Nuffnang Ads

Monday, December 12, 2016

Big Bad Wolf Books 2016

Alhamdulillah, tahun lepas dapat jugak pegi BBW Preview. Sejak dok ofis baru nih, alhamdulillah banyak perkara dipermudahkan.

Kalo sblom nih samada aku tak apply atau apply tapi tak dapat preview pass, sebab kalo apply pon belum tentu dapat pergi kalo hari bekerja, huhu.

Lepas lunch, aku amik anak & terus gerak ke MIECC. Jalan punya la jem, agak dah kan, dengan salah jalan lagi sebab dah lama x pegi MIECC.

Kat sana tak ramai sangat orang, buku2 pon masih tersusun kemas, cuma kat bahagian hujung tu dah banyak orang sepah2 kes sorting buku la nih. Aku dengan Motet kemain la happy tengok buku, Motet la kesian, dia nak baca buku tapi aku tak bagi kang lama pulak. Disebabkan buku murah2, pilih jek buku mana nak, kita baca kat rumah.

Total damage nak dekat RM300, RM70 tu ada kawan pesan buku untuk anak2 dorang.

Kendian nak dekat penutup tu pegi lagi, kali nih belanja dalam RM100. Kali nih agak mendukacitakan sebab buku crochet tak sebanyak dulu. Aku perasan ada beberapa buku yang dijual kat BBW tahun sebelumnya pon keluar balik. Kali ni jugak buku tak semurah tahun2 sebelumnya, tapi masih lagi murah berganda2 banding kat bookstores. Sebagai peminat buku memang takkan lepaskan peluang la. 

Macam biasa, aku tunggu juga aftermath sale, sayang sampai ke hari ni takde khabar berita. Kesan GST terasa sampai biggest books sale pon terkena impaknya. Tapi kan, kalo kita cintakan ilmu, ewah, ye la kalo kita cintakan ilmu, mahal sikit apa la sangat. Setahun anak beranak boleh baca buku tak habis2.

Musim sale: Aivoria Group Sale

Beli kat Aivoria Group sale tadi. Dari Sabtu lagi dok mikir, nak pegi ke tak, tengahari tadi baru pegi.

Bila dah last day sale, barang2 tade la menarik sangat pon, orang pon tak ramai macam awal2 sale aritu. Tapi aku kan, tade menarik pon beli jugak, hehe.

Kasut RM20, eyeshadows RM7, eyeliner 2x RM20, makeup remover 12x RM15, sweater budak RM25 (tade dalam gambo sebab dia pakai buat tido) & tu riben2 bunga tu klip untuk kasut, besh tak? Sape kenal aku, mesti tau aku suka kasut ada riben2 nih. Kasut keje aku pakai sekarang togel jek tade ribbon, bleh la aku sepit bende alah nih bagi berseri sket kan, haha. Aku rasa nih jek la bende paling besh, jadik la kan klip kasut nih sepasang RM5.

Barang mekap baru: gepren bagi hadiah

Lipsticks sold separately, ewah. Nih nak tunjuk lipstick organiser nih gepren Nova Leeza bagi, bleh boh 24 batang lipstick. Haha suke suke~~~ ailebiulah gepren 😙😙😙

Minah nih memang hantu mekap & segala bende yang bersangkut paut dengannya. I miss you lah, tade dah geng main2 mekap sejak aku pindah ofis nih. Makin malas aku nak mekap dah sekarang nih, huhu.

Dulu kan aku malas mekap pon jadik rajin sebab dia rajin bawak mekap baru untuk aku try. Pegi la singgah blog dia kat http://novaleeza.blogspot.my tu, tengok la koleksi mekap dia camne, tertinggal shinkansen 7 negeri dah akak banding dengan dia nih, lol~~~

Cuba-cuba mekap baru: bedak korea

Tadi lepas lunch aku cuba la satu bedak muka all in one dari korea. Kalo keluar jenjalan weekend aku memang rajin mekap, so promoter nih buang la mekap aku dulu pakai wet tissue. Nih la 1st time aku bagi orang remove mekap aku, nak cuba punya pasal kan.

