Nuffnang Ads

Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Pemusnah mainan

Mummy marah sebab Mysarah koyakkan kipas mainan yang beli kat kedai coklat JPO aritu.

Selepas beberapa ketika, Mummy pun dah tak marah lagi sebab nak keluar beli barang kan.

Mysarah: Mummy happy?
Mummy: Yes, Mummy happy 😊.
Mysarah: Sayang Mummy.
Mummy: Sayang Mysarah jugak. Itu la koyak2 mainan lagi. Mummy sayang Mysarah tau.
Mysarah: I'm sorry, Mummy 😓
Mummy: It's ok, Sayang 😚

Tapi tau pun, lepas nih kang datang balik mode pemusnah mainan tu 😅

Sunday, July 27, 2014

Happy birthday to me


Ahaks, hari nih bday saya yang ke 35, tapi awal tahun lagi dah declare 35 pon. Mungkin lepas nih cepat2 declare 36 kot, ahaks.

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan ke dunia ini, ada banyak tanggungjawab yang aku kena selesaikan.

Kedua, alhamdulillah terima kasih kepada Bonda kerana melahirkan, menjaga & mendidik aku sampai dah tua ganyut nih. You will always be the #1 in my heart, kategori manusia la, ahaks.

Banyak benda nak berterima kasih, panjang berjela kalo nak tulis nih. Pendek kata aku bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & tak disangka2. Janji Allah itu benar. Rezeki anak, kesihatan, kegembiraan, duit, kerjaya, macam2 lagi la. Sampaikan aku rajin doa minta panjang masa sebab tak sempat nak indulge in these beautiful nikmat.

I did everything almost the wrong way, I've corrected a few & still correcting more. Dalam pada tu rezeki kurnianNya melimpah2 macam tak setanding pula dengan usaha aku, Allahuakbar, Allah maha kaya.
Cuma nak share la, something that made a big impacted in my life. Maaf ya bukan nak menunjukkan, but if you feel that way, I think you should rethink & redo things in your life. It took me decades, maybe you can do it faster.

Istiqomah, buat sesuatu yang kecik tapi berterusan. Solat dhuha, baca al Quran wpun satu ayat satu hari, sedekah wpun RM1 seminggu & jangan putus bagi duit kat mak ayah. To name a few la, terpulang pada masing2.

Insyaa Allah, Allah permudahkan hidup kita. Macam jalan kat lorong sempit & gelap, tiba2 menjelma cahaya, lepas jumpa padang luas yang cantik penuh bunga. That's the best description, ye betul. Lepas tu kalo jumpa balik lorong sempit & gelap, kita dah rasa steady sikit kan.

Dan adakala kita jadi kurang daya kan, it's ok, pick up the next day. Lama2 period tak daya tu akan bertangguh lebih lama lagi.

Well then, that's it for now, I wish the best for everybody & take care.

Saturday, July 19, 2014

Siasat dulu


Korang nih esek nak marah jek, cuba la selidik dulu kan. Kalo makcik nih tau, takkan dia nak pakai baju tu kat negara Malaysia nih. 

Seeloknya tegur la elok2 kan, mana la tau tersentuh hati makcik tu & dapat hidayah, masuk islam pulak. 

Kita yang islam sejak lahir nih pun ada yang tak rajin sentuh (baca) al Quran. Aku pun takde la mahir sangat membacanya, masih lagi belajar. Jangan terkejut ada di antara kaum keluarga & sahabat handai yang tak tahu membaca al Quran. 

Aku ada kenal sorang hamba Allah nih. Dengar khabar dia dah berubah jadi baik, alhamdulillah kalo begitu. Kisah dia dengan al Quran, masa dia kecik dulu dia melawan guru al Quran dia, sejak tu dia tak pernah belajar membaca al Quran & memang tak kenal huruf2 hijaiyah sehinggalah dia nak kawen. 

Sayangnya lepas tu dia berhenti kelas yang tak sampai lagi Iqra' 4 dan berenti juga belajar membaca al Quran. Semoga dia insaf & belajar mengenal kalam Allah sebelum terpadamnya kalimah2 suci ini.
Itu satu kes, ada banyak lagi kes. Kaum keluarga terdekat hamba Allah tadi pun dikenalpasti sekurang2nya 2 orang lelaki dewasa lagi yang tak tahu membaca al Quran. Itu keluarga Melayu islam yang sejak lahirnya islam. Dan ada juga pegangan dorang yang terpesong yang susah juga kita orang2 biasa nih nak betulkan. Adakala disebabkan gagal mempelajari al Quran? Hanya Allah yang tau. 

Apa kaitannya dengan kisah makcik pakai baju ayat2 al Quran nih? Ye la kan, sekurang2nya dorang nih takde la pakai baju dengan hiasan ayat al Quran kan? Ye betul. Tatau la nak cakap macam mana kan, aku pun bukan pandai sangat kan. Cuma doakan mereka terbuka hati untuk belajar.

Bersabarlah dalam menerima musibah

MH17 : Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al…: http://youtu.be/U-KpoFoCyJo

Friday, July 18, 2014

Dugaan


Dugaan sepanjang bulan Ramadhan nih hebat betul. Banyak bende dah berlaku kat Malaysia nih & yang berkaitan dengan Malaysia tapi kat luar negara.

Dugaan Allah datang sepanjang masa. Sebab tu orang kata hidup ibarat roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Dok tengah-tengah pusat putaran pun dugaan jugak, pening kepala berpusing-pusing. Dan jangan ingat bila kita duduk di atas tu nikmat, itu pun dugaan juga.

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"

Ini adalah zikir yang aku cuba amalkan, bila susah hati, bila sedih dan juga bila gembira. Dialah yang menciptakan aku dan orang-orang disekelilingku. Dialah yang mengurniakan aku rezeki.

Kalo ikutkan aku tokleh sampai ke tahap aku sekarang nih. Keluarga pun susah, tak educated. Sepanjang hidup aku ramai jugak nak screw hidup aku, bagi aku lemah semangat, jarakkan aku dengan family aku, hasut aku, kikis duit aku, macam-macam la hal manusia nih. Kalo menurut sangat memang rosak musnah hidup aku tapi rezeki aku murah, alhamdulillah syukur.

Ada bende yang aku suka sangat, tapi tak bagus untuk aku. Ada benda yang aku benci sangat, tapi bagus untuk aku. Kalo doa aku tak dimakbulkan Allah, aku redha sebab aku tau Dia yang tentukan untuk aku dan sebaik-baik pilihan adalah dariNya.

Dengan ujian dan dugaan, Allah tengah latih kita. Kalo kita pass, insya Allah boleh pass punya ujian yang akan datang. Allah nak kita kuat, Allah nak kita maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...