada jugak minat2 artis, hey akak pon free hair dulu, kalo ikutkan pakaian korang lagi baik dari akak. Tapi akak nak bagi nasihat secara terbuka nih.

Sekarang nih ramai pakai tudung dah, banding zaman mak2 kita. Tapi ramai jugak yang tak pakai tudung lagi & ada antara  dorang nih tak respek pon kita yang bertudung nih. Cuba baca komen2, "baik bukak tudung terus", etc etc. Pada akak tudung tu dikekalkan, akhlak dibaiki. Sebab tu kita saling tegur menegur kan?

So topik utamanya adalah akhlak. Kita berubah, kita bertaubat, kita baiki, tak kisah la pakai tudung ke tidak. Sebab rata2 sekarang nih cam gini:

1. Bertudung = berakhlak mulia
2. Free hair = akhlak mulia adalah optional
3. Non muslim = takde akhlak pon takde

Itu semula salah, apa pun cara pakaian yang sopan, apa pun agama, akhlak mulia adalah hak milik setiap insan. Akak ada kawan Kristian yang moral dia lebih baik dari sebilangan kawan2 Muslim akak.

Kalo zaman tok nenek kita, yang moyang kita pon belum tentu pakai tudung, anak2 dara sentiasa mendapat perhatian jiran tetangga sekampung & kampung2 sebelah. Jangan harap la nak merayap2 dating2 apatah lagi nak tengok konsert. So akhlak adalah perkara utama di sini.

Maksud akak, kita jaga perangai kita. Akak pon penah nakal2 tapi zaman akak takde youtube fb yang bleh tersebar apa kita buat, zaman korang bende dah naik kat www akan kekal situ siap berkembang biak menjadi viral.

So kita jaga imej kita, sebagai wanita bertudung. Cukup la orang kutuk kita yang bertudung nih, cukup la orang hina kita sampai suruh kita bukak tudung sebab perangai kita.

Ps: Masa sheik muzaffar datang ofis akak dulu, ramai jek kawan2 akak ubah pendirian & pegi salam angkasawan negara tu. Orang2 hensem adalah ujian jua, rendahkan pandangan.

Tuesday, January 6, 2015

Menang kasut pulak

Yey, I won these weird shoes!

Mahal jugak eh kasut nih, harap2 dapat la dalam saiz aku. Kalo tak kene jual la jawabnya, owh boo...

Aku masuk contest dalam majalah  Women's Weekly bulan Oktober, dorang baru jek bagi aku sms nih. Dalam 2 bulan jugak la kan kene tunggu. So patut bulan Jan nih kuar la nama aku dalam senarai pemenang, alamak tak beli lagi nih!

Aku memang suka masuk contest. Ada la sikit2 tips nak menang, tapi apa2 pun Allah yang bagi rezeki kan?

Kalo magazine contest, ko kene hantar penyertaan seawal mungkin. Magazine kan selalu keluar dalam seminggu atau kurang dari 1hb setiap bulan.

Kalo kene hantar sms, dia ada tarikh buka, jadik kena la invest sikit duit hantar sms yang dorang takkan terima sampai la tarikh dorang bukak sistem.

Kalo pos, hantar jek sebelum hujung bulan, lagi awal lagi bagus. Insya Allah menang.

Setakat nih cita2 aku nak menaip set mekap yang featured kat cover magazine, tak kisah la apa brand, tapi semuanya branded la. Geram jek tengok, set tu bukan pallette ok. Maybe one day kan?

Monday, January 5, 2015

Koleksi mainan Mummy

Koleksi bear Mummy sejak 1996, sekarang sudah bersih & wangi sesudah dilebur dalam wosimisin. Ada lagi, hello kitty la, wedding edition, lagi besar dari yang mekdi jual akhir2 nih. Tu kene bukak costume satu2, tag pon tak tanggal lagi tu.

Mainan mekdi dulu besh, aku ada 2 ketul bear siap baju 3 piece & kasut. Dulu beli jek la mana paling hemsem, sekarang macam orang gila semua nak collect. Tadi pon kat mekdi ada koleksi hello kitty baru, adeh...

Dulu zaman muda remaja, longgok bear banyak2 atas katil. Ada sekali tu tengok2 bears aku hilang, rupanya adik aku amik semua boh atas katil dia & amik gambo. Nak tunjuk kat sapa tatau la, agaknya besh kot tunjuk gambo katil penuh bear, haha!

