Nuffnang Ads

Monday, February 23, 2015

Comel describes

Angry Birds Taman (Park)

Comel: Lotsa angry birds
And seaside
And space
And shapes
And laser, it's too dark, I'm scared

Mummy: nothing to scare about, it's just a room, with lasers

Comel: It's dangerous

Mummy: they're just lights, safe laser light. We just go through the room avoiding those lasers. And they have trampolines.

Comel: Uuuuu... Trampolines...
Space so fun, it's so fun...

Tuesday, February 17, 2015

Pop pop!

Anak obses dengan mercun pop pop. Bertabahlah, layankan jek la.

Nih pon da abes 3 kotak, dia nak main lagi. Aku kata simpan la, nanti nak main kat rumah Nenek. Terus semangat, siap cakap nak main dengan Atok jugak. Lepas tu nak call Nenek la pulak, haha. Dah lewat, nak oi. Esok jek la.

Rindu sangat kat Nenek Atok dia tu. Hari2 sebut Nenek green house, lagi2 kalo aki drive lama sikit dari biasa. Dia ingat travel balik kampung la tu. Hai la, anak.

Sunday, February 15, 2015

Update on Snail

Ingat tak siput yang kitorang jumpa kat pasar malam 3 minggu lepas? Siput yang bertenggek kat kacang botor tu? Siput tu hidup lagi ok.

Bad news, Snow the ikan laga dah mati. Hidup dengan kitorang beberapa hari jek.
Siput nih aku boh dalam bekas plastik jek, letak pasir, batu, air & sayur sikit. Penutup bekas aku lubang2kan sikit. Hari2 aku check, ingatkan mati sebab macam dah kering melekat kat penutup. Bila lalu dengan air, beberapa minit kendian hidup balik.

Aku pun tatau nak lepaskan ke luar, rasanya dia nih hidup kat kebun kot sesuai, tatau la. Selagi hidup aku jaga la.

Food amigurumi: Cheeseburger

I made a mistake actually, instead of repeating rows, I made a single rows for everyone of it resulting in a small burger.

I think it's cute, but it topples easily, so next time I'll follow the pattern accordingly. It'll be about twice bigger.

Comel wanted me to make it happy snack, so I'll sew eyes, mouth & blushed cheek later. 

So patterns here http://amigurumifood.blogspot.com/2013/03/cheeseburger-amigurumi-hamburguesa.html

Saturday, February 14, 2015

Baymax

Sejak aku bukak Big Hero 6 kelmarin, Comel terus addicted. Hari2 nak tengok. hari nih jek ulang 2 kali.

Pastu siang tadi dia lukis Baymax. Jadik pulak tu,haha. Mummy so proud of you.

How To Make Pasta Shapes


Tengok tu, beshnya dapat buat pasta sendiri...

Friday, February 13, 2015

Mendesign logo

Tak ingat pulak bila aku masuk pertandingan mencipta logo 5S untuk ofis aku, boss aku suruh aku masuk, katanya setiap bahagian kene hantar satu penyertaan. Dipendekkan cerita, logo aku terpilih & menang RM500. It was a lot of money for me, I gave it all to kelab & the chairman gave me RM200.

Logo 5S

Logo tu kemudian dicetak sebagai bunting kecik, besar, papan2 kenyataan sekitar ofis. I was proud. 

Kemudian masa audit 5S, auditor datang dengan baju korporat 5S yang ada sulaman logo yang aku buat tu. It was hideous. 

I learned my lesson, other than visualing the logo on screen or print, visualise how it looks like embroidered on a shirt.

I'm not a designer, buat apa2 design pon pakai photoshop, belajar pon sendiri. Takde signature style pon.

Aku share video nih langkah2 nak buat logo, dari ide, lakaran, akhir sekali baru masuk komputer. Jauh beza betul profesional nih, kita2 main taram jek la kan, haha.

Aaron Draplin Takes On a Logo Design Challenge

Bawang goreng

Aku & anak aku keje meratah bende alah nih jek. Sebalang RM10, boleh la tahan seminggu ;p

Aku beli kat satu kedai jek, kat Pasar Keramat. Gerai jual bawng2, dekat2 dengan gerai ubi & keledek, menghadap kedai ikan bakar.

