Nuffnang Ads
Tuesday, July 22, 2014
Keputusannya adalah...
Wednesday, July 16, 2014
Road bully
Bermaaf2anlah sesama kita #cdm25
Ok la pompuan tu pon dah mintak maaf, aku baca pon kat fb kompeninya. Pakcik mangsa road bully-nya tu pon dah lama maafkan dia. Kita patut amik iktibar dari pakcik tu, cool jek. Kalo pakcik2 lain dah makan penampar la kot, ahaks ops cukup2.
Iktibar satu lagi, kemain ramai kat lokasi peristiwa berkenaan, ada video lagik tapi takde sapa pulak halang pompuan tu sakan memaki hamun pakcik & mengetuk2 kereta pakcik tersebut sesuka hati beliau. Jika ada yang menghalang pasti tak berlaku kejadian yang tak diingini. Nasik pon suda jadik bubur, bubur lambuk pulak tu di bulan yang mulia nih.
Takut2 kita pulak sedekah pahala kat pompuan tu. Kat akhirat lepas la dia nanti. Bermaaf2an la sesama kita di samping berazam untuk mencegah kemungkaran dengan tangan pulak pasni, bukan tangan tekan2 kibod macam aku nih yer, ahaks terkena diri sendiri 😂
Tuesday, July 15, 2014
Apa kete ko tu besar sangat ke?
http://www.astroawani.com/news/show/video-perempuan-mengamuk-kereta-kena-langgar-dikeji-pengguna-media-sosial-39914
Aku tak tengok video nih, tapi baca komen2 orang boleh mendidih darah kalo tengok jugak video nih. Jadi takyah tengok.
Komen aku:
1. Sila hormat orang tua tak kira apa bangsa. Dia pun ayah seseorang, atok seseorang jugak. Kang waris dia carik ko camne?
2. Bulan puasa nih banyak2 bersabar, adakah sebab akak tak posa boleh marah2 sesuka hati?
3. Kereta nih liability jek, pon hutang dengan bank baru jek start bayo. Harta dunia jek pon, takyah takbur, kalo Allah nak tarik sekelip mata jek.
4. Buat malu muslimah satu dunia.
Dah tu jek la. Semoga akak nih dapat hidayah & berbaik2 dengan pakcik nih.
Update:
Screen shot dari waris pakcik nih, nasib ko baik kak, pakcik nih tak bagi amek tindakan. Ko ingat ko road bully, samseng abes la yer? Watch out for cyber bullying.
