Nuffnang Ads

Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Mummy tido, Comel main game

Dialog semalam lepas Comel tanya bila nak pegi Mummy's house aka balik rumah sendiri.

Mummy: Besok kita balik, tapi kita kena tido dulu la sebab esok kan Mummy nak kena drive, nanti Mummy ngantok.
Comel: Ooo... Mummy tido (dulu), (sampai rumah nanti) Comel nak main game. Ada robot, ada small robot, ada asobi.

Ha'ah, ingat game dia jek...

Tuesday, February 17, 2015

Pop pop!

Anak obses dengan mercun pop pop. Bertabahlah, layankan jek la.

Nih pon da abes 3 kotak, dia nak main lagi. Aku kata simpan la, nanti nak main kat rumah Nenek. Terus semangat, siap cakap nak main dengan Atok jugak. Lepas tu nak call Nenek la pulak, haha. Dah lewat, nak oi. Esok jek la.

Rindu sangat kat Nenek Atok dia tu. Hari2 sebut Nenek green house, lagi2 kalo aki drive lama sikit dari biasa. Dia ingat travel balik kampung la tu. Hai la, anak.

Wednesday, August 6, 2014

Duit raya

Masa zaman budak2 dulu nak dapat duit raya terkumpul RM100 pon payah, sekarang anak senang2 dapat 4-5 kali ganda. Alhamdulillah rezeki anak.

Duit raya nak bagi orang
Duit raya yang orang bagi anak aku

Monday, July 28, 2014

28th July 2014 the double celebration


Nampak kereta yang berderet2 belakang kereta saya tu, tu sebahagian dari kereta2 kaum keluarga saya la tu, kitorang nak gi konvoi raya pertama. Semoga tahun depan dapat beraya dengan dorang lagi, amiin.

Beraya kat JB memang meriah, sebab kitorang jenjalan rumah saudara mara. Selalunya 4 hari pertama mesti ada program.


Duit raya Mysarah memang banyak la dapat, sampul banyak, isi pon banyak. Sapa kata baby tak dapat banyak duit raya. Kira boleh cover la duit minyak & tol kl-jb-kl la & ada lebih lagi, alhamdulillah.

Wpun gitu, hari raya adalah hari kemenangan & menziarah sanak saudara, sahabat handai. Duit raya tu satu sedekah & rezeki, kan Allah juga datangkan rezeki yang tak disangka2.


Apa2 pun masing2 ada cara sambutan yang tersendiri. Masing2 pun seronok juga kan.

Cakap pasal sambutan, kebetulan pulak hari nih hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-35. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah, bermula dari usaha ramadhan, persediaan raya, perjalanan kl-jb & juga beraya hari pertama.

The keys are always believe in Allah & don't expect too much of everything. Kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Salam lebaran dari Nabyha sekeluarga.

Saturday, July 26, 2014

Balik kampung


Alhamdulillah, sampai juga ke kampung.

Subhanallah, perjalanan sangat baik, terbaik dari perjalanan2 sebelum ini.

Aku anggar sampai rumah dalam jam 1pm, waktu standard la. Lewat sikit pon sampai, jam 1.30pm wpun jammed di 2 kawasan, berenti rehat 2x dengan total masa lebih sejam.
Mysarah pun happy dalam perjalanan, dia tido 2 kali, makan minum pun ok jek. Macam biasa tablet dia main, tapi tak sempat pun habis bateri.

Sampai rumah Bonda, aku angkat barang dari kereta siap2, sempat tido kejap sebab letih aku pun terlajak tak sahur. Sekarang aku rasa aku segar la pulak, haha. Penangan 4 bijik kalsium sehari sejak beberapa hari lepas, alhamdulillah.

Aku selalu doa minta masa yang panjang, subuh tadi doa supaya cepat sampai ke JB dengan selamat. Alhamdulillah perjalanan tak sikit pun terasa lama. Betul sungguh seronok perjalanan tadi, pemandu2 lain pun berhemah. Ada beberapa kali aku terover tekan pedal, wpun lebih dari spending kebiasaan aku, kereta rasa ringan jek. Harap2 tak sampai la surat saman, uhuk.

Letih pun kejap jek, lepas tido aku terus bertenaga, ajak Comel pergi bank & pasar ramadhan kejap.
Lepas buka konon nak membuta, mentang2 la boleh solat jamak kan. Sekali seronok pulak dok setup Samsung Galaxy S4 untuk Bonda sambil melayan Comel tengok Upin & Ipin. Bonda sekarang dah ada sim kad baru, aku langgan data untuk dia supaya boleh watsap, facebook & mms dengan keluarga. Suka betul Bonda tadi, alhamdulillah.

Esok nak siapkan baju raya comel. Singgah pasar kejap sebab Abah kata nak pasang pelita, seronok pulak rasa. Dia nak pasang untuk cucu dia tu la, budak yang melayan dia sembang sepanjang petang tadi, hehe.
Alhamdulillah, syukur. Betul kata para ulama, doa saja minta dari Allah, kerana Allah mampu untuk makbulkan doa kita, toksah fikir kita layak atau tak layak. Namun, andai kata doa kita tak dimakbulkan, sesungguhnya ketentuanNya adalah lebih baik dari cita2 kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...