Nuffnang Ads

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, June 7, 2015

Mushroom oats

This goo looks nothing, but it's yummy.

Comel mula2 siap nanges2 kena paksa makan, lepas satu sudu tu troa diam. Haha, sedap rupanya. Banyak jugak dia makan.

Nih resepi aku buat sejak dia baby lagi. Dulu biasa letak ayam. Macam biasa la, makanan baby, bahan2 semua kisar.

Kalo untuk toddler & ke atas, boleh guna resepi nih.

Bahan2:
Anggaran untuk semangkuk oat atau 1 sajian.
5 biji cendawan putih, nak banyak pon ok jek - hiris kasar
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris kasar
1 ulas bawah putih - hiris kasar
1/2 tsp rempah sup
4 sudu besar oats - aku pakai instant oat
Air secukupnya untuk rebus oats - instant oat pakai 2 cawan air jek
5 ekor udang hidup - potong kecil
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Kekdahnya:
Tumis cendawan, bawang besar & bawang putih sampai lembut. Masukkan air sikit & masak sampai agak kering.
Sejukkan sebentar & blend halus.
Masak oat, air, rempah sup & bahan yang telah blended tadi sampai oat lembut.
Masukkan udang & kacau sampai udang masak.
Tutup api, alihkan kuali & masukkan garam secukup rasa.
Hidangkan, baca bismillah & makan.

Kalo untuk baby, udang/ayam, cendawan, bawang2 dimasak bersama & blended.
Kendian baru masuk dalam oat.

Sekian resepi ringkas dari saya. Saya nih kan tak reti masak, kalo resepi nih tak membantu, sila makan mekdi & minum kat stabak jek la, ahaha...

Sunday, May 10, 2015

Dinner 9th May 2015

Nih lauk makan malam semalam. Balik dari swimming pool tu rasa semangat pulak nak masak. Ye la biasa masak lagi simple dan nih.

Ikan tilapia masak 3 rasa, kangkung goreng belacan & cendawan tiram goreng tepung.

Kangkung goreng belacan biasa la tumis dulu bahan tumbuk bawang merah+bawang putih+ikan bilis. Masukkan sikit air, bila dah mendidih baeu masukkan kangkung & serbuk belacan, kacau rata sehingga layur. Alihkan kuali dari dapur & hidangkan.

Cendawan tiram tu yang lebar2 tu koyak 2-3 & cuci sekejap kendian toskan segera. Gaul dalam tepung goreng, aku suka cap Bestari. Goreng dalam minyak panas sampai garing, toskan minyak & hidangkan.

Ikan tilapia, lepaa siang dilumur kunyit & garam. Goreng dalam minyak panas sampai cukup masak ikut suka.

Bahan2 sos 3 rasa:
2 biji bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia, aku pakai halia serbuk 1 sudu kecik
Sos cili
Sos tomato
Mixed vege, lagi sedap kalo ada nanas
Garam secukup rasa

Kekdahnya:
Tumis bawang & halia.
Masukkan sos & cairkan dengan air ikut suka.
Masukkan mixed vege atau nanas sampai cukup masak.
Tutup api & masukkan garam secukup rasa.
Tuang atas ikan tilapia yang dah digoreng tadi.

Senang kan? Haha, aku memang masak simple2 jek. Itu pon ada orang mengata aku tak pandai masak. Yer la, masa sayang kemain puji sampai masuk fb, bila dah kantol macam2 kata aku yer. Lantak ko la labu, tak pakai duit ko pun (^3^)

Sunday, April 19, 2015

Churros

Sedap hokeh d(^3^)b

1st time buat nih. Resepi kat sini: http://m.allrecipes.com/recipe/24700/churros

Sebenarnya banyak buruk dari elok, yang dalam gambo nih yang elok2 saje ;p

Resepi tu alter sket, sebab aku tak suka manis sangat & kurangkan minyak. Cuma bila dah hujung2 tu minyak panas, sekejap jek dah perang. Seeloknya api kecik & goreng lama supaya luar dia rangup. Nih yang hujung2 batch jadik chewy, tapi besh jugak. Cuma kalo rangup lagi besh.

Piping bag aku guna tadi pon muncung kecik. Nak carik yang besar bentuk bintang tu, baru cantik. Jadik la 1st time nih.

