Nuffnang Ads
Sunday, September 7, 2014
Cendawan & Penyediaan makanan untuk bayi #2
Nih aku masak sup kobis beijing dengan cendawan portobello, dia bagi sup tu warna gelap & rasa yang sedap.
Selain tu, white mushroom pun sedap. Masa Comel baby dulu, aku selalu boh dalam bubur. Cendawan, bawang besar & bawang putih dipotong, sautee dalam olive oil sampai lembut, pastu blend. trust me sedap giller sampai menjilat bekas blender tu. Masuk dalam oat pun sedap, isk teringat2 pulak.
Sunday, August 24, 2014
Stir fry greens
Saturday, August 23, 2014
Penyediaan makanan untuk bayi
So jumpa gambo lama nih. Masa zaman penyediaan makanan bayi untuk Comel. Aku siap2 rebus bahan2 untuk dimasukkan dalam bubur, blend kalo perlu, masukkan dalam ice tray & bekukan. Bila dah beku aku masukkan dalam tupperware supaya mudah nak ambil nanti. Aku buat seminggu sekali, agak2 cukup la untuk makan seminggu.
Setiap pagi aku akan masak bubur fresh untuk Comel. Nasi untuk bubur pun aku dah kisar halus siap2, jadik bila tanak bubur tu, dah siap halus2. Masukkan lauk & sayur, ini pun aku buat jadual supaya setiap hari lauk yang berbeza.
Memang penat, tapi puas hati sebab dapat sediakan makanan yang berkhasiat untuk Comel, alhamdulillah. Memang aku selalu masuk kerja lambat pun, payah juga nak cukupkan masa untuk menyusu, pam susu, masak makanan & persediaan2 lain. Itu la, kerja nak, anak pun nak & aku cuba sedaya upaya untuk sediakan Comel susu & makanan yang terbaik. Semuanya aku buat sendiri, alhamdulillah Allah sentiasa bersamaku.
Yang gambo aku ada nih penyediaan isi ikan merah & salmon flakes. Isi ikan merah & salmon tak perlu blend sebab isinya lembut & bila masukkan dalam bubur elok dia akan hancur. Ice tray yang aku beli kat Giant nih yang terbaik aku pernah guna sebab ada penutup & saiz satu2 kiub tu agak besar jugak, jadi agak2 la berapa penuh nak bubuh frozen food tu.
Sayur pun aku buat macam ni, cuma lepas rebus/stim tu aku akan blend dulu. Ikut la umur baby, kalo baru2 nak belajar makan boleh blend halus. Semakin meningkat umur, semakin kasar blend, sampai la tahap kita hanya perlu potong2 kecil sahaja. Tapi aku tak suka blend bubur bila dah siap masak, rasa macam messy jek.
Bila Comel dah mula makan nasi, aku pun berhenti masak bubur untuk bekal Comel di rumah nanny. Cuma teruskan pam susu jek la. Makin lama makin mudah, alhamdulillah.
Sunday, August 10, 2014
Open house
Pergh, hujung minggu nih 3 open house yuols. Itu pun cukup dah la, lebih2 boyak akak, ahaks.
Terima kasih kepada tuan2 rumah, semua menu must try & tak mengecewakan. Salute kepada yang masak sendiri, terer ar, kalo aku sempat nasik goreng jek la, huhu.
Yanh penting dapat jumpa2 & semoga bertambah erat silaturrahim, amiin. Anak pun kemain seronok, dapat duit raya lagi, alhamdulillah murah rezeki kepada yang memberi.
Esok harus detox, camne nak menang BPM Biggest Loser nih?!
Saturday, August 9, 2014
Arteri tersumbat? Clogged arteries?
Aku tak ingat siapa yang bagitau, semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas perkongsian ilmunya. Hamba Allah tu berkongsi, yang punca arteri tersumbat dengan kolesterol adalah disebabkan dinding arteri tu yang mengeras dan risiko untuk pecah.
Jadi tubuh hasilkan kolesterol untuk menampal pada dinding arteri yang terjejas tu. Sebab tu mendapan kolesterol hanya pada dinding arteri sekitar jantung jek. Kenapa arteri lain takde pun mendapan kolesterol?
Gitu la penerangan dalam bahasa mudah, kami pun bukan pandai sangat hal medic kan. Jadi penyelesaiannya, untuk arteri lebih sihat, dapatkan keperluan vitamin C yang cukup.
Inch loss
Seluar nih beli kat pasar malam setahun dua tahun lepas kot, tak pernahkah berjaya sarung, sangkut sampai peha jek. Nak tukar segan. Jadik simpan jek la, ada 2 pasang.
Sekarang dah boleh pakai, ketat sikit sikit la. Wpun naik 700gms, inci tetap turun. Berat badan adalah subjektif, mungkin tambah muscle atau air dalam badan.
#mehkurus #usahasyawal dengan Shaklee, Omega Guard & Lecithin jek, & mesti jaga makan.
#sayajualshaklee #Nabyha0122487763
Tuesday, July 22, 2014
Kasik lawas
Aku baru jek cuba minum bende alih nih, tujuannya nak bagi lawas. Sejak puasa aritu kadar kelawasan tak berapa sangat la. Kalo tak lepas subuh jek mesti nak membuang.
Aku beli dengan colleague dengan harga RM198, shaker RM5.
Tuesday, July 15, 2014
Garlic Roasted Chicken
http://www.allthecooks.com/garlic-roasted-chicken.html
Masa masak tu, subhanallah wanginya bau...
Aku masak pakai magic pan, yang boleh flip tu kan, murah2 jek beli kat Langkawi tahun lepas. Pakai bahagian rib, jadik la untuk makan berdua.
Aku ok jek boh butter, tapi kalo nak kurang lemak boleh skip butter atau gantikan dengan minyak yang lebih sihat macam olive oil ke kan.
Recommended, sedap sangat, cuba la.
Nak kena jadik vegetarian ke?
Untung orang darah O, protein la besh. Nih aku kene tukar jadi vegetarian ke? Nehi nehi!
Wpun memang betul immune system aku nih sensitif sikit, tapi protein & carbs tu penting jugak. Kalo tak mana nak dapat tenaga kan?
Cuma kena kurangkan la kan. Sayur2 & buah, alhamdulillah memang aku suka, anak aku pun suka. Dari kecil aku diajar makan sayur, aku pun ajar Comel makan sahur sejak baby lagi.
Makan la apa pun, asalkan halal & bersederhana.







