Nuffnang Ads

Tuesday, August 16, 2022

Crochet

Anak dikelilingi amigurumi
Aku mula belajar crochet masa umur 10 tahun. Masa tu warded sebab astma. Ada budak ni, mak dia sambil2 jaga dia kat wad, dia crochet buat alas meja. Mak aku berminat nak belajar dengan dia. Aku pon berminat nak belajar. Sejak tu tersangkut dengan hobi crochet ni.

Masa aku kena depression tahun lepas, hilang habis minat aku kat crochet. Barang2 crochet pon aku tak minat beli. Lepas dapat baby, aku tiba2 terbuka hati nak crochet. Aku mula sambung projek crochet Mishary. Sambil2 menyusukan anak tu aku crochet.

Dah banyak projek aku siapkan.

Baby blanket 
Baby bonnet 
Baby booties
Baby toys 
Beanie 

Hobi mengumpul yarn pun datang balik. Alhamdulillah. Satu petanda recovery dari depression adalah minat yang datang kembali.

Berkenaan depression tu aku akan cerita kemudian hari. Bab ni sensitif bagi aku sebab teruk kena kutuk dengan keluarga sendiri. Takpe lain hari aku cerita.

Berbalik kepada crochet. Bila minat dah kembali, aku dah lebih kepada crochet amigurumi. Amigurumi ni stuffed animals. Aku suka sebab boleh bagi kat anak main. Baby kecik lagi & dia baru nak belajar pegang benda. 

Aku buat guna pattern dari koleksi buku crochet aku, ada juga dari Pinterest. And surprisingly, my carpal tunnel syndrome healed! Dah tak payah pakai wrist brace. Walau bagaimana pun kena berhati2 sebab boleh berulang lagi sebab aku dah aktif crochet balik ni.

Monday, August 15, 2022

Bersawang


Gambar sekadar hiasan.

Bersawang dah blog ni. Busy, not busy. Banyak dah media sosial zaman sekarang ni. Update kat facebook, instagram, twitter & sekarang ni tiktok.

Banyak dah berlaku. Anak dah tambah lagi sorang, sekarang dah umur 4 bulan. Baby girl yang gebu macam Ayah dia, alhamdulillah dapat juga anak di kala umur dah lanjut ni, rezeki Allah nak bagi.

Kerja dah berubah angin, masih di KL, much more responsibility but with a great team and impressive people. Masya Allah.

Kesihatan semakin baik, berat semakin menurun cuma belum ke tahap selesa.

Everything else is great, alhamdulillah.

Monday, June 8, 2020

Face mask ear saver

Ada orang panggil mask adapter, ada panggil mask extender. Mana-mana pon boleh asalkan pakai face mask musim Covid-19 ni.

Pattern ambil dari youtube HappyBerry Crochet. Terima kasih juga bua sahabat Masitah Ahmad yang sudi berkongsi idea ni.

Pattern: https://youtu.be/CHhuE0hpQLw

This is my own version.



Tuesday, December 31, 2019

Byha dan keluarganya telah dijumpai semula 😆

Lama dah aku tinggalkan blog aku nih yer. Ampunkan daku 🙏

Sempena tahun baharu 2020, aku doakan kecemerlangan keseluruhan umat manusia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya, aameen. 

2019 was a good year, alhamdulillah. We're blessed with love and support. Something we learned that is, our wishes can never outwins Allah's plan, His plan is indeed the beat for us. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Masya Allah tabarakallah 💕 

Tarte Winter Wonderglam Luxe Eye Palette

Tarte Winter Wonderglam Luxe Eye Palette RM159 from Sephora Malaysia.

Masa aku beli tu mula2 pergi ke Sephora KLCC, takde stok. Lepas tu baru pergi Sephora Avenue K, yay ada stok. 

Aku sebenarnya dok mencari eyeshadow warna biru, ada satu blue shade yang specific aku cari. Shimmery cobalt blue, payah juga nak cari yang highly pigmented with the right glitter. 

Palette nih kira ok la sebab dah lama tak beli pallette & warna2 dia cantik. Ada neutrals, pinks & glitters, my fav colors. Biru pon seketul jek, ok la tu. 

Selain dari 24 color eyeshadow, palette ni juga ada eyeliner, mascara & dual ended eyeshadow brush. Casing dia pon bleh tahan glam, covered with black shiny sequins. 
Masya Allah tabarakallah. 

#byhamekap #byhareview

Blushers hujung tahun, yay sale!

Yay, I bought blushers on sale.

From left:
In2It sheer matte blush 04 Berry
In2It sheer shimmer blush 03 Plum Pearl
L'Oréal le blush True Match 110 Rose Guimauve

L'Oréal blusher ni aku suka kat casing dia sebab comel, ada brush & cermin. Comel & compact, tapi tu la ada 1 kaler jek yang on sale kat Hermo. Warna dia very sheer & satiny, good for highlighting. Cuma pigment dia keras, patut la berus keras, kena tonyoh beriya2 baru keluar kaler. 

Blusher In2It 04 Berry tu takde la sheer, pekat juga warna dia & kena berhati2 pakai & keep layering until I get the right intensity. Very beautiful color. 

In2It 03 Plum Pearl pulak shimmery pink, dah takyah pakai highlighter kalo pakai blusher ni. 

#byhamekap #byhareview

Sunday, February 18, 2018

Hermo makeup haul Februari 2018

Mekap swatches, yang aku beli kat Hermo dan diterima pada 2 Februari yang lepas. Jumlah harga RM116.49, pos percuma & satu item tak lebih dari RM22... murah kan? 

Barang2 yang aku beli:
1. Maybelline Color Sensational Lip Flush Bitten Lip x4
2. L'Oréal Color Riche lipstick x2
3. L'Oréal La Palette Gold eyeshadow x1

Free shippings, angpau, syampu & conditioner. 
Memang color rich.

Lipstick nih besh, my newest favourite. 

Glittery, fairly pigmented eyeshadows. 


Nih aku pakai Maybelline Color Sensational Lip Flush Bitten Lip kaler S0R01, kombinasi merah, oren & pink. 

Sebenarnya nih pembelian kali kedua dari Hermo. Nanti aku post 1st haul yer. Sementara tu nih video kenapa besh shopin kat Hermo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...