Wednesday, March 18, 2015

Mee sup mudah... lagi...

Balik keje nih terasa nak makan yee mee sup. Masak yang simple pon jadik la, pakai jek apa2 bahan kat dapur.

Bahan2:
Yee mee - aku pakai separuh jek
3 ulas bawang putih}
Sebiji bawang merah} dimayang
+Setengah kiub stok ikan bilis
+Sayur pilihan - aku pakai kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Salt & pepper secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kekdahnya:
Masukkan yee mee dalam mangkuk besar & ketepikan.
Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau.
Masukkan air, bila dah mendidih masukkan bahan2 bertanda +.
Bila dah cukup masak, masukkan tepung jagung & tutup api.
Perisakan dengan garam & pepper.
Tuang dalam atas yee mee tadi.
Baca bismillah & nom nom.

Friday, February 13, 2015

Banana waffle

Bahan2:
3 biji pisang (aku pakai brand cabana yang kuning bersih & saiz besar tu)
1 biji telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
3 tbsp susu tepung
1 tsp gula pasir
1 tbsp olive oil/minyak masak
Butter untuk gris
Sedikit garam

Peralatan:
Waffle maker (kalo takde, kuali leper pon boleh)

Kekdahnya:
Lenyek2 pisang dengan garfu.
Gaul sebati dengan semua bahan2.
Panaskan waffle maker/kuali.
Bila dah cukup panas, griskan waffle maker/kuali.
Masukkan adunan waffle tadi dalam 2 tbsp. Masak ikut preference korang, aku suka lembu2 gebu. Kalo pakai kuali, terbalikkan supaya kedua2 belah siap masak.
Hidangkan dengan apa2 spread yang korang suka, butter, cream cheese, fruit jam, buah2an, apa2 la.
Amik gambo, share dengan kengkawan.
Baca bismillah & makan.


Friday, February 6, 2015

Mee sup mudah

Senang jek masak benda alah nih. Pulak tu ada leftover ayam Chicken Rice Shop semalam, tambah sayur, done!

Bahan2:
1 ketul yee mee
Sekeping daging ayam atau paling sedap ayam percik
1 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih} dimayang
1.5 mangkuk air
Sayur -apa2 yang suka, potong ikut suka
1 senduk minyak masak
Sedikit stok ayam, kicap cair & minyak bijan
Garam & pepper secukup rasa

Kekdahnya:
Panaskan minyak, goreng bawang sampai garing. Ketepikan bawang dalam bekas lain & gunakan minyak bawang tadi untuk sup, ikut la kadar minyak banyak mana nak pakai.
Masukkan 1.5 mangkuk air bila dah mendidih masukkan kicap cair, pepper, minyak bijan & stok ayam, ikut sedap rasa. Aku suka rasa cair2 tawar2.
Masukkan sayur & renih sampai sayur layur sedikit.
Tutup api & masukkan garam secukup rasa.
Letak seketul yee mee dalam mangkuk, susun daging ayam yang dah siap madak tau & tuang sup tadi.
Tabur bawang goreng.
Baca bismillah & makan.

Thursday, February 5, 2015

Orecchiette goreng

Baru jek siap masak tadi. Campak2 jek apa yang ada dalam esbok.

Kalo nak jugak resepi campak2 aku nih, begini caranya...

Bahan2:
1-1.5 mangkuk Orecchiette atau apa2 pasta yang korang suka - direbus sampai al dente & toskan
4 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih} kisar
200g daging ayam kisar - goreng sampai cukup masak
2-3 sudu besar sos tomato/pasta
1 cawan mixed vegetables atau apa2 sayur yang korang suka
Minyak untuk menumis
Garam & pepper secukup rasa

Kekdahnya:
Panaskan dalam 1 sudu besar minyak & tumis bawang2 sampai naik bau.
Masukkan daging ayam kisar yang dah digoreng, kacau sebati.
Masukkan sos tomato/pasta, mixed vegetables & kacau sebati.
Masukkan pasta yang dah direbus & gaul sebati, pelan2 gaul jangan sampai pasta benyek.
Tutup api, taburkan garam & pepper secukup rasa, gaul sekata.
Kalo nak meriah lagi, tuang sikit olive oil.
Baca bismillah & makan.

