Nuffnang Ads

Saturday, January 30, 2016

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka

& share our journey with other mothers.

Semua mak nak yang terbaik untuk anak masing2. Kawan2 aku anak2 dorang macam2 peringkat umur, beza 1 tahun muda/tua dari Mysarah. Kitorang suka tukar2 cerita pasal anak.

Risau mikir anak nak masuk darjah 1, sekarang silibus dah lain tak macam dulu, advance. Risau2 aku pon masih lagi bagi Mysarah main2 & masukkan la dia tadika supaya boleh belajar bergaul & belajar sistem sekolah, tu jek target aku buat tahun ni. Sebab dia pon baru jek masuk umur 4 tahun.

Kalo nak ajar membaca, mengira boleh jek tapi aku nak dia asah bakat & minat dia, memandangkan masa aku pon terhad sebab kerja kan. Kang balik keje kena study, weekend kena study. Bagi la dia main2 & kembangkan kreativiti dia dulu. Belajar vocabulary, express diri dia melalui perbualan, kemahiran pakai pelbagai medium melukis, mewarna, sayang buku, buat kerja rumah serba sedikit.

Sebab masa aku masuk darjah 1 dulu, aku pandai dah baca, mengira, bab sosial tu memang tak reti esek nangis jek kat sekolah. So aku nih nampak bodoh sebab pendiam & tak reti get along dengan budak2 lain, tapi lama2 cikgu tengok ok budak nih, dari kumpulan F aku gerak sikit2 pergi kumpulan A.

Ada kawan aku risau sebab anak belum faham english, sebab Mysarah sejak baby dah layan tablet & baby/kids tv channels jadi dia faham la english tu. Itu pon aku guna kaedah tradisional iaitu dwi bahasa. Contoh: Mysarah go take a shower, Mysarah pergi mandi. Lama2 dia akan faham jadi boleh guna ayat english jek. Kawan aku guna, kejap jek anak dia dah faham, kannn. Budak nih satu, memang cepat belajar. Kalo orang tua, sebut youth jadik 'yautch' makan berminggu la nak perbetul tu pon sebutan jadik 'yus', haha... Kalo budak ulang 3 kali jek dah boleh ikut kita sebut satu ayat.

Aku doa sangat anak keturunan aku lebih baik dari mak bapak dia, jangan la waris perangai pelik2, biar bijak & menyenangkan hati orang & Allah sayang, insyaa Allah.

Sunday, January 24, 2016

Sebahagian koleksi jam tangan aku

Jam nih semua baru tuko bateri tadi, haha nak kena kumpul sekampung jugak 😅

Jam2 nih jadik hak milik aku lama dah, sblom Mysarah lahir lagi. Aku pon tak kesah brand, yang paling aku berkenan ada hari & hari bulan (ddd & dd). Yang 2 ketul kembor tu takde tarikh sebab fesyen, hehe. Murah jek beli kat GM Plaza. Kalo kat lelong.com nih mau RM100+-, beli jek kat GM Plaza bleh dapat bawah rm50, tahan pon tahan. Cuma jangan biasakan kena air, perfume, skincare la.

Paling aku suka gshock tu la, lenjan jek mana, gi keje, gi jenjalan, masuk swimming pool, amik wuduk pon takyah bukak cuma longgarkan jek la. Memang tahan la, bateri pon kalo ikutkan dah 6 tahun la, maybe sebab pakai 2 bijik kot.

Friday, January 22, 2016

Produk pemutihan kulit dan orang kita

Sejak aku amik diploma dulu dah sibuk cerita budak2 pakai produk pemutih kulit nih. Kebanyakan pakai trial set, kulit jadik gebu lepas tu tak mampu nak beli full mahupun trial set, bila pakai pharmacy produk terus muka jadik parah. Yang ada duit tu terus la dengan kulit gebu, yang nasib tak baik pakai trial set dah rosak kulit.

Kawan2 terdekat aku ada beberapa orang, kulit jadik licin berkilat tapi merah nipis. Bila tanya semua jawab panas, padahal ketara nampak lain macam. Masuk keje pon masih lagi ada yang pakai siap ketara perbezaan kulit muka dengan tangan.

Orang kita memang suka kulit putih, nampak cantik bersih jek walaupun tak mandi, ahaha joking joking. Tapi kan, korang tau tak cousin pompuan aku half Melayu, half British. Pada kitorang kulit dia punya la cantik, tu pon nampak la beza dengan kengkawan dia yang pink pale. Pada dia pulak, kulit orang Melayu nih cantik, nak jadik macam kita2 nih siap pakai fake tan lagi.

Tapi biasa la kan, yg putih nak hitam, yg hitam nak putih, yang rambut lurus nak kerinting, gitu la sebaliknya.

Monday, January 18, 2016

Crocheteer's best friend, the wrist brace for carpal tunnel

My new wrist brace, the old one I lost somewhere at Mak's house I think. Very useful if you suffer from wrist pain & carpal tunnel but it's a bit uncomfortable to use if you're driving & using the pc mouse due to the metal splint along the palm. I always wear this while crocheting. This is RM84.60 before discount.

Sunday, January 17, 2016

Bawak baby keluar jalan-jalan

Masa nih budak nih dah umo 2+ bulan, bawak mak pegi makan kat al rawsha, ke aku yang teringin makan, hehe. Dah habis pantang la katekan, masih cuti bersalin lagi, jadik berjalan2 la kejap kan.

Sejak Mysarah baby lagi aku suka bawak dia pegi shopping, dekat2 rumah nih banyak shopping complex, supermarkets jadik senang la, yang penting ada car seat & stroller. Wpun bf ok jek, aku suka pegi Aeon (dulu Jusco) sebab convenient ada baby room bleh nursing dengan selesa.

Pegi jenjalan pon kejap jek, dapat beli barang sket pon jadik la, baby bukan boleh kat luar lewat2 sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...