Nuffnang Ads

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

Happy Birthday My Little Comel

Huhu, ada la goodies bag masa Comel 1yo, adoi la lupa... Nasib baik ada fb memory share nih, kalo x lupa abes.

Kalo ikutkan bajet untuk buat 1 beg nih murah jek, tahun nih punya ada dalam 10 item per bag dengan kos tak sampai rm4, sebab beli barang2 kat kedai borong. Mak aku pon kata kat kedai borong nih murah.

Aku beli kat Joe Meng Taman Melawati. Situ semua ada kalo ko tak cerewet. Borong jek jajan, mainan & bende alah party dalam satu kedai, plastik bungkus pon ada.

Kalo dulu ikut bapaknya gi area pudu, dah la kene gi awal pagi sebab nak parking, sekali ada dekat kat rumah da, haha sengal jugak la. Satu lagi kedai borong kat Setapak, namanya Fantasy Jungle Food, tapi mainan kurang, nak borong jajan ok la.

Cuma kedai borong jajan  konsepnya borong kan, ko beli la satu bungkus beso macam kedai runcit tu, dalam ada 40 bungkus gitu ikut produk. Pastu aisle dia sempit ya amat, jadi takyah bawak anak beranak tok nenek semua pegi kedai tu. Yang bagusnya kedai2 gini, lepas bayo pekerja dia akan tolong angkat barang bawak masuk kereta. Jadi tak risau la kalo park jauh sket.

Btw, saya tak amik upah goodies bag, buat setahun sekali pon dah terkial2. Tahun lepas ofis ada tempah, tapi bawak ofis la gotong-royong pek bende alah nih, kalo camtu boleh la kot, hehe...

Sunday, November 9, 2014

Happy birthday my love

Haha, jadik la chocolate ice cream cake. Nanti kita cuti2 kat tempat yang paling Comel minat, with beach, sand & swimming pool, insyaa Allah.

3 tahun lepas, Mummy dah kat dalam labour room masa nih. It was a pleasure squeezing you out, haha.

Happy 3rd birthday, dear.

And happy birthday to my dear Noor too. May Allah bless you, dear.

Ernie the Eye Monster by Sam Llyod.
One of the many books for the birthday girl. We spent almost an hour laughing & giggling with the book.

Comel faham cerita & dapat respon dengan sangat baik, so proud of you. She loves the little yellow monster.

Let's Go To Work.
She loves the second book too, Mummy so happy.

More books to come, dear.

Sunday, July 27, 2014

Happy birthday to me


Ahaks, hari nih bday saya yang ke 35, tapi awal tahun lagi dah declare 35 pon. Mungkin lepas nih cepat2 declare 36 kot, ahaks.

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan ke dunia ini, ada banyak tanggungjawab yang aku kena selesaikan.

Kedua, alhamdulillah terima kasih kepada Bonda kerana melahirkan, menjaga & mendidik aku sampai dah tua ganyut nih. You will always be the #1 in my heart, kategori manusia la, ahaks.

Banyak benda nak berterima kasih, panjang berjela kalo nak tulis nih. Pendek kata aku bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & tak disangka2. Janji Allah itu benar. Rezeki anak, kesihatan, kegembiraan, duit, kerjaya, macam2 lagi la. Sampaikan aku rajin doa minta panjang masa sebab tak sempat nak indulge in these beautiful nikmat.

I did everything almost the wrong way, I've corrected a few & still correcting more. Dalam pada tu rezeki kurnianNya melimpah2 macam tak setanding pula dengan usaha aku, Allahuakbar, Allah maha kaya.
Cuma nak share la, something that made a big impacted in my life. Maaf ya bukan nak menunjukkan, but if you feel that way, I think you should rethink & redo things in your life. It took me decades, maybe you can do it faster.

Istiqomah, buat sesuatu yang kecik tapi berterusan. Solat dhuha, baca al Quran wpun satu ayat satu hari, sedekah wpun RM1 seminggu & jangan putus bagi duit kat mak ayah. To name a few la, terpulang pada masing2.

Insyaa Allah, Allah permudahkan hidup kita. Macam jalan kat lorong sempit & gelap, tiba2 menjelma cahaya, lepas jumpa padang luas yang cantik penuh bunga. That's the best description, ye betul. Lepas tu kalo jumpa balik lorong sempit & gelap, kita dah rasa steady sikit kan.

Dan adakala kita jadi kurang daya kan, it's ok, pick up the next day. Lama2 period tak daya tu akan bertangguh lebih lama lagi.

Well then, that's it for now, I wish the best for everybody & take care.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...