Nuffnang Ads

Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Beg raya

Tahun nih aku tak beli pon kasut & beg raya untuk diri sendiri. Sebabnya tahun nih dah berkenan kat beg Carlo Rino kaler biru nih. Tapi jual online jek & sebab aku tak penah pegang bende alah nih, rasa berbelah bagi pulak nak membeli. 

Ada jugak jalan2 carik handbag, kasut kendian la bila dah dapat beg, tapi satu pon x berkenan, kalo berkenan pon mahal giller πŸ˜…

Ciri2 beg pilihan:
Keler - biru turquoise 
Saiz - beso, bleh isi 'barang sendiri' & botol susu anak
Tali - mesti bleh crossbody, dengan erti kata lain bleh silang badan kang senang nak dukung anak

Hamboih... memilih... 

Pastu kan, 2 malam sblom raya, terjatuh pulak dalam longkang depan  rumah, dah luka kaki. Jawabnya takyah la berangan nak pakai kasut bertutup, pakai jek la sandal Giant tu sebab elok2 luka kat bhgn expose tu, adoi la, haha. 

Mungkin ada orang tanya, perlu ke nak kasut beg baju raya baru bagai? Tak perlu pon sebenarnya, kalo dalam wardrobe ada lagi yang blom pakai atau sekali dua pakai, elok lagi & mengikut kaler tema. Kaler tema pulak jadik mangsa πŸ˜…

Tahun depan kena prepare elok2 sket, tahun depan jugak ramai sedara mara balik JB, meriah lagi la tahun depan, insyaa Allah. Baju raya untuk mak aku beli salah label saiz da, nasib baik la koleksi baju kurung mak banyak. Ui koleksi dia banyak, kalah aku yang keje gomen nih. 

Apa2 pon anak jugak yang bergaya lebih, macam biasa la. Maknya dapat mekap sblom keluar rumah tu kira dah bersyukur la, dapat selfie sket & upload nih-la-muka-aku-di-pagi-raya-lepas-ni-tatau-ape-rupa-huhu. Tau jek la kang salam2 laga2 pipi, makan minum, anak tepuk2 muka, tudung pon nasib baik la jenis sarung jek, kalo senget pon orang ingat fesyen, haha. 

Itu la, nak beli ke tidak beg nih. Harap2 da abes stok la kan, haha πŸ˜…

Wednesday, August 20, 2014

Raya kan sebulan

Hari nih 20 Ogos 2014 open house unit tempat aku carik rezeki. Makanlah lagi, last timbang sblom balik 71.4kg, owh~~~

Gambo selfie & gambo dari kamera kawan2 juga.

















Tuesday, August 19, 2014

Murtabak cream crackers

Yes this one very the yummy, very my favourite, very gonna bring to the office tomorrow.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Bonda kerana menurunkan ilmu yang bermanfaat untukku.
Resepi lebih kurang nih, cuma untuk celup crackers tu aku guna susu cair + sikit jintan putih/cumin & tabur sikit daun sup + daun bawang kat setiap layer:
http://www.tiffinbiru.com/2009/02/murtabak-lapis.html

Sunday, August 10, 2014

Open house

Pergh, hujung minggu nih 3 open house yuols. Itu pun cukup dah la, lebih2 boyak akak, ahaks.

Terima kasih kepada tuan2 rumah, semua menu must try & tak mengecewakan. Salute kepada yang masak sendiri, terer ar, kalo aku sempat nasik goreng jek la, huhu.

Yanh penting dapat jumpa2 & semoga bertambah erat silaturrahim, amiin. Anak pun kemain seronok, dapat duit raya lagi, alhamdulillah murah rezeki kepada yang memberi.

Esok harus detox, camne nak menang BPM Biggest Loser nih?!

Monday, July 28, 2014

28th July 2014 the double celebration


Nampak kereta yang berderet2 belakang kereta saya tu, tu sebahagian dari kereta2 kaum keluarga saya la tu, kitorang nak gi konvoi raya pertama. Semoga tahun depan dapat beraya dengan dorang lagi, amiin.

Beraya kat JB memang meriah, sebab kitorang jenjalan rumah saudara mara. Selalunya 4 hari pertama mesti ada program.


Duit raya Mysarah memang banyak la dapat, sampul banyak, isi pon banyak. Sapa kata baby tak dapat banyak duit raya. Kira boleh cover la duit minyak & tol kl-jb-kl la & ada lebih lagi, alhamdulillah.

Wpun gitu, hari raya adalah hari kemenangan & menziarah sanak saudara, sahabat handai. Duit raya tu satu sedekah & rezeki, kan Allah juga datangkan rezeki yang tak disangka2.


Apa2 pun masing2 ada cara sambutan yang tersendiri. Masing2 pun seronok juga kan.

Cakap pasal sambutan, kebetulan pulak hari nih hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-35. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah, bermula dari usaha ramadhan, persediaan raya, perjalanan kl-jb & juga beraya hari pertama.

The keys are always believe in Allah & don't expect too much of everything. Kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Salam lebaran dari Nabyha sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...