Nuffnang Ads

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

Beli baju raya anak dulu

Done shopping baju raya anak 💪😅

Anak kata nak baju biru ala Diva Plavalaguna (5th Element), jadik mak mengikut jek la, kang ada yang majuk takmo raya. Tapi biru tu takde la macam kaler biru macam Diva Plavalaguna tu, dia pilih tadi baby blue & mak takde lagi baju kaler baby blue, kena la mak pegi beli baju baru pasnie, kui kui.

Tahun nih beli awal sket, tahun lepas beli lambat sket, saiz dia dah tak banyak dah. Tadi pon dah tak banyak saiz si Motet nih, kalo lagi lambat takut takde saiz & pilihan pon limited la kan. Gitu la kesahnya.

Owh lupa... Alhamdulillah... Dah selesai membeli baju raya anak pada tahun ini. Stay positif in the shopping complex 😅

Monday, July 28, 2014

28th July 2014 the double celebration


Nampak kereta yang berderet2 belakang kereta saya tu, tu sebahagian dari kereta2 kaum keluarga saya la tu, kitorang nak gi konvoi raya pertama. Semoga tahun depan dapat beraya dengan dorang lagi, amiin.

Beraya kat JB memang meriah, sebab kitorang jenjalan rumah saudara mara. Selalunya 4 hari pertama mesti ada program.


Duit raya Mysarah memang banyak la dapat, sampul banyak, isi pon banyak. Sapa kata baby tak dapat banyak duit raya. Kira boleh cover la duit minyak & tol kl-jb-kl la & ada lebih lagi, alhamdulillah.

Wpun gitu, hari raya adalah hari kemenangan & menziarah sanak saudara, sahabat handai. Duit raya tu satu sedekah & rezeki, kan Allah juga datangkan rezeki yang tak disangka2.


Apa2 pun masing2 ada cara sambutan yang tersendiri. Masing2 pun seronok juga kan.

Cakap pasal sambutan, kebetulan pulak hari nih hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-35. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah, bermula dari usaha ramadhan, persediaan raya, perjalanan kl-jb & juga beraya hari pertama.

The keys are always believe in Allah & don't expect too much of everything. Kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Salam lebaran dari Nabyha sekeluarga.

Sunday, July 27, 2014

Baju raya Comel

Alhamdulillah, siap dah.

Happy birthday to me


Ahaks, hari nih bday saya yang ke 35, tapi awal tahun lagi dah declare 35 pon. Mungkin lepas nih cepat2 declare 36 kot, ahaks.

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan ke dunia ini, ada banyak tanggungjawab yang aku kena selesaikan.

Kedua, alhamdulillah terima kasih kepada Bonda kerana melahirkan, menjaga & mendidik aku sampai dah tua ganyut nih. You will always be the #1 in my heart, kategori manusia la, ahaks.

Banyak benda nak berterima kasih, panjang berjela kalo nak tulis nih. Pendek kata aku bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah & tak disangka2. Janji Allah itu benar. Rezeki anak, kesihatan, kegembiraan, duit, kerjaya, macam2 lagi la. Sampaikan aku rajin doa minta panjang masa sebab tak sempat nak indulge in these beautiful nikmat.

I did everything almost the wrong way, I've corrected a few & still correcting more. Dalam pada tu rezeki kurnianNya melimpah2 macam tak setanding pula dengan usaha aku, Allahuakbar, Allah maha kaya.
Cuma nak share la, something that made a big impacted in my life. Maaf ya bukan nak menunjukkan, but if you feel that way, I think you should rethink & redo things in your life. It took me decades, maybe you can do it faster.

Istiqomah, buat sesuatu yang kecik tapi berterusan. Solat dhuha, baca al Quran wpun satu ayat satu hari, sedekah wpun RM1 seminggu & jangan putus bagi duit kat mak ayah. To name a few la, terpulang pada masing2.

Insyaa Allah, Allah permudahkan hidup kita. Macam jalan kat lorong sempit & gelap, tiba2 menjelma cahaya, lepas jumpa padang luas yang cantik penuh bunga. That's the best description, ye betul. Lepas tu kalo jumpa balik lorong sempit & gelap, kita dah rasa steady sikit kan.

Dan adakala kita jadi kurang daya kan, it's ok, pick up the next day. Lama2 period tak daya tu akan bertangguh lebih lama lagi.

Well then, that's it for now, I wish the best for everybody & take care.

Tuesday, July 15, 2014

Persiapan raya vs ramadhan

Sibuk sekarang orang buat persiapan raya. Lagi nak dekat raya, lagi la sibuk.

Kalo anak 3 orang ke atas elok shopping awal supaya dapat saiz baju yang elok, paling sesuai jalan tar, tapi situ sesak ya amat. Pada aku Aeon pun ok. Kedua budak pakai baju 1-2 saiz lebih besar sebab nak bagi pakai lama & nak sedondon punya pasal.

Kali nak extra jimat, tunggu Aeon sale lepas raya, 50% 70% diskaun, beli jek in advance untuk raya tahun depan. Fesyen belakang kira, janji bajet.

Para bapak pon pening dengan persiapan raya nih, banyak duit nak pakai. Sama naik dengan persiapan sekolah, nasib baik tak serentak.

Dalam bulan ramadhan nih persiapan rohani sepatutnya didahulukan. Tapi sebab orang kita nih raikan raya lebih dari puasa tu sendiri, dah jadi amalan turun temurun.

Dah jadi kebanggaan pulak rumah dia penuh lauk pauk kuih raya, sedangkan kunjung mengunjung lebih baik. Jadi raya tu dah jadi sesi membesarkan perut, total opposite dari sehari sebelumnya.

Family aku pun sejak dah takde tok nenek, kitorang masak jek ala kadar, yang menjadi kepelikan keluarga2 typical yang lain. Tapi kitorang pentingnya bermaafan pagi raya, sedekah duit raya & beraya rumah sedara mara seharian sampai la malam tu. Cuti raya tu memang penuh la aktiviti beraya sana sini.

Sebabnya kan, aku ada jumpa keluarga yang masak sakan tapi lepas tu dok lepak rumah jek. Orang pun tak berapa nak datang beraya, dorang pun tak berapa nak beraya rumah orang. Ada pulak keluar bercuti. Bukan takde sedara mara, tatau la. Mungkin tu je kot masa dorang gi vacation, tengah2 hangat hari raya.

Mungkin jugak dorang nih lebihkan persiapan & amalan ramadhan berbanding raya, ye betul jugak tu, hehehe. Keluarga masing2, amalan masing2 kan. Apa2 pun amalan kita, semoga diperbaiki saban tahun. Semoga mendapat keberkatan dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...