Nuffnang Ads

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

Puasa Ramadhan 2016

Dulu kan masa belajar, kadang2 aku call la mak aku. Macam biasa tanya mak makan apa untuk berbuka, famili kitorang biasa makan masakan mak, jarang nak beli2 kat luar nih. Lauk pon macam biasa la, ada ikan/ayam/daging, sayur, sambal belacan paling kurang.

Mak aku akan jawab makan simple2 jek, ikan goreng dengan nasik. Pastu kan dia tanya aku makan apa, fav aku dulu ayam percik pasar keramat. Bila mak aku dengar makan sedap dia pon kata dia saje cakap makan ikan goreng takut aku makan simple jek kan nanti kempunan la pulak, haha. Mak makan ayam goreng, ke gitu la, alahai ok la tu takde la mewah sangat kan.

Gitu la mak2 nih, risau sangat anak dia tak makan sedap. Aku nih jenis makan simple, asal makan sudah. Menu pulak balik2 yang tu jugak, melainkan pegi buffet Ramadhan la kan. Buffet Ramadhan pon aku tak berapa sangat sebab sekarang dah tokleh nak makan banyak la, tapi badan sado camtu la jugak, haha.

Sekarang mak aku dah online fb dia balik, nak share gambo buka posa pon jadik malas sebab takut mak makan simple aku & Mysarah makan sedap pulak. So far makan simple jek, semalam colleague Christian belanja ayam kfc untuk berbuka, alhamdulillah rezeki yang tak disangka2. Sebab aku bgtau dia aku suka kfc, tapi takde la plan kfc aritu, ingatkan nak berbuka kat salam noodles sebab Mysarah ajak kelmarin.

Nih bab kawan kita agama lain pon tau respek kita orang Islam. Biar la dorang nak makan kan, kenapa la kita nak sentap, tu sebahagian dari dugaan, elok2 Allah nak bagi pahala kita tolak mentah2 pulak. Camne la nasib kalo dah beranak kecik... pagi, tengahari, petang mintak makan bersuap? Nak suruh anak puasa sekali ke?

Bila berbuka nanti makan la puas2 sampai ketat perut, tapi kita merungut jugak makanan tak sedap la, takde variety la, haih... Kat luar tu ada orang dok risau puasa dorang tak diterima Allah sebab takde makanan untuk berbuka puasa 😢

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya, amiin...

Ps: aku suka tengok post kawan2 share makanan berbuka dorang, bleh bagi aku idea nak berbuka apa. Balik2 benda yang sama aku nih 😅

Tuesday, July 22, 2014

Kasik lawas


Aku baru jek cuba minum bende alih nih, tujuannya nak bagi lawas. Sejak puasa aritu kadar kelawasan tak berapa sangat la. Kalo tak lepas subuh jek mesti nak membuang.

Aku beli dengan colleague dengan harga RM198, shaker RM5.

Setakat nih aku dah minum dua sekali sejak buka puasa semalam. Sampai sekarang tak membuang lagi nih.
Kita tunggu jek la kan, bende baru nak keje kan.

Friday, July 18, 2014

Dugaan


Dugaan sepanjang bulan Ramadhan nih hebat betul. Banyak bende dah berlaku kat Malaysia nih & yang berkaitan dengan Malaysia tapi kat luar negara.

Dugaan Allah datang sepanjang masa. Sebab tu orang kata hidup ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Dok tengah-tengah pusat putaran pun dugaan jugak, pening kepala berpusing-pusing. Dan jangan ingat bila kita duduk di atas tu nikmat, itu pun dugaan juga.

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Ini adalah zikir yang aku cuba amalkan, bila susah hati, bila sedih dan juga bila gembira. Dialah yang menciptakan aku dan orang-orang disekelilingku. Dialah yang mengurniakan aku rezeki.

Kalo ikutkan aku tokleh sampai ke tahap aku sekarang nih. Keluarga pun susah, tak educated. Sepanjang hidup aku ramai jugak nak screw hidup aku, bagi aku lemah semangat, jarakkan aku dengan family aku, hasut aku, kikis duit aku, macam-macam la hal manusia nih. Kalo menurut sangat memang rosak musnah hidup aku tapi rezeki aku murah, alhamdulillah syukur.

Ada bende yang aku suka sangat, tapi tak bagus untuk aku. Ada benda yang aku benci sangat, tapi bagus untuk aku. Kalo doa aku tak dimakbulkan Allah, aku redha sebab aku tau Dia yang tentukan untuk aku dan sebaik-baik pilihan adalah dariNya.

