Nuffnang Ads

Saturday, July 26, 2014

Balik kampung


Alhamdulillah, sampai juga ke kampung.

Subhanallah, perjalanan sangat baik, terbaik dari perjalanan2 sebelum ini.

Aku anggar sampai rumah dalam jam 1pm, waktu standard la. Lewat sikit pon sampai, jam 1.30pm wpun jammed di 2 kawasan, berenti rehat 2x dengan total masa lebih sejam.
Mysarah pun happy dalam perjalanan, dia tido 2 kali, makan minum pun ok jek. Macam biasa tablet dia main, tapi tak sempat pun habis bateri.

Sampai rumah Bonda, aku angkat barang dari kereta siap2, sempat tido kejap sebab letih aku pun terlajak tak sahur. Sekarang aku rasa aku segar la pulak, haha. Penangan 4 bijik kalsium sehari sejak beberapa hari lepas, alhamdulillah.

Aku selalu doa minta masa yang panjang, subuh tadi doa supaya cepat sampai ke JB dengan selamat. Alhamdulillah perjalanan tak sikit pun terasa lama. Betul sungguh seronok perjalanan tadi, pemandu2 lain pun berhemah. Ada beberapa kali aku terover tekan pedal, wpun lebih dari spending kebiasaan aku, kereta rasa ringan jek. Harap2 tak sampai la surat saman, uhuk.

Letih pun kejap jek, lepas tido aku terus bertenaga, ajak Comel pergi bank & pasar ramadhan kejap.
Lepas buka konon nak membuta, mentang2 la boleh solat jamak kan. Sekali seronok pulak dok setup Samsung Galaxy S4 untuk Bonda sambil melayan Comel tengok Upin & Ipin. Bonda sekarang dah ada sim kad baru, aku langgan data untuk dia supaya boleh watsap, facebook & mms dengan keluarga. Suka betul Bonda tadi, alhamdulillah.

Esok nak siapkan baju raya comel. Singgah pasar kejap sebab Abah kata nak pasang pelita, seronok pulak rasa. Dia nak pasang untuk cucu dia tu la, budak yang melayan dia sembang sepanjang petang tadi, hehe.
Alhamdulillah, syukur. Betul kata para ulama, doa saja minta dari Allah, kerana Allah mampu untuk makbulkan doa kita, toksah fikir kita layak atau tak layak. Namun, andai kata doa kita tak dimakbulkan, sesungguhnya ketentuanNya adalah lebih baik dari cita2 kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...