Selain tu boleh jugak masukkan apa korang suka macam sausage, pepperoni, salami, etc.

Sekian, resepi campak2 Kak Nab ;p

Wednesday, September 10, 2014

The origin of the blog name

Ok, maybe half of it. I love anything goreng berlada. But today I cooked petai goreng berlada. Petai dipotong empat segi, goreng garing & masukkan dalam precooked goreng berlada. Yummm, nasik bertambah uols. 


Owh, btw goreng berlada aku biasa masak banyak2 & freeze. Nak makan baru panaskan.

Sunday, September 7, 2014

Cendawan & Penyediaan makanan untuk bayi #2


Nih aku masak sup kobis beijing dengan cendawan portobello, dia bagi sup tu warna gelap & rasa yang sedap.

Selain tu, white mushroom pun sedap. Masa Comel baby dulu, aku selalu boh dalam bubur. Cendawan, bawang besar & bawang putih dipotong, sautee dalam olive oil sampai lembut, pastu blend. trust me sedap giller sampai menjilat bekas blender tu. Masuk dalam oat pun sedap, isk teringat2 pulak.

Monday, August 25, 2014

Minum petang segera: Pastri daging


Hari tu pergi Giant ada offer roti prata cap Kawan, yang pek besar tu. Aku fikir ok jugak, dah lama juga tak breakfast roti prata, cicah sambal tumis petai pulak tu, nyummm...

Jadi ada banyak lagi rotinya, inti daging cincang untuk masak murtabak cream crackers aritu pun ada lebih aku simpan frozen. Sesuai sangat untuk buat minum petang nih. Cepat & ringkas.

Biar roti prata lembut sekejap, jangan sampai lembut sangat nanti melekat kat plastik cover dia tu susah nak tanggal. Agak2 dia lembut boleh lipat & tak patah/pecah.

Potong 4 dengan pisau tajam & panjang, potong sekali lalu, jangan pulak tarik mata pisau tu nanti tepian dia tak cantik. Kendian isi inti, lipat dua & seal sepanjang tepi yang terbuka tu dengan garpu. Susun dalam tray yang disapu minyak. Bakar dalam oven sampai kuning keemasan, boleh juga sapu bahagian atas pastri tu dengan butter.

Comel pun approve, "Mmm sedap", dia memuji sambil terangkat dua2 kening. Hehe, budak2 tak reti menipu kan? Hoh hoh kembang mak...

Selain dari style karipap macam nih, aku suka jugak buat chicken pie. Boh dalam acuan cupcake. Untuk filling, masak daging ayam cincang, kiub2 lobak merah, jagung & green peas, & cream of chicken/mushroom soup yang segera tu. Tapi yang nih leceh sikit, pastu membazir pastry, tapi sedap la kan.

Apa2 pun masak sendiri memang puas hati. Kalo sedap, alhamdulillah. Kalo tak sedap, salah sendiri & cubalah lagi, hehe...

Sunday, August 24, 2014

Stir fry greens


Aku memang suka sangat makan sayur, kecik2 lagi Bonda memang dah ajar makan sayur banyak2. Tapi dia jugak yang obese, hahaha ya ampun mak! 

Aritu aku gi pasar malam, beli sayur satu jenis sikit2. Makan pun berdua jek kan. Dalam gambo nih ada sawi, kobis cina, lobak merah, kacang bendi & aku letak jugak terung yang dah digoreng terlebih dahulu. Sblom tu tumis bawang putih & bawang besar dengan olive oil. Bila dah tutup api baru tabur garam & evoo. Sedap dimakan dengan scrambled egg, pan fried salmon & steak. 

Nilah diet aku masa nak turun dari 77kg ke 70kg. Cuma sekarang berat macam yoyo 70-72kg sebab tak disiplin makan, huhu... 

Saturday, August 23, 2014

Penyediaan makanan untuk bayi


Tadi dok housekeeping notebook lama nih. Nak clearkan space sikit & membuang kenangan2 lama. Biarlah kenangan lama disimpan diingatan, otak kita kan Allah ciptakan lebih powerful dari komputer, hehe.

