Nuffnang Ads

Sunday, March 29, 2015

Motd - dah petang barulah nak berjalan

Make up of the day (Motd)

Foundation:
Estee Lauder Futurist Aqua Brilliance Foundation - 2W0 Warm Vanilla
Miyami 2 way foundation - 03 Dark

Cheek:
In2it waterproof twin blush - 03 Entice

Eyes:
Clinique Colour Surge Eye Shadow Quad - 02 Spicy
Elizabeth Arden eye pencil - Smoky Black

Lips:
Maybelline Moisture Extreme - 813 Buff

Saturday, March 28, 2015

Lego 60088 & 31033


Lama dah tak menulis betul2 kat blog nih. Nak bersawang dah eh. Sebenarnya aku banyak idea nak menulis, tapi pemalas ya amat. Orang banyak hobi la katekan, ahaha.

Cakap pasal banyak hobi nih, apa la banyak sangat ke hobi aku nih? Ye la, bleh tahan banyak la untuk diri aku yang tak berapa nak banyak masa, mahupun duit. Tapi ada satu hobi baru yang aku baru menceburkan diri sejak tahun lepas, iaitu Lego & building blocks yang seangkatan dengannya.

Hari ini plan aku banyak sebenarnya, tapi sebab bangun pon dah lewat & pemalas jua, aku cuma pergi 2 tempat jek. Groceries (& Lego) shopping di Aeon Big Wangsa Maju & memenuhi undangan Birthday Party anak jiran.

Aku & Comel bertolak ke Aeon Big Wangsa Maju lepas Zuhur. Mak aih ramainya orang, nasib baik masa tengah queue ada kereta nak keluar, strategik pulak tu dekat dengan exit dari mall.

Aku terus menuju ke tempat mainan, ahaha groceries shopping la sangat! Nampak ada sorang mamat tengah pilih2 Lego sambil meng-watsap, kendian dia hilang & datang balik dengan troli. Punya la lama aku kat situ. Beli pon 2 ketul jek.

Bagi yang dah sedia maklum, setiap 28hb, Aeon Big akan bagi diskaun 5% bagi total pembelian, t&c applies as usual. Section mainan pulak dapat diskaun 25%, amboi berbaloi!

See 25% discount

Jadik harganya selepas diskaun (25%) + 5% adalah seperti berikut:
Lego City 60088 RM28.45
Lego Creator 31033 RM56.95

Harga asal Lego City 60088

Harga asal Lego Creator 31033

Berbaloinya, patut la mamat tadi borong satu troli.

Kalo tak minah nih nak starter pack yang besor tu, sib baik dia dah terpandang mainan lain
Tengok tu, punya la minat bomba


Balik tu, lepas lepak2, Comel mintak main fire rescue. Dia memang minat dunia per-bomba-an nih, it's a noble career btw, I respect them :salute:

Princess takmo tukor baju, Princess nak main fire rescue. Ye la, nak, main la.

Itu jek la pembelian kali nih, Lego yang dulu pon tak terpasang. Nanti2 la free, anak dah pandai main baru la syiok. Sekarang nih kita tukang pasang, dia pulak pemusnah. Dah macam otromen & resakse la pulak.

Dah GST nanti camne la kekdahnya?

1 April nanti efektif GST, abes la semua bende naik rege. Tapi mana la tau aku pon naik gaji, naik pangkat ke. Apa2 pon, rezeki Allah jua yang memberinya.

Thursday, March 26, 2015

Sunday, March 22, 2015

Lapo

Tetiba lapo pulak pagi2 buta nih. Buat sandwich, telo & terung. Yup, terung adelah sedap.

Purple tido

Comel pulak dia tido celah2 batu & guli. Mummy memang sengaja susun batu & guli gitu supaya Purple boleh menyelit2.

Wednesday, March 18, 2015

Mee sup mudah... lagi...

Balik keje nih terasa nak makan yee mee sup. Masak yang simple pon jadik la, pakai jek apa2 bahan kat dapur.

Bahan2:
Yee mee - aku pakai separuh jek
3 ulas bawang putih}
Sebiji bawang merah} dimayang
+Setengah kiub stok ikan bilis
+Sayur pilihan - aku pakai kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Salt & pepper secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kekdahnya:
Masukkan yee mee dalam mangkuk besar & ketepikan.
Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau.
Masukkan air, bila dah mendidih masukkan bahan2 bertanda +.
Bila dah cukup masak, masukkan tepung jagung & tutup api.
Perisakan dengan garam & pepper.
Tuang dalam atas yee mee tadi.
Baca bismillah & nom nom.

Monday, March 16, 2015

More books!

Vintage crocheted purse

Dah nampak bentuk dah. Sikit jek lagi, esok buat sekeping lagi.

Pattern pon ada sini, senang jek. Cuma pakai chain (ch), slip stitch (sl), single crochet (sc), double crochet (dc) & picot (p).

Sunday, March 15, 2015

Mummy, nak sayang

Comel: Mummy, nak sayang (peluk).
Mummy: Meh la sayang.

Lepas tu golek2.

Ulang langkah di atas...

Comel: Mummy, nak sayang.
Mummy: Meh sini.

Peluk kat sisi, sambil mengiring.

Comel: Mummy, nak sayang (nak peluk melekap kat dada).
Mummy: Lor kenapa? Nak masuk perut balik ke?
Comel: Nak masuk perut.

Lepas2 tu tiap kali mintak sayang, dia kata "nak masuk perut", paham la tu.

Saturday, March 7, 2015

Hijab

Artis2 yang saya minat sorang2 dah bertudung, alhamdulillah.

Sunday, March 1, 2015

Gurau jek

Mummy: Comel kentut ke?"
Comel: Tak la, gurau jek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...