❤️
Nuffnang Ads
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Sunday, November 19, 2017
Sunday, October 19, 2014
Monday, August 25, 2014
Moving on
Ini adalah blog entry salah sorang blog kegemaran aku. Aku ada la folo kisah si tungau nih. Alhamdulillah tak pernah berlaku kat aku kes hempuk-menghempuk nih, cuma ugut2 angkat tangan nak lempang tu ada la.
Nih pun dari kes staff MAS yang pukul bini tu. Lepas tu katanya si laki nih sebar cerita yang bini & keluarga bini tu yang jahat. Tapi ramai backup bini.
Orang yang macam nih adalah delusional. Dia la terbaik sebab dia dah buat yang terbaik, depan semua orang. Tapi belakang orang, kita yang mengalaminya jek la yang tau camne.
Kalo kita nak escape memang susah. Lagi la bila hubungan dah lama kan. Tapi lama2 kena jugak la lepaskan diri, kalo tak merana. Lagi la bila dah kawen, beranak pinak, na'uzubillah.
Aku punya pengalaman takde la sampai kena hempuk bagai, cuma kena tekanan perasaan & duit jugak la. Perangai dia pon ada lebih kurang jek si tungau nih.
Tapi dia punya delusional, astaghfirullah. Dia la mangsa keadaan sedangkan yang kena kantol dia. Malas nak cerita panjang, aku putuskan hubungan la senang, aku pun hati senang, dah selama nih susah pun aku tanggung sendiri kan.
Macam mana eh nak handle orang gini? Satu, kau kena nekad habis2 untuk tinggalkan dia. Kedua, move on, teruskan hidup. Yang paling penting, dekatkan diri pada Allah.
Macam kes aku aku ada ajak dia berubah, kita bertaubat & buat hidup baru yang lebih baik. Tapi dia buat bodo jek, sebab dia tau dia kena korbankan hobi2 dia tu. Sebab kat luar dia memang nampak baik, dengan imej dia, memang orang tak percaya perangai sebenar dia macam mana. Kenapa aku bertahan? Sebab masa tu aku percaya yang hidup pura2 dia tu akan jadi nyata.
Tapi dia buat perangai, banyak kali sampai aku dok pening kepala mikir apa la nasib anak2 aku berbapakkan dia nanti & paling best aku la punca tindakan dia semua tu. Nampak kan delusional? Masa nih aku dah give up, memang penat sangat2. Aku mintak berpisah.
Nak buat macam mana, aku dah buat silap, belajarlah dari kesilapan & jangan ulang lagi.
Masa tu kawan2 kitorang pelik, aku tau dorang takkan sangka dia yang sebenar macam mana. Ada jugak sedara mara dia yang cuba korek cerita. Aku ambil tindakan kunci mulut, diamkan diri. Lagipun aku terlalu sibuk nak uruskan diri aku & keluarga. Aku nak baiki hubungan dengan Allah lagi, makan banyak masa & emosi.
Dalam kes macam nih, perempuan memang kena kuat, sebab kita nih akal 1 jek banding nafsu 9, kita mudah screw up. Tapi sekurang2nya dengan akal yang 1 tu, kita lebih fokus. Fokus hala tuju hidup kita, ambik yang utama, toksah fikir orang lain dulu. Kendian baru fikir orang lain, sikit2 & berterusan, istiqomah.
Masa nih jugak ramai nak jadi profesor serba boleh. Kita kena yakin pada Allah & redha. Pandai2 la bezakan nasihat baik dengan yang tak baik, jagalah diri sesuai seorang muslimah.
Berhenti mengalah
Banyak kali. Bila aku lawan balik, nampak aku yang jahat, teruk. Mula2 memang pening, tertekan. Tapi dah sekian lama pon pening & tertekan, apa bezanya? Bezanya sebab tanggapan orang yang salah pada aku.
Tapi lama2 keadaan reda & aku belajar tak pedulikan orang lain. Aku makin senang sebab Allah bersamaku & orang sebenar2nya yang tersayang.
Lepas tu aku tak takut lagi. Hidup ikut orang, hidup ikut tanggapan orang, tak ke mana.
Alhamdulillah...
Monday, July 28, 2014
28th July 2014 the double celebration
Nampak kereta yang berderet2 belakang kereta saya tu, tu sebahagian dari kereta2 kaum keluarga saya la tu, kitorang nak gi konvoi raya pertama. Semoga tahun depan dapat beraya dengan dorang lagi, amiin.
Beraya kat JB memang meriah, sebab kitorang jenjalan rumah saudara mara. Selalunya 4 hari pertama mesti ada program.
Duit raya Mysarah memang banyak la dapat, sampul banyak, isi pon banyak. Sapa kata baby tak dapat banyak duit raya. Kira boleh cover la duit minyak & tol kl-jb-kl la & ada lebih lagi, alhamdulillah.