Dia kata mekap aku tebal bila nampak gelap kaler bedak kat tisu dia tu. Aku pon fikir, lor dah bedak aku gelap kan, tapi promoter nih dok la highlight aku pakai foundation & bedak bla bla... 2 layer mekap bla bla... Aku biar jek la sebab nak try bedak tu kan. Tadi test kat tangan nampak cantik pulak wpun kaler dia cerah, nak tengok apa kaler lain dia ada.

Dia pakaikan aku bedak kaler beige sebab katanya dia pon pakai kaler tu & lama2 nanti dia akan blend dengan skin tone. Bedak tu macam cream & kena apply pakai flat kabuki brush. Pastu dia pakaikan sikit blusher & lipstick yang dah nak sampai ke dasar 😅 (read: dah nak habis)

Bila tengok cermin, mak aih dah macam kabuki mask. Lipstick tu aku no komen sebab dah nak habis pastu kering2 kat bibir. Aku tak berkenan la putih semacam gini, bab berkilat tu aku tak kisah sangat sebab korean make-up memang gitu.

Pastu promoter tu kesat balik sikit & apply bedak kaler natural pulak, yang nih gelap sikit. Bila siap, adeh nampak merah pulak kulit aku. Aku pon test kat lengan, yang beige tu sangat la cerah. Kaler natural tu pulak red undertone pulak which is a big no no for my skin.

Aku bgtau la, kaler tu tak sesuai untuk kulit aku sebab aku suka dengan kaler kulit aku, aku tamau pakai bedak terlampau cerah & kaler natural tu tak sesuai untuk kulit aku yang kena pakai yellow undertone. Dalam gambo nih nampak muka aku merah, lagi la bila compare dengan tangan.

Promoters nih pon satu hal, memang la keje dorang nak lakukan produk, tapi tak elok la kondem mekap orang kot ye pon. Mekap aku wpun 2 layer tapi the right shade for my skin, sebab tu nampak warna gelap kat wet tissue, bukan sebab mekap tebal, sebab kulit aku gelap la adoi. Tak nampak natural pon bila pakai bedak yang 2-3 shades lagi cerah wpun hasilnya nampak licin. Promoters tu blessed with good skin, bedak tu memang nampak cerah tapi ok la takde la obvious sangat. Nih muka aku nampak sangat la bertopeng oi.

Aku kan dari awal minat nak beli, tapi tu la turn off bila dia kata mekap aku tebal. Pastu dok insist kaler beige tu sesuai dengan aku. Tapi ok la, lepas aku bagi tau bedak tu tak sesuai dengan tone kulit aku, dia kata dia akan bgtau founder, bagus la gitu.

After a while, muka aku jadi super berkilat & blusher tu pon dah hilang kaler. Good effort untuk keluarkan produk sendiri cuma sila cuba formula yang lebih baik lagi pasnie.

Aku dulu pon pakai bedak cerah dari muka, sebab nak samakan dengan kulit tangan. Lama2 lepas pandai jaga kulit, kulit aku dah match dengan kaler bedak tu jadi betul la kaler bedak tu kan, haha 😅 Sekarang nih orang soh aku pakai lagi cerah pulak, adoi la.

Monday, September 19, 2016

Hari Raya Aidiladha 1437H

Haha, saje nak tunjuk wallpaper raya. Kan lupa ada blog 😅

Selamat Hari Malaysia

Sorry post lambat pulak, biasa la terlupa pulak ada blog, huhu. Selamat Hari Merdeka, Selamat hari Malaysia, semoga rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu, hidup aman makmur & sejahtera.

Gambo ni diambil oleh my one and only Motet, using my ol Nikon D80. This was her first time operating on a dslr & her pictures are surprisingly good, straight & excellent framing for a 4yo, Mummy so proud.