So jumpa gambo lama nih. Masa zaman penyediaan makanan bayi untuk Comel. Aku siap2 rebus bahan2 untuk dimasukkan dalam bubur, blend kalo perlu, masukkan dalam ice tray & bekukan. Bila dah beku aku masukkan dalam tupperware supaya mudah nak ambil nanti. Aku buat seminggu sekali, agak2 cukup la untuk makan seminggu.

Setiap pagi aku akan masak bubur fresh untuk Comel. Nasi untuk bubur pun aku dah kisar halus siap2, jadik bila tanak bubur tu, dah siap halus2. Masukkan lauk & sayur, ini pun aku buat jadual supaya setiap hari lauk yang berbeza.

Memang penat, tapi puas hati sebab dapat sediakan makanan yang berkhasiat untuk Comel, alhamdulillah. Memang aku selalu masuk kerja lambat pun, payah juga nak cukupkan masa untuk menyusu, pam susu, masak makanan & persediaan2 lain. Itu la, kerja nak, anak pun nak & aku cuba sedaya upaya untuk sediakan Comel susu & makanan yang terbaik. Semuanya aku buat sendiri, alhamdulillah Allah sentiasa bersamaku.

Yang gambo aku ada nih penyediaan isi ikan merah & salmon flakes. Isi ikan merah & salmon tak perlu blend sebab isinya lembut & bila masukkan dalam bubur elok dia akan hancur. Ice tray yang aku beli kat Giant nih yang terbaik aku pernah guna sebab ada penutup & saiz satu2 kiub tu agak besar jugak, jadi agak2 la berapa penuh nak bubuh frozen food tu.

Sayur pun aku buat macam ni, cuma lepas rebus/stim tu aku akan blend dulu. Ikut la umur baby, kalo baru2 nak belajar makan boleh blend halus. Semakin meningkat umur, semakin kasar blend, sampai la tahap kita hanya perlu potong2 kecil sahaja. Tapi aku tak suka blend bubur bila dah siap masak, rasa macam messy jek.

Bila Comel dah mula makan nasi, aku pun berhenti masak bubur untuk bekal Comel di rumah nanny. Cuma teruskan pam susu jek la. Makin lama makin mudah, alhamdulillah.




Tuesday, August 19, 2014

Murtabak cream crackers

Yes this one very the yummy, very my favourite, very gonna bring to the office tomorrow.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Bonda kerana menurunkan ilmu yang bermanfaat untukku.
Resepi lebih kurang nih, cuma untuk celup crackers tu aku guna susu cair + sikit jintan putih/cumin & tabur sikit daun sup + daun bawang kat setiap layer:
http://www.tiffinbiru.com/2009/02/murtabak-lapis.html

Saturday, August 16, 2014

Buah sakit tekak

Aku & Comel memang minat sangat buah nih, buah mata kucing atau longan.

Jumaat baru2 nih aku beli 2kg dekat masjid utm, masa nak timbang tu ada makcik tu cakap nih buah sakit tekak. Rasanya makcik tu tak beli.

Lama dah aku makan buah nih. Bonda suka simpan dalam fridge, makan sejuk2 sedap. Aku tak kisah, suhu bilik pun ok. Tak pernah pulak sakit tekak.

Buah nih kena cuci dulu. Caranya leraikan sebijik2, boh dalam bekas besar & cuci dengan air paip sambil gaul2. Ganti air & ulang sampai air jernih. Lastly, aku suka rendam sekejap dalam chitosan.

Bila dah bersih, kita akan perasan kulit buah nih lebih cerah. Bagi anak kopek sendiri pun tak risau sebab dah bersih.

Thursday, July 24, 2014

I'm not lazy, I'm a simple person

Hehe...
Tiba-tiba terasa-rasa nasi panas, kicap, bayam masak air, telo goreng mata & sambal belacan, pergh...

Tuesday, July 15, 2014

Garlic Roasted Chicken

Aku dapat resepi kat sini
http://www.allthecooks.com/garlic-roasted-chicken.html

Masa masak tu, subhanallah wanginya bau...

Aku masak pakai magic pan, yang boleh flip tu kan, murah2 jek beli kat Langkawi tahun lepas. Pakai bahagian rib, jadik la untuk makan berdua.

Aku ok jek boh butter, tapi kalo nak kurang lemak boleh skip butter atau gantikan dengan minyak yang lebih sihat macam olive oil ke kan.

Recommended, sedap sangat, cuba la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...