Wpun gitu, hari raya adalah hari kemenangan & menziarah sanak saudara, sahabat handai. Duit raya tu satu sedekah & rezeki, kan Allah juga datangkan rezeki yang tak disangka2.
Apa2 pun masing2 ada cara sambutan yang tersendiri. Masing2 pun seronok juga kan.
Cakap pasal sambutan, kebetulan pulak hari nih hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-35. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah, bermula dari usaha ramadhan, persediaan raya, perjalanan kl-jb & juga beraya hari pertama.
The keys are always believe in Allah & don't expect too much of everything. Kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Salam lebaran dari Nabyha sekeluarga.
Labels:
Aidilfitri,
balik kampung,
bermaafan,
duit raya,
keluarga,
konvoi,
motivasi,
persiapan,
raya,
syawal,
syukur,
usaha ramadhan
Sunday, July 27, 2014
Happy birthday to me
Ahaks, hari nih bday saya yang ke 35, tapi awal tahun lagi dah declare 35 pon. Mungkin lepas nih cepat2 declare 36 kot, ahaks.
Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan ke dunia ini, ada banyak tanggungjawab yang aku kena selesaikan.
Kedua, alhamdulillah terima kasih kepada Bonda kerana melahirkan, menjaga & mendidik aku sampai dah tua ganyut nih. You will always be the #1 in my heart, kategori manusia la, ahaks.
Banyak benda nak berterima kasih, panjang berjela kalo nak tulis nih. Pendek kata aku bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & tak disangka2. Janji Allah itu benar. Rezeki anak, kesihatan, kegembiraan, duit, kerjaya, macam2 lagi la. Sampaikan aku rajin doa minta panjang masa sebab tak sempat nak indulge in these beautiful nikmat.
I did everything almost the wrong way, I've corrected a few & still correcting more. Dalam pada tu rezeki kurnianNya melimpah2 macam tak setanding pula dengan usaha aku, Allahuakbar, Allah maha kaya.
Cuma nak share la, something that made a big impacted in my life. Maaf ya bukan nak menunjukkan, but if you feel that way, I think you should rethink & redo things in your life. It took me decades, maybe you can do it faster.
Istiqomah, buat sesuatu yang kecik tapi berterusan. Solat dhuha, baca al Quran wpun satu ayat satu hari, sedekah wpun RM1 seminggu & jangan putus bagi duit kat mak ayah. To name a few la, terpulang pada masing2.
Insyaa Allah, Allah permudahkan hidup kita. Macam jalan kat lorong sempit & gelap, tiba2 menjelma cahaya, lepas jumpa padang luas yang cantik penuh bunga. That's the best description, ye betul. Lepas tu kalo jumpa balik lorong sempit & gelap, kita dah rasa steady sikit kan.
Dan adakala kita jadi kurang daya kan, it's ok, pick up the next day. Lama2 period tak daya tu akan bertangguh lebih lama lagi.
Well then, that's it for now, I wish the best for everybody & take care.
Saturday, July 19, 2014
Bersabarlah dalam menerima musibah
MH17 : Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al…: http://youtu.be/U-KpoFoCyJo
Friday, July 18, 2014
Dugaan
Dugaan sepanjang bulan Ramadhan nih hebat betul. Banyak bende dah berlaku kat Malaysia nih & yang berkaitan dengan Malaysia tapi kat luar negara.
Dugaan Allah datang sepanjang masa. Sebab tu orang kata hidup ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Dok tengah-tengah pusat putaran pun dugaan jugak, pening kepala berpusing-pusing. Dan jangan ingat bila kita duduk di atas tu nikmat, itu pun dugaan juga.
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
Ini adalah zikir yang aku cuba amalkan, bila susah hati, bila sedih dan juga bila gembira. Dialah yang menciptakan aku dan orang-orang disekelilingku. Dialah yang mengurniakan aku rezeki.
Kalo ikutkan aku tokleh sampai ke tahap aku sekarang nih. Keluarga pun susah, tak educated. Sepanjang hidup aku ramai jugak nak screw hidup aku, bagi aku lemah semangat, jarakkan aku dengan family aku, hasut aku, kikis duit aku, macam-macam la hal manusia nih. Kalo menurut sangat memang rosak musnah hidup aku tapi rezeki aku murah, alhamdulillah syukur.
Ada bende yang aku suka sangat, tapi tak bagus untuk aku. Ada benda yang aku benci sangat, tapi bagus untuk aku. Kalo doa aku tak dimakbulkan Allah, aku redha sebab aku tau Dia yang tentukan untuk aku dan sebaik-baik pilihan adalah dariNya.
Dengan ujian dan dugaan, Allah tengah latih kita. Kalo kita pass, insya Allah boleh pass punya ujian yang akan datang. Allah nak kita kuat, Allah nak kita maju.
Subscribe to:
Posts (Atom)







