Nuffnang Ads

Tuesday, April 28, 2015

Berkat dari makanan

Aku memang ada ocd sket bab makanan jatuh nih. Sebab tu aku pakai alas makan aka place mats supaya kalo makanan jatuh boleh kutip balik & makan semula. Tapi kalo dah jatuh ke lantai, ragu2 tahap kebersihan, pun aku kutip jugak, letak dalam piring lain & buang elok2 dalam plastik sampah. Ocd kan?
Bende yang sama aku ajar anak aku. Sampai satu masa tu ada la saudara aku sorang tu dengan tak puas hati komen lebih kurang 'macam daif sangat la sampai kutip balik makanan'.

Well, kalo ikutkan aku memang pernah hidup susah, tak la macam keluarga dorang makan mewah2 kan. Takpe, memang suka kan sepah2 makanan, ala comelnya budak2 makan nasik bersepah keliling tempat duduk tu.

Biar la kan. Anak aku, aku ajar makan elok2. Kecik2 lagi dah pandai makan sendiri, makan pon tak sepah2, aku jugak yang senang, hehe 😅

Sunday, April 26, 2015

Amigurumi: Baymax

Alhamdulillah, siap jugak akhirnya.

Guna benang Minlon 40g, 100% acrylic, Col. No. 51. Hook 2/0.

Hasilnya seketul Baymax dengan ketinggian 8 inci. 

Pattern kat sini: http://amigurumisfanclub.blogspot.com.es/2014/12/baymax-big-hero-6.html

Saturday, April 25, 2015

Off limit

Mummy said, "Don't go beyond that line." Kalo tak macam nak cium jek tv tu...

Wing Gundam Zero RG

Yey! Sampai dah.

Wing Gundam Zero RG nih aku pesan dengan Ninja Zainal Sensei masa trip dia ke Jepun baru2 nih.

Harganya 2133yen, lebih kurang RM70. Murah sangat2 la banding harga yang jual kat sini dalam RM95 gitu, lagi mahal pon ada.

Tengok la anak aku nih, dia pulak terlebey eksaited. Macam dia punya pulak, haha XD

Set nih pon Ninja beli kat Bandai Asobi, Gotemba Premium Outlet, ha'ah macam JPO tu la. Ha ko GPO pon jual gundam, barangan premium gitu, JPO bila lagi?

Tima kacheh pada Sensei kerana sudi amik pesanan dari aku nih, hangkut kotak nih dr Jepun sampai la. Malaysia, sikit pun kotak tak jejas. Tq tq...

Pasar malam

Tadi pegi pasar malam. Sblom balik beli air kelapa ice blended saiz venti & 25 cucuk sate ikan.

Masuk kete jek tros makan sate & minum air kelapa, ulang2 sampai sate tinggal separuh & air tinggal 30%.

Eh bila nak balik nih? Haha 😅

Friday, April 24, 2015

Kenapa saya takmo pakai maid

https://youtu.be/Y7PZMGTVeqU

Alamak, maid lagi kenal anak.

Aku pun tak berapa gemar ada orang asing dalam rumah. Setakat anak seketul nih ok lagi, hantar kat Nanny bila pegi keje, rumah pun urus sendiri. My house is never perfect, takpe la urus sendiri 😅

Tapi kalo dah anak 3, berbaloi lagi la ada maid kat rumah. Tapi faktor kepercayaan tu la pulak. I'm kinda protective of my child & my house.

Masa Nanny lama dulu, Mysarah baby lagi. Nanny tu macam saja jek tunjuk mesra2 dengan anak aku tu, dia saja kakukan badan & biar Mysarah hulur tangan kat aku mintak dukung. Aku macam, eh dia kan baby lagi.

Well, bila Mysarah dah besar sikit. Everybody can see she's okay when she arrives at their house, but super happy when she sees me in the evening after work. Is glad & happy, deep inside I want her to be happy there too.

Tapi, aku pernah jumpa maid yang sangat baik sampai anak2 suka dia. Parents pon tak masak, tak buat bende sangat la melainkan keje & educate anak2. Anak2 pun berjaya, agama bagus, kerjaya hidup bagus. Camne nak buat tu? Jaga solat, I can see that only few days in their house. Wpun budak2 tu kaki gaming, komik penuh rak, tapi masuk waktu jek terus solat.

So bukan salahnya maid yang bekerja, hehe.

Wednesday, April 22, 2015

[WIP] Baymax

Tinggal kaki jek lagi...

Mysarah suka buat fist bump dengan Baymax tak cukup sifat nih, lol 😅

Btw, pattern kat sini http://amigurumisfanclub.blogspot.com.es/2014/12/baymax-big-hero-6.html

Tuesday, April 21, 2015

Sunday, April 19, 2015

Period pain

Don't mess up with period.

2 hari lepas baru nak mula balik jogging, sengal tak reda lagi.

Petang tadi pegi swimming, tambah sengal pinggang & joints.

Bila period pain, semua sengal2 tadi tu jadik 2x ganda. Sib baik jari tak sengal (^3^)

Menyelit

Dua-dua anak Mummy nih tido awal pulak hari ni, dua2 dah kepenatan berenang, dua2 suka tido menyelit.

Good night sayang, sweet dreams, Mummy loves you so much <3

Churros

Sedap hokeh d(^3^)b

1st time buat nih. Resepi kat sini: http://m.allrecipes.com/recipe/24700/churros

Sebenarnya banyak buruk dari elok, yang dalam gambo nih yang elok2 saje ;p

Resepi tu alter sket, sebab aku tak suka manis sangat & kurangkan minyak. Cuma bila dah hujung2 tu minyak panas, sekejap jek dah perang. Seeloknya api kecik & goreng lama supaya luar dia rangup. Nih yang hujung2 batch jadik chewy, tapi besh jugak. Cuma kalo rangup lagi besh.