Ni pon amik straight from camera, edit letak watermark jek. She took lotsa pictures actually, most of them are good. Lain2 tu blurry jek la dia tak pandai lagi nak operate focus but in time. Tau dah dia amik bakat sape, ewah 😅

Makeup review: MaybellineV-Face Duo Stick

Tadi aku dapat swatch MaybellineV-Face Duo Stick, ada 2 pilihan, medium & dark.

Highlight tu aku tak rekomen untuk untuk sapu satu muka, untuk strobing sesuai sebab glittery ko. Nanti kang muka ko dah macam disco ball pulak dari jauh, unless you're achieving for that look.

Texture ok, cream to powder & senang blend. Elok dipakai bersama2 foundation untuk mid tone.
Aku tak beli pon sebab x minat highlight tu & shade dia pon pada aku x cukup gelap untuk kulit aku nih. Sekian #byhareview

Saturday, September 17, 2016

Lagu rock tahun 1980an

Layan pulak dengar lagu rock 80s kat kedai nih.

Teringat masa aku darjah 4 dulu, ada budak pompuan baru masuk kelas, tak ingat nama dia. Rambut ikal mayang, kurus, hitam manis.

Satu hari tu, habis waktu sekolah, dia ajak aku naik bas dengan dia. Dalam bas tu dia bgtau pakcik driver dia bawak kawan, nanti soh drop aku kat rumah aku. Pastu dia bagi pakcik driver tu kaset kumpulan May.

Tu la 1st time aku dengar album May. Layan jugak. Masa tu mana la budak kecik layan lagu rock.

Balik tu macam dijanjikan, pakcik driver drop aku kat kawasan rumah. Mak aku tanya nape balik lambat, aku bgtau ikut kawan. Tak pulak mak aku marah.

Kejap jek classmate aku tu sekolah situ, dalam few months jek sebab hujung tahun tu komfem dia takde dalam kelas. Aku pun tatau nape dia kejap sangat. Lepas tu takde la aku layan lagu rock, mana la nak carik kaset kan. Bapak aku pon takde koleksi kaset, lagu pon dia layan ballads 70s. Aku belajo la appreciate lagu rock, sblom tu aku rasa sore Mus May macam bingit, lepas tu aku bleh terima la dan bila tengok muka Mus May mesti teringat kat classmate aku nih.

Wednesday, August 24, 2016

Mengubah tenaga negatif kepada tenaga positif

According to the law of conservation of energy, the total energy of a system remains constant, though energy may transform into another form. Energy cannot be created, nor destroyed, but it can change forms and is also related to mass. - sumber gugel

Haaa ko tajuk macam MLM, ahaks.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri. So why don't we convert these negative energy to something positive. Bak kata orang tu stay positif, tapi kejap kang meroyan balik la pulak 😅

Kenapa jadik gitu yer? Takde keupayaan untuk mengekalkan positivity. Tenaga kan boleh berubah bentuk, tak mustahil semangat positif yang dicanang2kan dalam socmed itu hanya bertahan sampai post published jek, lepas tu negatif balik & bermulalah royanan kembali.

So how to keep on positive? Back to basic, hati kena bersih. Camne pulak kalo kita ada negative energy yang datang dari sumber luar ie: orang yang bagi stress? Kita convert to positive energy. Bunyi macam senang kan, it really is when you get the hang of it.

Macam aku kan, aku pilih sangat kawan. Kalo aku lekat dengan orang tu maknanya dia ada positive energy la, aku nak tompang sekaki.

Pastu aku ada banyak hobi, punya la banyak negative energy, huhu. Betul, punca dari kelalaian diri sendiri & juga faktor luaran jugak la. Dengan hobi, aku guna semua energy tu untuk hasilkan bende2 yang hebat (at least kat mata aku la), wpun rajin jugak aku kritik diri sendiri sebab masih ada sisa2 negative energy tadi kan, but still I made something awesome like crochet/knit stuff.

