Nuffnang Ads

Showing posts with label mudah. Show all posts
Showing posts with label mudah. Show all posts

Sunday, June 7, 2015

Mushroom oats

This goo looks nothing, but it's yummy.

Comel mula2 siap nanges2 kena paksa makan, lepas satu sudu tu troa diam. Haha, sedap rupanya. Banyak jugak dia makan.

Nih resepi aku buat sejak dia baby lagi. Dulu biasa letak ayam. Macam biasa la, makanan baby, bahan2 semua kisar.

Kalo untuk toddler & ke atas, boleh guna resepi nih.

Bahan2:
Anggaran untuk semangkuk oat atau 1 sajian.
5 biji cendawan putih, nak banyak pon ok jek - hiris kasar
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris kasar
1 ulas bawah putih - hiris kasar
1/2 tsp rempah sup
4 sudu besar oats - aku pakai instant oat
Air secukupnya untuk rebus oats - instant oat pakai 2 cawan air jek
5 ekor udang hidup - potong kecil
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Kekdahnya:
Tumis cendawan, bawang besar & bawang putih sampai lembut. Masukkan air sikit & masak sampai agak kering.
Sejukkan sebentar & blend halus.
Masak oat, air, rempah sup & bahan yang telah blended tadi sampai oat lembut.
Masukkan udang & kacau sampai udang masak.
Tutup api, alihkan kuali & masukkan garam secukup rasa.
Hidangkan, baca bismillah & makan.

Kalo untuk baby, udang/ayam, cendawan, bawang2 dimasak bersama & blended.
Kendian baru masuk dalam oat.

Sekian resepi ringkas dari saya. Saya nih kan tak reti masak, kalo resepi nih tak membantu, sila makan mekdi & minum kat stabak jek la, ahaha...

Sunday, May 10, 2015

Dinner 9th May 2015

Nih lauk makan malam semalam. Balik dari swimming pool tu rasa semangat pulak nak masak. Ye la biasa masak lagi simple dan nih.

Ikan tilapia masak 3 rasa, kangkung goreng belacan & cendawan tiram goreng tepung.

Kangkung goreng belacan biasa la tumis dulu bahan tumbuk bawang merah+bawang putih+ikan bilis. Masukkan sikit air, bila dah mendidih baeu masukkan kangkung & serbuk belacan, kacau rata sehingga layur. Alihkan kuali dari dapur & hidangkan.

Cendawan tiram tu yang lebar2 tu koyak 2-3 & cuci sekejap kendian toskan segera. Gaul dalam tepung goreng, aku suka cap Bestari. Goreng dalam minyak panas sampai garing, toskan minyak & hidangkan.

Ikan tilapia, lepaa siang dilumur kunyit & garam. Goreng dalam minyak panas sampai cukup masak ikut suka.

Bahan2 sos 3 rasa:
2 biji bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia, aku pakai halia serbuk 1 sudu kecik
Sos cili
Sos tomato
Mixed vege, lagi sedap kalo ada nanas
Garam secukup rasa

Kekdahnya:
Tumis bawang & halia.
Masukkan sos & cairkan dengan air ikut suka.
Masukkan mixed vege atau nanas sampai cukup masak.
Tutup api & masukkan garam secukup rasa.
Tuang atas ikan tilapia yang dah digoreng tadi.

Senang kan? Haha, aku memang masak simple2 jek. Itu pon ada orang mengata aku tak pandai masak. Yer la, masa sayang kemain puji sampai masuk fb, bila dah kantol macam2 kata aku yer. Lantak ko la labu, tak pakai duit ko pun (^3^)

Wednesday, March 18, 2015

Mee sup mudah... lagi...

Balik keje nih terasa nak makan yee mee sup. Masak yang simple pon jadik la, pakai jek apa2 bahan kat dapur.

Bahan2:
Yee mee - aku pakai separuh jek
3 ulas bawang putih}
Sebiji bawang merah} dimayang
+Setengah kiub stok ikan bilis
+Sayur pilihan - aku pakai kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Salt & pepper secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kekdahnya:
Masukkan yee mee dalam mangkuk besar & ketepikan.
Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau.
Masukkan air, bila dah mendidih masukkan bahan2 bertanda +.
Bila dah cukup masak, masukkan tepung jagung & tutup api.
Perisakan dengan garam & pepper.
Tuang dalam atas yee mee tadi.
Baca bismillah & nom nom.

Thursday, July 31, 2014

Senangnya anak ko tido


Tengok ko, tido dengan beg nemo sekali, kekdahnya takmo bukak beg tu dari pergi pasar pagi tadi.
Ada beberapa orang komen anak aku nih senang beno tido, peluk jek dah tido, minum susu baring2 jek tido, baring2 dalam kete tido, maknya tido jap gi anaknya pon tido.

Alhamdulillah, syukur la anak aku nih senang nak handle. Tak banyak kerenah kecuali dia jenis yang aktif la, lompat sana sini jerit2 bagai.

Budak nih bila dah mandi, kenyang, puas main, kita sayang dia, senang la dia nak tido. Tapi tengok jugak la keadaan, ada kala seharian gak tak tido.

Comel nih sejak baby memang tak berbuai, cuma kat rumah nanny jek la dah request dari dorang kan, katanya takmo budak2 terpijak ke kan. Tapi bila balik rumah, ok jek tido takyah buai.

Aku pon pelik la dengan berbuai nih kan. Orang kata budak kalo buai senang tido. Tapi yang aku tengok bila berenti jek buai, terjaga balik. Penat pulak mak pak nanny berbuai sampai lenguh tangan nak bagi budak tido.

Macam Comel, ada masa sblom tido dia akan garu2 satu badan. Aku layan jek la dia menggaru, bubuh2 ubat kat bintat gigit nyamuk ke kan, kendian tido la dia. Tapi tak ke sama melayan jugak kan, sama la dengan berbuai kan? Pada aku baik ulit2 anak gitu, skij to skin touch lebih baik dari buai2 gitu.
Apa2 pon terpulang la masing2 kan?

Thursday, July 24, 2014

I'm not lazy, I'm a simple person

Hehe...
Tiba-tiba terasa-rasa nasi panas, kicap, bayam masak air, telo goreng mata & sambal belacan, pergh...

Tuesday, July 15, 2014

Garlic Roasted Chicken

Aku dapat resepi kat sini
http://www.allthecooks.com/garlic-roasted-chicken.html

Masa masak tu, subhanallah wanginya bau...

Aku masak pakai magic pan, yang boleh flip tu kan, murah2 jek beli kat Langkawi tahun lepas. Pakai bahagian rib, jadik la untuk makan berdua.

Aku ok jek boh butter, tapi kalo nak kurang lemak boleh skip butter atau gantikan dengan minyak yang lebih sihat macam olive oil ke kan.

Recommended, sedap sangat, cuba la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...