Nuffnang Ads

Tuesday, February 19, 2013

Miss Rose yang katanya dari Dubai

Sekarang aku tengok popular betul mekap jenama Miss Rose nih. Kebetulan ada jualan kat ofis aku nih, ada pulak 2 gerai yang jual produk-produk Miss Rose. Gerai pertama aku terus beli sebabnya tak perasan yang ada gerai satu lagi. Lagipun aku beli sebab harganya murah, sangat murah banding dengan yang dijual kat internet melalui blog-blog wanita melayu tempatan.

Sblom beli harus la test kan. Sebenarnya bukan nak beli, saje nak test sebab aku nih risau sikit nak beli mekap-mekap underground nih. Tapi sebab baru-baru nih aku ada beli palette dari Sephora, wah dengan 64 waterproofeyeshadows, 12 waterproof long-wearing cream eyeliners, six eye top coats, 48 lip glosses, three blushes, six multi-use eye, lip and cheek creams, three multi-use luminizers (hoho kopipes).

Sephora palette (gambo google, macheh kepada empunya website)

Tapi sayangnya kaler-kalernya pudar-pudar belaka. Pigment ok la, tapi aku suka yg kaler-kaler vibrant gitu, macam 88 palette yang orang dok review kat youtube bagai. Kenapa aku tak beli jek 88 palette tu? Sebab aku takut nanti delivery palette aku pecah-pecah, pastu malas la nak komplen-komplen, hantar balik la semua tu.


Coastal Scent 88 palette (gambo google, macheh kepada empunya website)


Ok balik pasal Sephora palette tu kan, jadiknya warnanya ok jek, cuma warna-warna selamat gitu leh bawak gi ofis. Tapi aku nih gi ofis sangat la malas nak mekap. Aku nak warna-warna vibrant untuk gi jenjalan dengan laki & anak aku, aku suka mekap-mekap gitu.

So balik & balik kepada Miss Rose, aku pun cuba la melihat pigmentnya. Nampak shining, bila selet dengan span nampak kasar debu-debu dia tu, tapi bila apply kat kulit dia jadik smooth. Memang berkilau, pigment bagus & daya tahan yang bagus juga. Aku rasa bleh tahan la mekap nih beberapa jam. Seller seorang wanita 30an berkulit hitam manis & mekap nipis kata eyeshadow nih jenis cream, which I don't think it is. Texture & kesannya mengingatkan aku kat satu brand eyeshadow pan yang dijual di Sinma. tapi dia jual satu-satu pan la, takde case cuma boh dlm plastik transparent jek. Casingnya ada tapi kalo ada 6 pan berbaloi la sebab disediakan untuk muat 6 pan.

Texturenya juga sama macam palette Lelan Vital yang aku beli kat Cosway lama dulu. Tapi kesan Lelan Vital hampeh & hampeh sangat bila terbiar lama dia berlumut! Maka ke tong sampahlah ia selepas dibersihkan sebanyak 2 kali tetapi satu kaler itu masih tetap berlumut, aper kes la?

So, palette Miss Rose nih yang kecik sebenarnya. Yang aku berkenan kat palette 110 kaler tu. Bila tanya harga seller tu kata RM45, huik murah?! Kenapa ya murah? Rata-rata aku tengok dalam RM170 gitu? Fake kah? Tapi sebab aku berkenan dengan efeknya, yang sama sangat dengan eyeshadow dari Sinma tu & murah, yer of course murah juga, maka saya pun beli. Bersama-sama juga dengan blusher 6 warna yang warnanya pekat-pekat & terang-terang dengan harga RM20.

Miss Rose 110 colour eyeshadow (gambo google, macheh kepada empunya website)

Miss Rose blusher (gambo google, macheh kepada empunya website)

Total RM60, setel kat mekap, boleh la aku melawa di kala weekend, hahaha.

Owh, pasal Dubai tu yer. Makanya selepas selesai membayar, aku pun sambung la cuci-cuci mata. Sekali ko depan jek gerainya, siap banner lagik, mekap retis pakai produk Miss Rose, mak aih nih pro punya kedai nih. AK=ku pun tengok-tengok lagi, dengan harapan rege dia jangan la lagi murah dari aku. Ak tanya palette yang lebih kurang jugak sama besar, regenya RM100. Ha kau, memang soheh la akunyer lagik murah kan? Sebenarnya aku tanya nih berapa banyak kaler, tapi mungkin tak berapa nak dengar kan dah sellernya yang nampak cantik light mekapnya menjawab la regenya. Takpe la kak, tapi muka ko memang ada aura mekap retis. Pastu disebelah satu lagi gerainya banner retis-retis yang telah dimekapnya. Kalo betul la semua nih pakai Miss Rose, Mac boleh tutup kedai la yer. Memang flawless la.

Tapi aku tak berani lagi la nak beli bedak-bedak & gincu dia. Aku masih setia dengan Miyami, in2it, Silky Girl & Maybelline. Ok la, nak lunch japgi nih, perut aku pun dah sakit, memerut dulu. Pastu gi Cosway mau beli bedak banyak-banyak baru kau tau.

Eh la, tak jawab lagik yer padal Dubai, adeh la, hahaha. Pasni la. Sakit perut dah sampai ke hujung nih, tudelu.

1 comment:

  1. Good sharing, just add my personal sharing on Lelan brand skin care, Lelan Vital Organic skin care range is done from a rich blend of world finest organic increased. Lelan Vital Organic Skin Care from FRANCE and is created by Nutritionist, Aromatherapist & Massage Therapist, Nancy Evans - a respected formulator with profound knowledge and experience in health and beauty. Search in google, here is one of their review:
    http://kidbuxblog.com/lelan-vital-organic-skin-care/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...