Bila kita buat bende yang osem, kita pon puas hati, lebih2 lagi bila orang puji, maka terciptalah more positive energy. Nampak tak? Kalo x nampak jugak alamat tak lama dah tu 😅

I tell this to my friends. Dorang tak percaya kot, gilo minah nih, haha. Tapi ada la limitnya, kita pon manusia biasa kan. Kalo teruk sangat kondisinya, kena la baiki amalan dengan Allah & sesama manusia, & get professional help. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Tuesday, June 14, 2016

Shopping di AEON

Aku paling suka tengok iklan raya, yang epic macam Petronas, maxis pon besh. Latest nih Aeon, comel jek Nek Wan nih, teringat mak aku, huhu...

Cakap pasal Aeon nih, aku memang tiap2 tahun shopping raya kat AEON sejak 2009. Kalo sebelum tu aku pegi Jusco Wangsa Maju, tapi tak la sekerap kat AU2 nih, lagipun AU2 lagi besh, macam2 ada. Sebab dekat dengan rumah, jalan rumah-ofis mesti lalu Jusco AU2, tu yang sebelum balik rumah singgah dulu berjalan.

Bila dah pindah rumah pon Aeon AU2 jadik tempat shopping lepas keje, bawak baby pon takde masalah sebab tempat dia selesa untuk bawak baby. Parking luas untuk sorong stroller, ada baby room untuk breastfeed & tukar lampin anak. Pak guard pon bagus, nampak kita bawak banyak barang & dengan stroller baby cepat jek datang tolong punggah barang masuk boot kereta.

Hari Sabtu ada pasar malam, park dalam Aeon & pegi pasar malam, parking pon murah pastu convenient untuk anak kecik kang nak singgah toilet ke, baby room ke.

Kalo dulu beli baju anak kat JBaby, sekarang dah beso sikit beli kat JKids pulak. Memang cantik2, banyak pilihan cuma kena pegi awal la kang susah nak dapat saiz pulak sebab laku.

Anak aku pon pandai dah, tengok building nih dari tepi jalan pon dah suka. Tempat fav dia Sushi King, Kidzoona, pets section Jusco & TGV, eksaited kalah maknya.

#ceriaaidilfitriaeon

Saturday, June 11, 2016

Beli baju raya anak dulu

Done shopping baju raya anak 💪😅

Anak kata nak baju biru ala Diva Plavalaguna (5th Element), jadik mak mengikut jek la, kang ada yang majuk takmo raya. Tapi biru tu takde la macam kaler biru macam Diva Plavalaguna tu, dia pilih tadi baby blue & mak takde lagi baju kaler baby blue, kena la mak pegi beli baju baru pasnie, kui kui.

Tahun nih beli awal sket, tahun lepas beli lambat sket, saiz dia dah tak banyak dah. Tadi pon dah tak banyak saiz si Motet nih, kalo lagi lambat takut takde saiz & pilihan pon limited la kan. Gitu la kesahnya.

Owh lupa... Alhamdulillah... Dah selesai membeli baju raya anak pada tahun ini. Stay positif in the shopping complex 😅

Puasa Ramadhan 2016

Dulu kan masa belajar, kadang2 aku call la mak aku. Macam biasa tanya mak makan apa untuk berbuka, famili kitorang biasa makan masakan mak, jarang nak beli2 kat luar nih. Lauk pon macam biasa la, ada ikan/ayam/daging, sayur, sambal belacan paling kurang.

Mak aku akan jawab makan simple2 jek, ikan goreng dengan nasik. Pastu kan dia tanya aku makan apa, fav aku dulu ayam percik pasar keramat. Bila mak aku dengar makan sedap dia pon kata dia saje cakap makan ikan goreng takut aku makan simple jek kan nanti kempunan la pulak, haha. Mak makan ayam goreng, ke gitu la, alahai ok la tu takde la mewah sangat kan.

