Nuffnang Ads
Sunday, November 19, 2017
Trying to get fit
Saturday, October 3, 2015
Jerebu, kenapa la bacaan lain, paru2 aku rasa lain
Banyak event batal sebab semua orang ikut & percaya bacaan IPU. Kalo kita guna mata, hidung & paru2 terutama paru2 orang astma, kita boleh simpulkan yang bacaan adalah 2-3 kali ganda dari yang dilaporkan.
Aku bukan pakar, tapi aku merana jugak la sejak jerebu, hari2 paru2 wheezing. Batuk teruk malam & awal pagi, batuk macam tersedak air, rasa macam ada air dalam paru2. 1 canister inhaler pon pakai x sampai sebulan.
Tapi masih lagi terkawal. 4 jam sekali amik inhaler, minum air masak banyak2, kurangkan masa di luar. Alhamdulillah, rumah aku beso & sejuk, jadik ok lagi duduk dalam rumah tanpa buka pintu/tingkap, kipas tak perlu buka laju2, air cond tak perlu sebab aku tak suka udara dingin kering.
Kalo dok umah mak aku, kat JB tu, lagi teruk aku & anak batuk. Lagi kerap aku ajak mak keluar jenjalan kat shopping complex. Kadang2 tu rasa lagi selesa dok dalam kereta.
Mengeluhlah kita, tak mampu buat apa2 sebab jiran yang tak boleh diusik yang buat hal. Maka beringat jek la kita, tahun depan, masa yang sama, kita buat persiapan, kita jangan buat apa2 aktiviti luar, running events, family day, hari sukan, picnic, semua yang outdoor takyah buat. Mungkin hotel, balai raya, dewan, convention centre boleh amik peluang.
Take care & bersabar jek la.
Sunday, August 24, 2014
Stir fry greens
Saturday, August 23, 2014
Penyediaan makanan untuk bayi
So jumpa gambo lama nih. Masa zaman penyediaan makanan bayi untuk Comel. Aku siap2 rebus bahan2 untuk dimasukkan dalam bubur, blend kalo perlu, masukkan dalam ice tray & bekukan. Bila dah beku aku masukkan dalam tupperware supaya mudah nak ambil nanti. Aku buat seminggu sekali, agak2 cukup la untuk makan seminggu.
Setiap pagi aku akan masak bubur fresh untuk Comel. Nasi untuk bubur pun aku dah kisar halus siap2, jadik bila tanak bubur tu, dah siap halus2. Masukkan lauk & sayur, ini pun aku buat jadual supaya setiap hari lauk yang berbeza.
Memang penat, tapi puas hati sebab dapat sediakan makanan yang berkhasiat untuk Comel, alhamdulillah. Memang aku selalu masuk kerja lambat pun, payah juga nak cukupkan masa untuk menyusu, pam susu, masak makanan & persediaan2 lain. Itu la, kerja nak, anak pun nak & aku cuba sedaya upaya untuk sediakan Comel susu & makanan yang terbaik. Semuanya aku buat sendiri, alhamdulillah Allah sentiasa bersamaku.
Yang gambo aku ada nih penyediaan isi ikan merah & salmon flakes. Isi ikan merah & salmon tak perlu blend sebab isinya lembut & bila masukkan dalam bubur elok dia akan hancur. Ice tray yang aku beli kat Giant nih yang terbaik aku pernah guna sebab ada penutup & saiz satu2 kiub tu agak besar jugak, jadi agak2 la berapa penuh nak bubuh frozen food tu.
Sayur pun aku buat macam ni, cuma lepas rebus/stim tu aku akan blend dulu. Ikut la umur baby, kalo baru2 nak belajar makan boleh blend halus. Semakin meningkat umur, semakin kasar blend, sampai la tahap kita hanya perlu potong2 kecil sahaja. Tapi aku tak suka blend bubur bila dah siap masak, rasa macam messy jek.
Bila Comel dah mula makan nasi, aku pun berhenti masak bubur untuk bekal Comel di rumah nanny. Cuma teruskan pam susu jek la. Makin lama makin mudah, alhamdulillah.
Monday, August 11, 2014
Senaman lagi, dengan anak
Pantang jek baring, cepat jek si Motet nih naik atas Mummy, sudahnya Mummy kena la buat bent knee leg raise 10x repeat la sampai anak penat. Esoknya sengal perut & pinggang.
Saturday, August 9, 2014
Arteri tersumbat? Clogged arteries?
Aku tak ingat siapa yang bagitau, semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas perkongsian ilmunya. Hamba Allah tu berkongsi, yang punca arteri tersumbat dengan kolesterol adalah disebabkan dinding arteri tu yang mengeras dan risiko untuk pecah.
Jadi tubuh hasilkan kolesterol untuk menampal pada dinding arteri yang terjejas tu. Sebab tu mendapan kolesterol hanya pada dinding arteri sekitar jantung jek. Kenapa arteri lain takde pun mendapan kolesterol?
Gitu la penerangan dalam bahasa mudah, kami pun bukan pandai sangat hal medic kan. Jadi penyelesaiannya, untuk arteri lebih sihat, dapatkan keperluan vitamin C yang cukup.





