Nuffnang Ads

Showing posts with label road rage. Show all posts
Showing posts with label road rage. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Keputusannya adalah...


Isu #1: Makcik korea pakai baju ayat al Quran

Nampaknya makcik nih beli kat Malaysia, katanya penjual tu orang Islam juga. Dalam satu gambo tu, aku boleh baca dengan jelas satu ayat dari surah Al Fatihah. Aku rasa semua orang Islam yang berakal tau baca surat Al Fatihah kan? So, apa masalahnya?

Aku tau ramai yang tak reti baca al Quran, ramai jugak di kalangan tu yang sengaja tak nak belajar. Yang pelik tu duduk berjam2 main game, tengok movie, boleh la pulak kan? Allah jek la yang tau. Kita doakan jek dorang nih diberikan hidayah. Untung2 johan qari pulak akan datang nanti kan.

Isu #2: Minah stereng lock

Dah jatuh hukum. Membazir jek terjerit2 ugut orang tua RM2000, ketuk2 keret orang tua tu, padahal kos repair baru berapa ratus jek.

Perkara pon dah lepas, semoga dia insaf & kita pon jangan la jadi macam dia ya.

Wednesday, July 16, 2014

Bermaaf2anlah sesama kita #cdm25

Ok la pompuan tu pon dah mintak maaf, aku baca pon kat fb kompeninya. Pakcik mangsa road bully-nya tu pon dah lama maafkan dia. Kita patut amik iktibar dari pakcik tu, cool jek. Kalo pakcik2 lain dah makan penampar la kot, ahaks ops cukup2.

Iktibar satu lagi, kemain ramai kat lokasi peristiwa berkenaan, ada video lagik tapi takde sapa pulak halang pompuan tu sakan memaki hamun pakcik & mengetuk2 kereta pakcik tersebut sesuka hati beliau. Jika ada yang menghalang pasti tak berlaku kejadian yang tak diingini. Nasik pon suda jadik bubur, bubur lambuk pulak tu di bulan yang mulia nih.

Takut2 kita pulak sedekah pahala kat pompuan tu. Kat akhirat lepas la dia nanti. Bermaaf2an la sesama kita di samping berazam untuk mencegah kemungkaran dengan tangan pulak pasni, bukan tangan tekan2 kibod macam aku nih yer, ahaks terkena diri sendiri 😂

Tuesday, July 15, 2014

Apa kete ko tu besar sangat ke?

http://www.astroawani.com/news/show/video-perempuan-mengamuk-kereta-kena-langgar-dikeji-pengguna-media-sosial-39914

Aku tak tengok video nih, tapi baca komen2 orang boleh mendidih darah kalo tengok jugak video nih. Jadi takyah tengok.

Komen aku:

1. Sila hormat orang tua tak kira apa bangsa. Dia pun ayah seseorang, atok seseorang jugak. Kang waris dia carik ko camne?

2. Bulan puasa nih banyak2 bersabar, adakah sebab akak tak posa boleh marah2 sesuka hati?

3. Kereta nih liability jek, pon hutang dengan bank baru jek start bayo. Harta dunia jek pon, takyah takbur, kalo Allah nak tarik sekelip mata jek.

4. Buat malu muslimah satu dunia.

Dah tu jek la. Semoga akak nih dapat hidayah & berbaik2 dengan pakcik nih.

Update:
Screen shot dari waris pakcik nih, nasib ko baik kak, pakcik nih tak bagi amek tindakan. Ko ingat ko road bully, samseng abes la yer? Watch out for cyber bullying.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...