Gitu la mak2 nih, risau sangat anak dia tak makan sedap. Aku nih jenis makan simple, asal makan sudah. Menu pulak balik2 yang tu jugak, melainkan pegi buffet Ramadhan la kan. Buffet Ramadhan pon aku tak berapa sangat sebab sekarang dah tokleh nak makan banyak la, tapi badan sado camtu la jugak, haha.

Sekarang mak aku dah online fb dia balik, nak share gambo buka posa pon jadik malas sebab takut mak makan simple aku & Mysarah makan sedap pulak. So far makan simple jek, semalam colleague Christian belanja ayam kfc untuk berbuka, alhamdulillah rezeki yang tak disangka2. Sebab aku bgtau dia aku suka kfc, tapi takde la plan kfc aritu, ingatkan nak berbuka kat salam noodles sebab Mysarah ajak kelmarin.

Nih bab kawan kita agama lain pon tau respek kita orang Islam. Biar la dorang nak makan kan, kenapa la kita nak sentap, tu sebahagian dari dugaan, elok2 Allah nak bagi pahala kita tolak mentah2 pulak. Camne la nasib kalo dah beranak kecik... pagi, tengahari, petang mintak makan bersuap? Nak suruh anak puasa sekali ke?

Bila berbuka nanti makan la puas2 sampai ketat perut, tapi kita merungut jugak makanan tak sedap la, takde variety la, haih... Kat luar tu ada orang dok risau puasa dorang tak diterima Allah sebab takde makanan untuk berbuka puasa 😢

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya, amiin...

Ps: aku suka tengok post kawan2 share makanan berbuka dorang, bleh bagi aku idea nak berbuka apa. Balik2 benda yang sama aku nih 😅

Thursday, May 12, 2016

Hari guru

Aku sekolah rendah sampai sekolah menengah tak pernah bagi hadiah untuk hari guru. Aku ingat darjah 1 budak2 bagi cikgu bunga, pastu ada classmate bagi aku sekuntum bunga untuk bagi cikgu, kira cover la tu, haha. Sape la tu aku x ingat tapi terima kasih.

Kendian suram dah adat bagi hadiah kat cikgu. Ada la jamuan sikit2 kat sekolah but nothing memorable. Teruk kan dulu2, wpun gitu budak2 takde la biadap macam zaman sekarang nih.

Nih anak aku pulak dah masuk taska. Cikgu ada 5 orang, helper 2 orang. Macam2 craft Mummy boleh buat nih, hehehe...

---Oleh Cikgu Abdul Ghani Haron---

PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH

Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid,saya mula meninjau ke masjid.Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat.Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat,saya ternampak satu susuk tubuh.Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi,saya tahu,dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal."Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu,lebih malu bila ada bertanya,Nurul tak bawa hadiah ka?Ini telah berlaku tahun lalu."Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh.Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk.Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar,bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah.Memanglah ia sesuatu yg baik.Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu,menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dg berseronok suka.Mungkin sukan,sukaneka itu baik utk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid,murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.Kpd ibubapa,minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang  lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam abdghaniharon.

BERBAGAI CORETAN HIDUP SAYA PAPAR DAN GARAP KAN DALAM BUKU SAYA BICARA MATA HATI YG TELAH TERBIT DALAM 3 JILID.Whatsapp atau sms 0124120846.

---tamat---

Sunday, April 24, 2016

Mokte tu rambutan

Masa aku sekolah MRSMKT dulu, balik dari cuti semester mesti budak2 bawak buah tangan dari kampung. Satu kali tu sorang dormmate dok panggil, "sapo nok mokte mari di lounge ni". Aku pon kurius la ape bende la mokte nih, pegi la lounge yang selang 1 bilik jek dari bilik aku. Owh rambutan rupanya, new vocab of the day 😅

Petang sikit, baru budak2 Terengganu sampai, dorang kan paling dekat so sampai lewat la kan. Aku dengar sorang dormmate teriak, "sape nok moktang mari di lounge ni", gitu la lebih kurang. Aku pon kurius, ape benda la moktang nih pulak. Sampai kat lounge, owh rambutan rupanya.

