Nuffnang Ads

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

Shopping di AEON

Aku paling suka tengok iklan raya, yang epic macam Petronas, maxis pon besh. Latest nih Aeon, comel jek Nek Wan nih, teringat mak aku, huhu...

Cakap pasal Aeon nih, aku memang tiap2 tahun shopping raya kat AEON sejak 2009. Kalo sebelum tu aku pegi Jusco Wangsa Maju, tapi tak la sekerap kat AU2 nih, lagipun AU2 lagi besh, macam2 ada. Sebab dekat dengan rumah, jalan rumah-ofis mesti lalu Jusco AU2, tu yang sebelum balik rumah singgah dulu berjalan.

Bila dah pindah rumah pon Aeon AU2 jadik tempat shopping lepas keje, bawak baby pon takde masalah sebab tempat dia selesa untuk bawak baby. Parking luas untuk sorong stroller, ada baby room untuk breastfeed & tukar lampin anak. Pak guard pon bagus, nampak kita bawak banyak barang & dengan stroller baby cepat jek datang tolong punggah barang masuk boot kereta.

Hari Sabtu ada pasar malam, park dalam Aeon & pegi pasar malam, parking pon murah pastu convenient untuk anak kecik kang nak singgah toilet ke, baby room ke.

Kalo dulu beli baju anak kat JBaby, sekarang dah beso sikit beli kat JKids pulak. Memang cantik2, banyak pilihan cuma kena pegi awal la kang susah nak dapat saiz pulak sebab laku.

Anak aku pon pandai dah, tengok building nih dari tepi jalan pon dah suka. Tempat fav dia Sushi King, Kidzoona, pets section Jusco & TGV, eksaited kalah maknya.

#ceriaaidilfitriaeon

Friday, July 10, 2015

Shopping Raya

Panas betul arini, habis dah separuh jug air, huhu. Tadi lunch break, aku sempat singgah Jln TAR, nak beli baju & tudung untuk raya pertama, untuk aku & Bonda. Motet nyer baju beli dah, kasut pun dah ada. Cuma baju rugged (read:non traditional attire) jek blom lagi.

Wpun aku keluar kul 12pm dr TH Selborn, payah jugak nak carik parking kete. Pusing balik, kendian park kat Maju Junction. Owh Parkson kat situ dah bukak, sempat gak tengok2 handbag situ, tapi takde yang berkenan la. Aku ada berkenan kat satu beg nih, tapi kena beli online la. Tapi tu la, selagi x pegang, x puas hati la.

So tadi dapat gak baju, beli murah2 dah kat 1st Lady tadi. Susah nak betul nak kasik match warna dengan baju Si Motet nih, macam reddish purple gitu. Baju neneknya size beso kan, amik jek la mana kaler yang dekat2.

Pastu carik tudung pulak, ok dapat dah kaler yang padan. Pastu balik dah, leh tahan terik jugak tadi. Orang ramai jugak, tapi tak sesesak hari minggu, sebab orang dah nak balik ofis kan.

Baju lama aku pon ada yang baru pakai sekali dua jek, ada lagi bbrp pasang beli tak pakai2 lagi, kita pakai jek hak tu tahun nih, haha. Aku & gepren2 bersependapat nak beli baju2 yang office friendly jek tahun nih. Sekarang rules dah ketat sikit, pendek kata baju kenduri tokleh bawak keje. Tapi aku hantam jek batik sutera yang merelit2 tu. Pastu jubah pon bleh pakai hari Jumaat jek sekarang nih & warna gelap. Takde pekdah nak beli jubah banyak2 wpun sekarang design cantik2.

Kasut & handbag pakai jek la hak lama kot, end up aku pakai selipar jugak kang senang nak dukung anak, haha 😅

Tambah pulak gaji bulan nih masuk semalam kan, berpada2 la belanja, beli yang perlu, jangan amik yang berkehendak. Selamat berpuasa & selamat berbuka 😙

Wednesday, October 1, 2014

Happy birthday Najmee & bersesak di sale 28th

Happy birthday my dear Najmee, grow big, strong & soleh. We had so much fun today. 

Then we head up to the the place where they give 5% discount today. We hauled 4 boxes of lego because 25% extra discounts for toys, haha. 

Great weekend, alhamdulillah, we hope it won't stop.

Kain potong

Lama giller tak beli kain potong untuk buat baju kurung. Beli sekali jubah hitam. Total damage RM300. 

Upah jahit baju foc, ikhlas kasih sayang dari Bonda, ahaha XD
 

Sunday, September 7, 2014

Mainan anak murah #2 dan yang tak berapa nak murah juga

Pagi tadi dengan berkobar2nya aku siap awal nak pergi Toys R Us sale kat The Summit Subang. Pergi awal sebab takmo redah jem, nak dapat parking & takmo bersesak2 dengan orang ramai. Aku siap bawak bekal nugget ayam & epal, habit aku sejak dulu lagi memang suka bawak bekal makan, boleh la alas perut dalam kereta. Comel pulak siap sambung tido lagi.