Bila pindah KL, tak bawak la bears nih semua, kunun wanita kerjaya khen, haha, banyak la. Ntah la naper, tak ingat pasal apa.

Nasib baik la elok simpan kat umah JB, balik baru nih aku selongkar barang2 lama. Bacin dah sekor2 nih, haha. Meh la ikut balik KL, bleh jadik bahan Comel.

Sekarang Mummy turunkan kat Comel jek la. Haha, ko tengah eksaited la si kenit nih nampak bear sebakul. Amik la ko, nak.

"Wow, banyaknya bear! Thank you, Mummy."

Macam tau2 jek nak bagi dia kan.

Sunday, January 4, 2015

Meh tolong-menolong

Tadi aku membayo bil henpon, tertarik pulak dengan satu sudut nih.

Cer tengok, paling sikit pon RM1. Kalo sorang sikit lama2 jadik bukit. Mudah2an dapat bantu meringan beban mangsa-mangsa banjir, kesian anak2 kita (eh terasa tua pulak) nak naik sekolah ni.

Bersedekah bukan untuk orang lain, untuk diri kita juga. Banyak tu manfaat x700, insya Allah, yang penting ikhlas.

http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Tabung-Kemanusiaan-Komunikasi-dan-Multimedia-Malay.aspx
Sumber: http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Tabung-Kemanusiaan-Komunikasi-dan-Multimedia-Malay.aspx

Toy apa pulak lepas nih

Mummy: Motet, nak toy apa lepas ni?
Comel: Hnnn... toy mermaid!

Ok lepas crochet penguin Mummy cuba buat Mermaid pulak yer.

1st haircut

Pagi tadi, sblom brekfes, aku trim rambut Mysarah. Lama dah nak buat, tapi esek tangguh sebab sayang rambut.

Bahagian hujung rambut tu dah kering, dah la kerinting, nak detangle kemain susah, pastu putus2 rambut tu, isk. Conditioner tu membantu la jugak, tapi kalo dah kering tak berapa membantu jugak la.

Ha'ah, rambut dia panjang, kalo masa mandi nampak panjang sampai cecah pinggang. Itu la rambut sejak umo 10 hari, yang trim pon jambul jek jangan cucuk mata.

Aku pon main agak2 jek la potong tu, mula2 nak potong sikit jek, rupanya panjang tak sekata. Masa baby kan dia cukur bantal, tu pasal ada panjang pendek. Ada la 1.5' paling panjang aku potong. Kendian kerat2 jek la bagi agak2 balance. Senang sikit rambut kerinting nih, senget2 sikit tak berapa nak nampak.

Bila dah siap tu, nampak macam ok jek, haha. Nampak pendek sikit. Tapi kan, sblom nih ada jugak hamba Allah yang kata rambut Mysarah dah pendek bila berjumpa kendian, padahal aku tak usik apa2 pon.

So ok la kot, kalo hantar kedai berapa la kene bayo. Yang paling penting tatau la nanti dia buat perangai kehape kan? Tapi tadi macam ok jek, eksaited jek nak haircut. Senang la gini, Mummy jek la potong rambut ko, haha.

Saturday, January 3, 2015

Osem 2015

I put a little too much salt in the fried rice, Comel said "Mmm, sedap, Mummy".

Comel taknak pakai diaper dengan muka serius, dia angguk bila Mummy kata "ooo Comel dah besar yer?".

Made my 1st knitted amigurumi, a penguin.

Comel wrapped herself in a blanket as a gift for me, the best new year gift ever!

Ends the night with "I love you, Mummy. I love you. I love you more. I love you most" from Comel.

Always starts the day with "Good morning, Mummy".

Comel dah besar

Tadi Comel nak tido, jadik aku soh la dia pakai diaper. Beriya2 takmo pakai, muka serius abes, katanya dah besar.

Sejak khamis aritu aku mula potty train Comel. Aku cakap dengan dia "Takyah la eh pakai diaper, Comel kan dah besar, nak chichi bgtau Mummy, ok". Kendian ada la eksiden sekali dua dalam sehari.

I'm so proud of my little kiting. Harap2 Nanny dia membantu la nanti. Tahun depan nak hantar taska.

Friday, January 2, 2015

Hadiah yang anak #3

"Mysarah present, I'm a present. Open up, Mummy, open up."
She wrapped herself up. Yes, dear. You're the best present i ever had, the bestest 
Kemaruk bagi hadiah, mabuk Krismas aritu tak abes lagi kot.

Hadiah dari anak #2

Sandwich katanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...