Masa tu aku baru 1st year kat situ, lama2 faham la loghat Terengganu & Kelantan. Unik loghat dorang nih, dari 3 suku kata bleh jadik 2 suku kata.

Sunday, April 17, 2016

DIY lipstick organiser

Done making my DIY lipstick organiser using used boxes.

Teksi atau kereta sapu (Uber, Grabcar, etc)

Lama duluuu lagi sblom ada Uber, Grab atau Myteksi lagi dah jadi camni. I feel you, dik. Akak dok Larkin gini la gayanya, dengan jadual masa bas yang terhad, teksi jek la harapan nak berulang alik.

Bila aku dah ada kereta, punya la hepi sebab dah tak perlu nak layan karenah pemandu teksi yang tak beretika. Sebenarnya aku dah banyak kali dah gaduh dengan pemandu teksi kat JB, puncanya sebab tak pakai meter, charge sesuka hati, ikut jalan jauh & biadab. Cuma 1:5 jek pemandu teksi yang beretika, tu pun tak pakai meter jugak, akak rasa ok sebab dorang dah nego harga awal2 (kalo aku tak amik kang camne nak balik rumah tengah2 malam hari?).

So far kat KL pengalaman aku ok, ada la few cases yang tak beretika tapi kurang2 nak pakai meter. Kat KL aku lebih selesa naik tren, masa blom ada kereta dulu. Dan kita sebagai penumpang hulur2 la sikit duit tips kalo dorang charge ikut meter, kita pun naik teksi yang bagus & selamat sampai rumah.

Bulan lepas, aku naik Uber sebab kereta seharian kat pusat servis. Dua kali aku naik Uber dalam sehari tu untuk perjalanan yang pendek jek pon. Verdict: aku suka Uber 👍 Kereta bersih, pemandu peramah, takde masalah salah/tatau jalan sebab guna Waze, bil murah... sangat2 murah.

Bukan tak nak bantu pemandu teksi, sepanjang aku naik teksi ada a few jek yang baik2. Aku pon takmo risikokan diri naik teksi yang pelik2 lagi & believe me banyak jugak yang pelik2 lagi2 bila pompuan muda travelling alone (dulu la muda). They attack Islam, Kerajaan, talk about sex, tu blom yang suka2 pegang tangan orang suruh naik teksi dorang. Biadap sungguh, yang buat tu pon kebanyakan lelaki melayu islam.

Sebab tu ada coach wanita dalam tren yang lebih selamat dari teksi. Takkan tak terfikir teksi untuk wanita kan? Ok tau tak ekonomik, yang open sekarang ni pon macam2 cara nak charge melampau kat penumpang kan.

Aku bukan nak menangkan Uber atau kalahkan teksi, tapi teksi kena berubah untuk beri perkhidmatan yang terbaik untuk penumpang. Kita akan naik teksi, macam kita naik Uber, etc.

Wednesday, April 6, 2016

Janganlah marah anak tu beriya2 sangat

Aku memang garang, tapi kan dengan si kenit nih memang tokleh marah lama la. Dia pandai amik hati, kalo dah silap pandai mintak maaf & sedih sangat dengan kesalahan dia. Anak Mummy sayang penyejuk hati Mummy.

Kita mak2 nih tokleh marah anak beriya2, teruk2 atau lama2. Marah untuk mengajar ok, jangan hukum anak sebab frustrated kat diri sendiri. Lead by example, tengok perangai anak, tu la perangai ko, lebih2 lagi single mother nih.