Dengan ujian dan dugaan, Allah tengah latih kita. Kalo kita pass, insya Allah boleh pass punya ujian yang akan datang. Allah nak kita kuat, Allah nak kita maju.

Wednesday, July 16, 2014

Bermaaf2anlah sesama kita #cdm25

Ok la pompuan tu pon dah mintak maaf, aku baca pon kat fb kompeninya. Pakcik mangsa road bully-nya tu pon dah lama maafkan dia. Kita patut amik iktibar dari pakcik tu, cool jek. Kalo pakcik2 lain dah makan penampar la kot, ahaks ops cukup2.

Iktibar satu lagi, kemain ramai kat lokasi peristiwa berkenaan, ada video lagik tapi takde sapa pulak halang pompuan tu sakan memaki hamun pakcik & mengetuk2 kereta pakcik tersebut sesuka hati beliau. Jika ada yang menghalang pasti tak berlaku kejadian yang tak diingini. Nasik pon suda jadik bubur, bubur lambuk pulak tu di bulan yang mulia nih.

Takut2 kita pulak sedekah pahala kat pompuan tu. Kat akhirat lepas la dia nanti. Bermaaf2an la sesama kita di samping berazam untuk mencegah kemungkaran dengan tangan pulak pasni, bukan tangan tekan2 kibod macam aku nih yer, ahaks terkena diri sendiri 😂

Tuesday, July 15, 2014

Garlic Roasted Chicken

Aku dapat resepi kat sini
http://www.allthecooks.com/garlic-roasted-chicken.html

Masa masak tu, subhanallah wanginya bau...

Aku masak pakai magic pan, yang boleh flip tu kan, murah2 jek beli kat Langkawi tahun lepas. Pakai bahagian rib, jadik la untuk makan berdua.

Aku ok jek boh butter, tapi kalo nak kurang lemak boleh skip butter atau gantikan dengan minyak yang lebih sihat macam olive oil ke kan.

Recommended, sedap sangat, cuba la.

Persiapan raya vs ramadhan

Sibuk sekarang orang buat persiapan raya. Lagi nak dekat raya, lagi la sibuk.

Kalo anak 3 orang ke atas elok shopping awal supaya dapat saiz baju yang elok, paling sesuai jalan tar, tapi situ sesak ya amat. Pada aku Aeon pun ok. Kedua budak pakai baju 1-2 saiz lebih besar sebab nak bagi pakai lama & nak sedondon punya pasal.

Kali nak extra jimat, tunggu Aeon sale lepas raya, 50% 70% diskaun, beli jek in advance untuk raya tahun depan. Fesyen belakang kira, janji bajet.

Para bapak pon pening dengan persiapan raya nih, banyak duit nak pakai. Sama naik dengan persiapan sekolah, nasib baik tak serentak.

Dalam bulan ramadhan nih persiapan rohani sepatutnya didahulukan. Tapi sebab orang kita nih raikan raya lebih dari puasa tu sendiri, dah jadi amalan turun temurun.

Dah jadi kebanggaan pulak rumah dia penuh lauk pauk kuih raya, sedangkan kunjung mengunjung lebih baik. Jadi raya tu dah jadi sesi membesarkan perut, total opposite dari sehari sebelumnya.

Family aku pun sejak dah takde tok nenek, kitorang masak jek ala kadar, yang menjadi kepelikan keluarga2 typical yang lain. Tapi kitorang pentingnya bermaafan pagi raya, sedekah duit raya & beraya rumah sedara mara seharian sampai la malam tu. Cuti raya tu memang penuh la aktiviti beraya sana sini.

Sebabnya kan, aku ada jumpa keluarga yang masak sakan tapi lepas tu dok lepak rumah jek. Orang pun tak berapa nak datang beraya, dorang pun tak berapa nak beraya rumah orang. Ada pulak keluar bercuti. Bukan takde sedara mara, tatau la. Mungkin tu je kot masa dorang gi vacation, tengah2 hangat hari raya.

Mungkin jugak dorang nih lebihkan persiapan & amalan ramadhan berbanding raya, ye betul jugak tu, hehehe. Keluarga masing2, amalan masing2 kan. Apa2 pun amalan kita, semoga diperbaiki saban tahun. Semoga mendapat keberkatan dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...