Nuffnang Ads

Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Friday, August 8, 2014

Bertudung, tak bertudung

Aku pun ada kisah dari pengalaman sendiri. Kami yang bertudung nih tau amalan masing2, kami pun tak prejudis dengan orang2 belum bertudung & orang2 belum islam.

Namun beberapa kali juga kami takde pun pamerkan apa2 gesture atau kata2 yang mengeji orang belum bertudung, tapi kami pulak 'kena' dengan orang2 begini.

Kisahnya lebih kurang gini, duduk semeja dengan orang yang kami baru kenal, sembang sikit2, tiba2 masuk topik bertudung. "I bukan taknak pakai tudung, kalo nak pakai tudung ni semua kena jaga, perangai kena jaga, nanti orang kata pula, ingat senang ke nak pakai tudung nih". Lebih kurang begitu la dialog.

Macam aku personally takde pon masalah, malah saja2 nak puji orang itu ini lebih cantik bertudung pun berat nak menyebutnya sebab wanita memang cantik tak bertudung, sebab rambut mahkota wanita, Allah bagi hak suami untuk lihat & dibataskan untuk ahli keluarga yang lain. So dua2 pun cantik.

Berbalik dialog tadi, terpinga2 juga aku & saudara aku tu. Tiba2 pulak kena dialog yang defensive & sedikit offensive yang tersirat itu.

Kami pun sering dibanding2kan dengan orang2 yang belum bertudung tapi akhlak lebih baik. Alhamdulillah, sama2 saling berpesan, supaya sama2 jadi lebih baik. Tapi tak seronok pulak kendian kena kutuk sampai terkeluar ayat "kalo camtu baik toksah pakai tudung", astaghfirullah hal 'azim. Kalo camni takde bezanya dengan komik nih kan?

Ada masa2 yang tertentu kami disuruh berdakwah untuk sama2 tutup aurat, untuk saudari2 & juga diri sendiri. Ada tak tiba2 terasa nak sampaikan sesuatu perkara yang baik? Itulah ilham dari Allah & kitalah yang tentukan cara terbaik untuk laksanakan tugas tu. Sebab tu yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri.

Percayalah, bukan kamu2 saja yang terasa, kami yang tak kata apa2 pun tiba2 kena. Mungkin juga tu cara teguran dari Allah kerana tak dakwah terlebih dahulu.

Sunday, July 27, 2014

Happy birthday to me


Ahaks, hari nih bday saya yang ke 35, tapi awal tahun lagi dah declare 35 pon. Mungkin lepas nih cepat2 declare 36 kot, ahaks.

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan ke dunia ini, ada banyak tanggungjawab yang aku kena selesaikan.

Kedua, alhamdulillah terima kasih kepada Bonda kerana melahirkan, menjaga & mendidik aku sampai dah tua ganyut nih. You will always be the #1 in my heart, kategori manusia la, ahaks.

Banyak benda nak berterima kasih, panjang berjela kalo nak tulis nih. Pendek kata aku bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & tak disangka2. Janji Allah itu benar. Rezeki anak, kesihatan, kegembiraan, duit, kerjaya, macam2 lagi la. Sampaikan aku rajin doa minta panjang masa sebab tak sempat nak indulge in these beautiful nikmat.

I did everything almost the wrong way, I've corrected a few & still correcting more. Dalam pada tu rezeki kurnianNya melimpah2 macam tak setanding pula dengan usaha aku, Allahuakbar, Allah maha kaya.
Cuma nak share la, something that made a big impacted in my life. Maaf ya bukan nak menunjukkan, but if you feel that way, I think you should rethink & redo things in your life. It took me decades, maybe you can do it faster.

Istiqomah, buat sesuatu yang kecik tapi berterusan. Solat dhuha, baca al Quran wpun satu ayat satu hari, sedekah wpun RM1 seminggu & jangan putus bagi duit kat mak ayah. To name a few la, terpulang pada masing2.

Insyaa Allah, Allah permudahkan hidup kita. Macam jalan kat lorong sempit & gelap, tiba2 menjelma cahaya, lepas jumpa padang luas yang cantik penuh bunga. That's the best description, ye betul. Lepas tu kalo jumpa balik lorong sempit & gelap, kita dah rasa steady sikit kan.

Dan adakala kita jadi kurang daya kan, it's ok, pick up the next day. Lama2 period tak daya tu akan bertangguh lebih lama lagi.

Well then, that's it for now, I wish the best for everybody & take care.

Tuesday, July 22, 2014

Keputusannya adalah...