Kalo aku marah kan, dia akan senyapkan diri, tempoh bertenang, kadang tu sampai tertido. Lepas tu aku tego la dia, ajak makan, bagi susu ke, time tu la dia akan mintak maaf & cakap, "Mummy happy? I'm sorry Mummy", huhu sedih ooo. Tapi mak kena cekal, "I'm not angry anymore, it's ok, baby. Jangan buat lagi". Kejap lagi kan balik la perangai asal, bising2, melompat2 dia tu 😅

Aku bangga dengan anak aku, boleh la bawak majlis, alhamdulillah. Cuma bertabahlah perangai dia yang sangat lasak, tu confirm belah bapak dia, diakui oleh MIL & mak aku sendiri, huhuhu...

Saturday, March 12, 2016

My first rides with Uber

Semalam pagi dapat Myvi, petang Civic pulak, jauh betul rupa paras dalam banding kete aku, huhu. Ubers car memang kene bersih kepe? Tableh buat part time la ginih, huhuhu...

Camne nak pakai Uber? Donlod apps kat app store & ikut jek arahan, senang apps nih. Masukkan code NABYHAMUE untuk dapatkan free rides sehingga RM10.

Pakai baju style sama untuk keje aka uniform

Billionaire Owner Of IKEA Still Buys Second Hand Clothes To Save Money
http://www.malaysiandigest.com/world/599792-billionaire-owner-of-ikea-still-buys-second-hand-clothes-to-save-money.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=malaysian+digest

Masa mula masuk keje, aku berazam takkan buat perkara berikut:
1. Belanja lebih suku gaji untuk kereta.
2. Baju, kasut, bag mahal2 untuk kerja.

Sebab semua nih memang guna 5 hari seminggu untuk kerja. Baju kurung aku pon tambah baru dalam 6 pasang setahun. Pasnie, sebab gomen dah bagi pakai pants suit, aku nak pakai seluar & tudung hitam style yang sama most of the week, & blouse jek la tukar, macam uniform gitu.

Macam Steve Jobs, tapi takde la hari2 sama kan, aku kan pompuan, hehe.

Keje jek pon kan.

Monday, February 1, 2016

Crochet Groot

http://53stitches.tumblr.com/post/138008290672/i-dont-know-about-you-but-i-fell-in-love-with

Saturday, January 30, 2016

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka

& share our journey with other mothers.

Semua mak nak yang terbaik untuk anak masing2. Kawan2 aku anak2 dorang macam2 peringkat umur, beza 1 tahun muda/tua dari Mysarah. Kitorang suka tukar2 cerita pasal anak.

Risau mikir anak nak masuk darjah 1, sekarang silibus dah lain tak macam dulu, advance. Risau2 aku pon masih lagi bagi Mysarah main2 & masukkan la dia tadika supaya boleh belajar bergaul & belajar sistem sekolah, tu jek target aku buat tahun ni. Sebab dia pon baru jek masuk umur 4 tahun.

Kalo nak ajar membaca, mengira boleh jek tapi aku nak dia asah bakat & minat dia, memandangkan masa aku pon terhad sebab kerja kan. Kang balik keje kena study, weekend kena study. Bagi la dia main2 & kembangkan kreativiti dia dulu. Belajar vocabulary, express diri dia melalui perbualan, kemahiran pakai pelbagai medium melukis, mewarna, sayang buku, buat kerja rumah serba sedikit.

Sebab masa aku masuk darjah 1 dulu, aku pandai dah baca, mengira, bab sosial tu memang tak reti esek nangis jek kat sekolah. So aku nih nampak bodoh sebab pendiam & tak reti get along dengan budak2 lain, tapi lama2 cikgu tengok ok budak nih, dari kumpulan F aku gerak sikit2 pergi kumpulan A.

Ada kawan aku risau sebab anak belum faham english, sebab Mysarah sejak baby dah layan tablet & baby/kids tv channels jadi dia faham la english tu. Itu pon aku guna kaedah tradisional iaitu dwi bahasa. Contoh: Mysarah go take a shower, Mysarah pergi mandi. Lama2 dia akan faham jadi boleh guna ayat english jek. Kawan aku guna, kejap jek anak dia dah faham, kannn. Budak nih satu, memang cepat belajar. Kalo orang tua, sebut youth jadik 'yautch' makan berminggu la nak perbetul tu pon sebutan jadik 'yus', haha... Kalo budak ulang 3 kali jek dah boleh ikut kita sebut satu ayat.

