Aku pernah kenal sorang road bully, dia tak pernah ada kereta, tatau la camne kalo ada kereta sendiri. Masalahnya semua ingat tu kereta dia.
Banyak bende2 membahayakan dia buat, wpun aku drive lagi laju dari dia. Aku salah sebab langgar speed limit, dia pulak langgar kesopanan & kesusilaan di jalan raya, sama2 naik la.
Kalo dia drive nak jumpa kawan, lagi menggelupur, pernah dia tiba2 tukar lane dari kiri ke kanan & hampir berlanggar dengan teksi. Sikit tak minta maaf secara terus dengan pemandu teksi tu, cuma bisik 'sorry' jek kat diri sendiri.
Pernah juga dia naik angin dengan kereta yang memotong, dia potong kereta tu balik & main break. Beberapa hari lepas tu, aku kena buli dengan kereta yang sama. Nasib baik tak teruk, cuma kena sondol kat lampu merah.
Tak bagi orang potong dalam jem pun biasa, pernah kereta baru aku bergesel dengan kereta lain sebab dia tak nak mengalah.
Masa dia naik motor banyak kali sepak kereta orang, sekali hulur kaki nak sepak motor orang kat simpang tapi tak kena sebab penunggang motor tu gelak2 & elak. Menyelitkan celah2 kereta orang sampai kaki aku terperosok celah tayar kereta pun pernah, pelik camne bole jadi gitu. Kaki aku yang pengkar kot.
Kalo kat highway, bila dia dah masuk lane kanan, memang dia akan ikut speed limit & tak bagi langsung orang potong. Dia takkan ubah lane wpun kena high beam & hon. Aku takut kereta jadi sasaran bila aku drive nanti.
Antara sebab aku tak pernah miss baca doa tiap kali naik kereta adalah sebab dia la. Panas baran dia tersembunyi. Kalo berlaku eksiden aku tak rasa dia akan hempuk orang. Cuma aku risau tabiat pemanduan dia membahayakan penumpang & kenderaan lain jek.
Wpun berlagak pandai bawak kete banding aku, tapi aku lagi terer parking dari dia. Sux sangat sampai senget2 & tayar pijak line.
Allah masih sayangkan kami, setakat nih takde kes teruk2. Semoga dia tak baran lagi atas jalan raya, tatau la kalo Allah nak temukan buku dengan ruas kan, asalkan jangan kereta aku.
No comments:
Post a Comment