Isu #1: Makcik korea pakai baju ayat al Quran

Nampaknya makcik nih beli kat Malaysia, katanya penjual tu orang Islam juga. Dalam satu gambo tu, aku boleh baca dengan jelas satu ayat dari surah Al Fatihah. Aku rasa semua orang Islam yang berakal tau baca surat Al Fatihah kan? So, apa masalahnya?

Aku tau ramai yang tak reti baca al Quran, ramai jugak di kalangan tu yang sengaja tak nak belajar. Yang pelik tu duduk berjam2 main game, tengok movie, boleh la pulak kan? Allah jek la yang tau. Kita doakan jek dorang nih diberikan hidayah. Untung2 johan qari pulak akan datang nanti kan.

Isu #2: Minah stereng lock

Dah jatuh hukum. Membazir jek terjerit2 ugut orang tua RM2000, ketuk2 keret orang tua tu, padahal kos repair baru berapa ratus jek.

Perkara pon dah lepas, semoga dia insaf & kita pon jangan la jadi macam dia ya.

Saturday, July 19, 2014

Siasat dulu


Korang nih esek nak marah jek, cuba la selidik dulu kan. Kalo makcik nih tau, takkan dia nak pakai baju tu kat negara Malaysia nih. 

Seeloknya tegur la elok2 kan, mana la tau tersentuh hati makcik tu & dapat hidayah, masuk islam pulak. 

Kita yang islam sejak lahir nih pun ada yang tak rajin sentuh (baca) al Quran. Aku pun takde la mahir sangat membacanya, masih lagi belajar. Jangan terkejut ada di antara kaum keluarga & sahabat handai yang tak tahu membaca al Quran. 

Aku ada kenal sorang hamba Allah nih. Dengar khabar dia dah berubah jadi baik, alhamdulillah kalo begitu. Kisah dia dengan al Quran, masa dia kecik dulu dia melawan guru al Quran dia, sejak tu dia tak pernah belajar membaca al Quran & memang tak kenal huruf2 hijaiyah sehinggalah dia nak kawen. 

Sayangnya lepas tu dia berhenti kelas yang tak sampai lagi Iqra' 4 dan berenti juga belajar membaca al Quran. Semoga dia insaf & belajar mengenal kalam Allah sebelum terpadamnya kalimah2 suci ini.
Itu satu kes, ada banyak lagi kes. Kaum keluarga terdekat hamba Allah tadi pun dikenalpasti sekurang2nya 2 orang lelaki dewasa lagi yang tak tahu membaca al Quran. Itu keluarga Melayu islam yang sejak lahirnya islam. Dan ada juga pegangan dorang yang terpesong yang susah juga kita orang2 biasa nih nak betulkan. Adakala disebabkan gagal mempelajari al Quran? Hanya Allah yang tau. 

Apa kaitannya dengan kisah makcik pakai baju ayat2 al Quran nih? Ye la kan, sekurang2nya dorang nih takde la pakai baju dengan hiasan ayat al Quran kan? Ye betul. Tatau la nak cakap macam mana kan, aku pun bukan pandai sangat kan. Cuma doakan mereka terbuka hati untuk belajar.

Friday, July 18, 2014

Dugaan


Dugaan sepanjang bulan Ramadhan nih hebat betul. Banyak bende dah berlaku kat Malaysia nih & yang berkaitan dengan Malaysia tapi kat luar negara.

Dugaan Allah datang sepanjang masa. Sebab tu orang kata hidup ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Dok tengah-tengah pusat putaran pun dugaan jugak, pening kepala berpusing-pusing. Dan jangan ingat bila kita duduk di atas tu nikmat, itu pun dugaan juga.

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Ini adalah zikir yang aku cuba amalkan, bila susah hati, bila sedih dan juga bila gembira. Dialah yang menciptakan aku dan orang-orang disekelilingku. Dialah yang mengurniakan aku rezeki.

Kalo ikutkan aku tokleh sampai ke tahap aku sekarang nih. Keluarga pun susah, tak educated. Sepanjang hidup aku ramai jugak nak screw hidup aku, bagi aku lemah semangat, jarakkan aku dengan family aku, hasut aku, kikis duit aku, macam-macam la hal manusia nih. Kalo menurut sangat memang rosak musnah hidup aku tapi rezeki aku murah, alhamdulillah syukur.

Ada bende yang aku suka sangat, tapi tak bagus untuk aku. Ada benda yang aku benci sangat, tapi bagus untuk aku. Kalo doa aku tak dimakbulkan Allah, aku redha sebab aku tau Dia yang tentukan untuk aku dan sebaik-baik pilihan adalah dariNya.

Dengan ujian dan dugaan, Allah tengah latih kita. Kalo kita pass, insya Allah boleh pass punya ujian yang akan datang. Allah nak kita kuat, Allah nak kita maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...