Aku doa sangat anak keturunan aku lebih baik dari mak bapak dia, jangan la waris perangai pelik2, biar bijak & menyenangkan hati orang & Allah sayang, insyaa Allah.

Sunday, January 24, 2016

Sebahagian koleksi jam tangan aku

Jam nih semua baru tuko bateri tadi, haha nak kena kumpul sekampung jugak 😅

Jam2 nih jadik hak milik aku lama dah, sblom Mysarah lahir lagi. Aku pon tak kesah brand, yang paling aku berkenan ada hari & hari bulan (ddd & dd). Yang 2 ketul kembor tu takde tarikh sebab fesyen, hehe. Murah jek beli kat GM Plaza. Kalo kat lelong.com nih mau RM100+-, beli jek kat GM Plaza bleh dapat bawah rm50, tahan pon tahan. Cuma jangan biasakan kena air, perfume, skincare la.

Paling aku suka gshock tu la, lenjan jek mana, gi keje, gi jenjalan, masuk swimming pool, amik wuduk pon takyah bukak cuma longgarkan jek la. Memang tahan la, bateri pon kalo ikutkan dah 6 tahun la, maybe sebab pakai 2 bijik kot.

Friday, January 22, 2016

Produk pemutihan kulit dan orang kita

Sejak aku amik diploma dulu dah sibuk cerita budak2 pakai produk pemutih kulit nih. Kebanyakan pakai trial set, kulit jadik gebu lepas tu tak mampu nak beli full mahupun trial set, bila pakai pharmacy produk terus muka jadik parah. Yang ada duit tu terus la dengan kulit gebu, yang nasib tak baik pakai trial set dah rosak kulit.

Kawan2 terdekat aku ada beberapa orang, kulit jadik licin berkilat tapi merah nipis. Bila tanya semua jawab panas, padahal ketara nampak lain macam. Masuk keje pon masih lagi ada yang pakai siap ketara perbezaan kulit muka dengan tangan.

Orang kita memang suka kulit putih, nampak cantik bersih jek walaupun tak mandi, ahaha joking joking. Tapi kan, korang tau tak cousin pompuan aku half Melayu, half British. Pada kitorang kulit dia punya la cantik, tu pon nampak la beza dengan kengkawan dia yang pink pale. Pada dia pulak, kulit orang Melayu nih cantik, nak jadik macam kita2 nih siap pakai fake tan lagi.

Tapi biasa la kan, yg putih nak hitam, yg hitam nak putih, yang rambut lurus nak kerinting, gitu la sebaliknya.

Monday, January 18, 2016

Crocheteer's best friend, the wrist brace for carpal tunnel

My new wrist brace, the old one I lost somewhere at Mak's house I think. Very useful if you suffer from wrist pain & carpal tunnel but it's a bit uncomfortable to use if you're driving & using the pc mouse due to the metal splint along the palm. I always wear this while crocheting. This is RM84.60 before discount.

Sunday, January 17, 2016

Bawak baby keluar jalan-jalan

Masa nih budak nih dah umo 2+ bulan, bawak mak pegi makan kat al rawsha, ke aku yang teringin makan, hehe. Dah habis pantang la katekan, masih cuti bersalin lagi, jadik berjalan2 la kejap kan.

Sejak Mysarah baby lagi aku suka bawak dia pegi shopping, dekat2 rumah nih banyak shopping complex, supermarkets jadik senang la, yang penting ada car seat & stroller. Wpun bf ok jek, aku suka pegi Aeon (dulu Jusco) sebab convenient ada baby room bleh nursing dengan selesa.

Pegi jenjalan pon kejap jek, dapat beli barang sket pon jadik la, baby bukan boleh kat luar lewat2 sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...