Kat situ banyak gerai jual bawang goreng, dorang claim dorang yang buat sendiri masing2. Pada aku, bawang goreng yang aku beli nih sedap, rangup & manis, aku suka ada campur2 hirisan yang tebal2 tapi rangup.

Banana waffle

Bahan2:
3 biji pisang (aku pakai brand cabana yang kuning bersih & saiz besar tu)
1 biji telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
3 tbsp susu tepung
1 tsp gula pasir
1 tbsp olive oil/minyak masak
Butter untuk gris
Sedikit garam

Peralatan:
Waffle maker (kalo takde, kuali leper pon boleh)

Kekdahnya:
Lenyek2 pisang dengan garfu.
Gaul sebati dengan semua bahan2.
Panaskan waffle maker/kuali.
Bila dah cukup panas, griskan waffle maker/kuali.
Masukkan adunan waffle tadi dalam 2 tbsp. Masak ikut preference korang, aku suka lembu2 gebu. Kalo pakai kuali, terbalikkan supaya kedua2 belah siap masak.
Hidangkan dengan apa2 spread yang korang suka, butter, cream cheese, fruit jam, buah2an, apa2 la.
Amik gambo, share dengan kengkawan.
Baca bismillah & makan.


Wednesday, February 11, 2015

Sorok sikit pizza yang sedap tu ;p


Kadang-kadang kita nak sorok la sikit pizza tu kan, tapi tanak la sampai orang nampak "eeeeeh... banyaknya dia makan, patut la gemok".

Ini adelah video untuk memotong pizza untuk disorok tanpa pengetahuan hadirin hadirat. Sebelum tu pastikan para tetamu tu tatau yang ko beli pizza saiz XL kan, tak pasal2 orang ngutuk kedai pizza tu "iklan kemain beso, sekali kecik jek", haha...

Sunday, February 8, 2015

Best ice cream

This is the best ice cream, ever! Magnolia's corn ice cream. Imho ;p

The ice cream stays soft even after opening. The lid is so hard to lift up, keeping the moisture inside. Compare to the blue containers ice cream, that one's lid is so easy to break & ice cream will dry up a little after a few days. With Magnolia, no need to warm the ice cream scoop anymore.

The owner of Me'nate

http://hensemedia.blogspot.sg/2015/02/pendedahan-sebenar-kisah-daging.html

Saturday, February 7, 2015

Fairy wings

Anak aku aku bukan setakat minat mermaids, fairies pon dia minat.

Pergi Ikea aritu dia berkenan la kat fairy wings nih, harga RM19.90. Tapi semangat diy yang menebal dalam diri, Mummy konfiden jek nak buat sendiri.

Nih la hasilnya, banyak boleh improve nih. Katakanlah kalo anak nak kena buat costume ke kan, boleh la diy. Ahaha...

Pattern kat sini:
http://www.happy-giraffe.ru/community/25/forum/post/74801/

Friday, February 6, 2015

Mee sup mudah

Senang jek masak benda alah nih. Pulak tu ada leftover ayam Chicken Rice Shop semalam, tambah sayur, done!

Bahan2:
1 ketul yee mee
Sekeping daging ayam atau paling sedap ayam percik
1 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih} dimayang
1.5 mangkuk air
Sayur -apa2 yang suka, potong ikut suka
1 senduk minyak masak
Sedikit stok ayam, kicap cair & minyak bijan
Garam & pepper secukup rasa

Kekdahnya:
Panaskan minyak, goreng bawang sampai garing. Ketepikan bawang dalam bekas lain & gunakan minyak bawang tadi untuk sup, ikut la kadar minyak banyak mana nak pakai.
Masukkan 1.5 mangkuk air bila dah mendidih masukkan kicap cair, pepper, minyak bijan & stok ayam, ikut sedap rasa. Aku suka rasa cair2 tawar2.
Masukkan sayur & renih sampai sayur layur sedikit.
Tutup api & masukkan garam secukup rasa.
Letak seketul yee mee dalam mangkuk, susun daging ayam yang dah siap madak tau & tuang sup tadi.
Tabur bawang goreng.
Baca bismillah & makan.