Piping bag aku guna tadi pon muncung kecik. Nak carik yang besar bentuk bintang tu, baru cantik. Jadik la 1st time nih.

Lubang telinga bercabang

Telinga aku belah kiri nih lubang bercabang agaknya, senang beno masuk air. Dah tu tokleh keluar. Tunggu la bbrp hari dia kering sendiri.

Macam tadi mandi kolam, masuk air dua2 belah tokleh keluar pulak. Puas la masukkan air, ulang2 kali pon camtu gak. Korek dengan cotton bud, cotton bud baby pon tak jalan. Pastu aku sumbat telinga dengan kapas & masak churros, dengan harapan kapas serap la lembapan dalam telinga. Haha, yolah.

Masa nak makan tu aku cabut la kapas. Pon camtu jugak. Aku cuba lagi dengan cotton bud baby, korek dalam2 sket sampai bunyik ala2 kedap. Tetiba lega pulak, haha, holenga!

Camne la buat pasnie eh? Kena sumbat telinga sblom swimming la kot.

Thursday, April 16, 2015

Bosch GSB 500 RE Professional Impact Drill Kit Set

Bought this from Lazada at RM250.

I made an order on 14th March & the kit arrived on 16th march, only took less than 48 hours.

Thank you friends & family helping me &  suggesting me where to buy & what to consider. 

I haven't tried the drill yet, must not bother the neighbours with drilling sound at night eh. We'll see on this weekend. I need a few holes on my walls to hang frames, racks & shower head.

But so far it looks promising, maybe because of the word Professional pasted on it kot. It's quite heavy, but I'll manage by holding it with both hands, and the drill bits are easy to attach/detach.

After trying out a few minutes, it left metal & grease smell on my fingers. I can't stop smelling it, I kinda like the smell. The memories of my childhood years where I used to play with Abah's tool box. Maybe because of that.

Well, that's it. Here's a few pictures & videos of the kit set.

Saturday, April 11, 2015

Mentadak mentadu, macam mana Purple tido?

Nih la gaya feveret Purple tido. Tu bukan kena hempap dengan batu yer. Aku buat bridge, sebab tengok peel budak sekor nih suka tido celah2 batu. I hope it's safe. 

Comel jek kan? 

Satu lagi perangai Purple nih, suka makan fish food yang keras. Kalo jenguk kat mangkuk dia, dia tengok jek kita, paham la tu nak makan. Bila tabur fish food yang bulat2 kecik kaler merah & busuk2 tu. Cepat dia makan sebijik, pastu mulut macam kunyah2. Tu pasal sehari bagi makan banyak kali, tapi sikit2 la dalam. 

Sedap eh, Purple? Makan la... 

Motd #crazyyarnlady

Make up of the day (Motd)

#crazyyarnlady memborong yarns di Spotlight Mines ;p

Foundation:
Estee Lauder Futurist Aqua Brilliance Foundation - 2W0 Warm Vanilla
Miyami 2 way foundation - 03 Dark

Cheek:
Benefit Powderazzi

Eyes:
Clinique Colour Surge Eye Shadow Quad - 02 Spicy
Davis Eye double color eye pencil - 02 pearl & nude
Elizabeth Arden eye pencil - Espresso
Maybelline the Rocket Volum' Express mascara - Black

Lips:
Estee Lauder Signature Lipstick - 18 Vintage Mauve

Sunday, April 5, 2015

WIP Vintage Purse

Ingatkan boleh cepat siap, ahaha XD

Hobi banyak, masa jek tak berapa nak banyak ;p

Signs

I've been receiving signs, we all are actually, from Allah.

Less than a year ago, an incident happened. When it happened, I was sad & scared. But help was fast, really fast.

I met good people. I received signs. Signs to fix the car, replace a few parts & it went even better after that.

My initial thought was, I thought Allah was punishing me. But the more I learn, Allah is giving me hidayah, directions to a better decision & eventually the best results.

Few days ago, I had to park my car much further than where I was assigned to. I had to take a shuttle bus. When I was about to board the bus, I realised that I left my purse in the car. An idea emerged that I could just pay the fare with little cash I had, for lunch I could just use the coupons provided.

The bus driver said he'll wait for 10 minutes before departure. I thought it was more than enough for me to get to the car & back, so I decided on that.

When I got to the car, I found out I left my entry pass too. Silly me!

See... signs.

Alhamdulillah...

Saturday, April 4, 2015

Peruk

Dah bertahun beli kat Langkawi dulu, baru sekarang nak pakai...

Wednesday, April 1, 2015

Review: Urban Decay Naked on the Run

Review mekap Urban Decay Naked on the Run yang dibeli oleh Nova Leeza.

Huhu, sangat besh. Yang aku suka dalam palette nih adelah eyeshadows dalam brown shades, seswai untuk ofis; eyeliner & mascara. 

Yang tak berapa minat bronzer sebab tak berapa nak bronze untuk kulit gelap, lipgloss sebab jarang pon nak pakai gloss & blusher yang too pink for my skin. Kendian takde tempat untuk letak applicator & brush, ke aku yang tak abes godek? 

Dalam gambo nih, aku pakai eyeshadows paling kiri, tengah & paling kanan; pakai jari pon boleh. Foundation, blusher & lip color, own collection. Cuma dab sikit gloss dari palette nih. 

Pendek kata, semua dalam satu. Sesuai untuk ofis. Kalo minat boleh beli kat Sephora atau beli online yang rasanya lebih murah. Ok, tudelu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...