Nuffnang Ads

Showing posts with label baby talk. Show all posts
Showing posts with label baby talk. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Mummy tido, Comel main game

Dialog semalam lepas Comel tanya bila nak pegi Mummy's house aka balik rumah sendiri.

Mummy: Besok kita balik, tapi kita kena tido dulu la sebab esok kan Mummy nak kena drive, nanti Mummy ngantok.
Comel: Ooo... Mummy tido (dulu), (sampai rumah nanti) Comel nak main game. Ada robot, ada small robot, ada asobi.

Ha'ah, ingat game dia jek...

Wednesday, August 26, 2015

Hantu meemee

Dah abes masak mee sup. Comel pon datang dapur.

C: Mummy masak meemee (mee)?
M: Ha'ah, masak meemee.
C: Owh, Mummy masak meemee, I love meemee. Mmm, smells good. Fork?

Bukak laci cutleries, pilih garpu.

C: Choices... choices... Haaa pink fork.

M: Ha'ah, amik la pink fork tu.

Dia kalo mee, pasta, jelly worm memang suka. Nasik tu tengok mood la, haha.

Sunday, March 15, 2015

Mummy, nak sayang

Comel: Mummy, nak sayang (peluk).
Mummy: Meh la sayang.

Lepas tu golek2.

Ulang langkah di atas...

Comel: Mummy, nak sayang.
Mummy: Meh sini.

Peluk kat sisi, sambil mengiring.

Comel: Mummy, nak sayang (nak peluk melekap kat dada).
Mummy: Lor kenapa? Nak masuk perut balik ke?
Comel: Nak masuk perut.

Lepas2 tu tiap kali mintak sayang, dia kata "nak masuk perut", paham la tu.

Sunday, March 1, 2015

Gurau jek

Mummy: Comel kentut ke?"
Comel: Tak la, gurau jek...

Monday, February 23, 2015

Comel describes

Angry Birds Taman (Park)

Comel: Lotsa angry birds
And seaside
And space
And shapes
And laser, it's too dark, I'm scared

Mummy: nothing to scare about, it's just a room, with lasers

Comel: It's dangerous

Mummy: they're just lights, safe laser light. We just go through the room avoiding those lasers. And they have trampolines.

Comel: Uuuuu... Trampolines...
Space so fun, it's so fun...

Saturday, January 24, 2015

Better

Comel batuk2.

Comel: Mummy, batuk.
Mummy: Ala kesian, kena la jumpa doktor, makan ubat.
Comel: No... No ubat, I'm better.

Dan dan la better...

Friday, October 31, 2014

Big drum

Comel: Mummy, mana big drum?
Mummy: Big drum? (drum ada la, tapi takde la big pon) Kat dora boxes tu kot. Tu... (sambil tunjuk arah rak kotak mainan dora)

Comel pun hilang dari pandangan. Kemudian dia muncul, tangan takde bawak apa2 pon.

Comel: Owh, ni! (tunjuk, ambil tupperware & tepuk2 dengan girangnya)
Mummy: Lor, ini tupperware la, jadik dram la pulak.

Big drum, pom pom!

Fish snack

Comel: Fishies, snick snack...
(Fish, eat your snack)

My baby is super at inventing words.

Lepas tu bila ikan tu makan, kemain seronok dia, kejap2 report kat aku, haha.

Monday, October 20, 2014

Yo wakam

*Hulur henpon.
Comel: Nah, Mummy.
Mummy: Tq, baby.
Comel: Yo wakam! (you're welcome)

Saturday, October 18, 2014

Kuffeee

Mummy: Comel, hari ni kita nak minum coffee, ke teh?
Comel: Kuffeee...

Please

Kitorang tengah lunch.

Comel: *bersin
Comel: Excuse me. Mummy, tissue please.
Mummy: *bagi tisu
Comel: Thank you, Mummy.

Friday, October 10, 2014

Urams

Semalam, balik dari pasar malam, sampai kat lif rumah. Ada remaja 2 orang naik motor bawak tong gas. 

Seperti biasa Comel yang peramah pon menegur la. 

Comel: Hi, urams... Hi, urams... Hi... 

Uram = orang
Urams = plural bagi orang

Thursday, October 9, 2014

Maybe

Semalam, balik keje, aku bawak Comel pergi shopping kat aeon big. Hasrat hati nak beli sayur.

Lepas selesai shopping tu, aku ajak Comel balik rumah terus. Rancangannya nak masak sayur yang baru beli nih, nampak menyelerakan.

Aku bawak plastik2 beg shopping tadi masuk kereta. Hidupkan enjin & buka pek kecik twisties, macam biasa yang nih untuk Comel. Tekun jek dia menunggu aku. Pek yang kedua untuk aku.

Lepas 2 3 kali suap kitorang bertolak balik rumah. Perjalanan lancar wpun banyak kereta.

Dalam kunyah2 tu aku terasa, pedas jugak twisties nih, takde la pedas sangat, peppery pedas.

Selalu kalo aku cakap satu makanan tu pedas, konfem Comel takkan makan. Tapi dah nama budak & jajan, mana boleh tolak kan?

Aku tengok dia ok jek mengunyah, sekali sekala menyedut air kotak soya bean yang aku dapat masa mesyuarat sebelum balik kerja tu.

Aku pun tanya Comel, "Sayang, tak rasa pedas ke? Mummy rasa macam pedas2 sikit la."

Comel masih lagi mengunyah, kemudian dia jawab, "Maybe".

Adoi la anak, maybe la pulak yer, hehe...

Monday, September 22, 2014

Reropok

Comel: Mummy, nak popok.
Mummy: Keropok la, bukan popok, ke-ro-pok.
Comel: Re-ro-pok (siap pelat R lagi)

Hahaha, adoi la anak 😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...