Thursday, February 5, 2015

Orecchiette goreng

Baru jek siap masak tadi. Campak2 jek apa yang ada dalam esbok.

Kalo nak jugak resepi campak2 aku nih, begini caranya...

Bahan2:
1-1.5 mangkuk Orecchiette atau apa2 pasta yang korang suka - direbus sampai al dente & toskan
4 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih} kisar
200g daging ayam kisar - goreng sampai cukup masak
2-3 sudu besar sos tomato/pasta
1 cawan mixed vegetables atau apa2 sayur yang korang suka
Minyak untuk menumis
Garam & pepper secukup rasa

Kekdahnya:
Panaskan dalam 1 sudu besar minyak & tumis bawang2 sampai naik bau.
Masukkan daging ayam kisar yang dah digoreng, kacau sebati.
Masukkan sos tomato/pasta, mixed vegetables & kacau sebati.
Masukkan pasta yang dah direbus & gaul sebati, pelan2 gaul jangan sampai pasta benyek.
Tutup api, taburkan garam & pepper secukup rasa, gaul sekata.
Kalo nak meriah lagi, tuang sikit olive oil.
Baca bismillah & makan.

Selain tu boleh jugak masukkan apa korang suka macam sausage, pepperoni, salami, etc.

Sekian, resepi campak2 Kak Nab ;p

Wednesday, February 4, 2015

Diy play kitchen

I made this today & it's awesome.

Inspiration from here http://www.apartmenttherapy.com/inspirational-diy-cardboard-kitchen-185827

Sebenarnya dah lama nak buat, kotak2 pon kumpul dari tahun lepas. Semalam pulak aku bawak Si Motet nih pergi Ikea, sangkut pulak dia kat dapur mainan tu. Menangis2 takmo balik.

Dapur Ikea tu satu set RM300+, baiklah belanja bende lain. Lainlah kalo mak ko nih bergaji 20x ganda dari bende alah tu, insyaa Allah boleh la diusahakan.

Sebenarnya jugak aku nih suka bende alah diy. Kalo boleh semua mainan Comel aku nak diy, dalam hati macam2 keinginan, pinterest pon dah berlambak2 pin, masa pulak bole diusahakan, tapi tu la, MALAS.

So siang tadi, aku amik EL sebab Comel demam, mungkin sebab bercampur gaul dengan ramai orang semalam & mungkin jugak berjangkit dari sepupu dia. Alhamdulillah, demam dah ok, tinggal selesema & batuk yang insya Allah boleh dijaga oleh Nanny esok hari.

So after we had lunch, I started on my project. Buat cooker dulu. Lepas nih nak buat sink & cabinet, macam inspirasi aku atas nih.

Kotak pulak guna kotak cpu. Potong2, gunting2, tampal2, siap sebelum maghrib. Comel pon suka, tapi takde la sampai tahap excited, sebab dia suka sink. Insya Allah, Mummy buatkan nanti yer.

Aku buat ada 2 stove top siap knob boleh pusing, 1 oven kat bahagian paling bawah & tengah2 tu kabinet, haha macam tak logik tapi aku buat ikut flap kotak tu yang mana senang nak uruskan.
Sekarang nih warna pun warna kotak original, tengok la dah siap semua nanti boleh la warna cantik2 sikit. Jadik la buat masa nih.

Sunday, February 1, 2015

Budak mana yang tak suka chocolates kan?

Charm bracelet

Aku kan suke sangat charm bracelet. 

Tradisional, European style, memang suka.
I took this one from my sister's craft collection. Koleksi dia dah macam mini crafts store dah.

Charm bracelet nih buat sendiri. Bahan2 adik aku punya, design & pasang2 aku buat sendiri. Haha, suke suke ;D

Ps: kalo minat nak tempah, sila pm fb Nader Rara di https://m.facebook.com/profile.php?id=1128327899


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...