Ini first time aku pergi The Summit. Punya la banyak tol lalu DUKE & NKVE, alhamdulillah perjalanan lancar, kereta pun tak banyak. Sempat lagi isi minyak sebab takut jem teruk ke kan nak balik nanti. Parking pun depan2 The Summit tu, kena RM10 ko hoho amekaw.

Sale tu amat mengecewakan, nampak gaya dorang memang tak restock barang. Memang tak ramai orang pagi2 tu, kedai pun tak bukak lagi. Asalnya aku target lego, duplo, vtec, fisher price ke. Banyak barang dah abes, lego pun tak besh langsung atau aku yang tak minat. Yang banyak & tersusun elok pun minions yang beratus2 rege dia, mak aih.

Sebab dah bayo tol & parking yang agak boleh tahan, aku ajak gak la Comel jalan2 situ. Sebab awal sangat & tak banyak kedai yang dah bukak, aku ajak Comel lunch kat Sushi King. Budak nih memang geng la dengan Mummy, memang peminat Sushi King & sungguh2 tu makan nasi pakai chopstick, jadik la wpun pakai dua tangan kan, haha. Mummy so proud of you, baru berjaya makan pakai chopstick pon, kalo grad tadika nanti camne la maknya...

Lepas makan, kitorang round2 la The Summit, masuk kedai Point B! kene pau stuffed cat RM29.90. Beriya pujuk Mummy sampai saleswoman kat situ sembang dengan aku sebab dia kata comel pulak tengok Comel pujuk aku nak beli patung kucing tu. Aku tau Comel memang peminat kucing, aku pun, tapi apa kan daya kami allergik dengan kucing.

Pastu masuk Popular, kene pau Animals flash card RM19.90. Sebelah tu pulak Mr DIY, masuk jugak, kene pau jigsaw puzzle bentuk lembu RM6.90 & loceng beskal RM1.50. Aku pun beli l3go nuclear submarine RM19.90.


Aku sebenarnya memang suka beli mainan untuk anak, terutama jenis puzzle nih. Kat MR DIY la tempat tumpuan aku, mainan dia murah2 & selalunya tak restock, jadik rajin2 la singgah tengok2 kalo ada mainan baru. Sebab rumah pun dekat dengan Aeon, aku rajin la menyinggah situ.

Contoh macam wooden puzzle bawah nih, yang zirafah tu lama dah beli, tahun lepas kot. Yang nih takde dah, kalo ada pun dia restock yang takde papan alas tu, ha kan special gitu ada alas dia. Yang nombor2 & 4 segi 3segi tu baru jek bulan lepas gitu. Yang lembu tu Comel amik tadi. Difficulty level macam payah la untuk budak bawah 3 tahun, tapi kita guide la dia selagi dia berminat kan. Tadi pun sebab lembu tu brand new, semangat la dia nak pasang. Aku tunjuk piece nih boh kat mana, sebut la huruf2 ABC tu, warna block tu. Owh, yang jigsaw puzzle nih ada dua belah, satu print A-Z, belah satu lagi 1-26. Warna warni boleh budak2 kenal warna kan. Yang puzzle nombor2 0-9 tu pun Comel semangat nak main dah katanya baru kan. Alhamdulillah, selain bentuk & warna, dia pun dah kenal nombor, cuma nombor 0 jek dia tak berapa kenal sebab jarang guna kan, ada pun 10 jek la kan.

Wooden puzzles
Flash card nih pulak ada 15 keping, double sided so ada 30 gambar. Comel pilih tema Animals, maknya ngikut jek la. Macam biasa mainan baru mesti semangat kan & Comel dapat mengenalpasti semua binatang2 tersebut kecuali 3 jek: snail, goat (yang selalu tertukar dengan sheep) & lizard. Pasnie Mummy kene kurang2 sikit membasmi cicak supaya anak lebih kenal erti cicak.


Flash card nih pun bukan sebarang flash card, boleh pull apart & reveals a text inside. Ada yang isinya pasal bunyi binatang, ada pasal perbuatan, contohnya kanggaroo hops, gitu la basic2 jek untuk budak2 kan.

Bukan flash card biasa
Comel pulak nampaknya minat sangat dengan duckling nih, katanya Ming Ming, wonderpets la tu. Nampak kan association yang budak2 buat nih? Jadi jangan sangka dorang tengok tv tu takde faedah, cuma kena pandai2 pilih rancangan la yer.

So pasal sale tu memang aku tak beli apa2 la, lain pulak yang dibeli. Akhir kata juga, sblom balik kene pau Chatime signature pearl milk tea, ala maknya pon share sekali. Itu pun sikit tumpah sebab co-pilot naik2 kete jek tertido.

Sale Toys R Us katanya tak berapa besh kalo dibandingkan dengan Mattel warehouse sale, tu banyak kali dah aku miss. Tapi saje je kan nak merasa, haha merasa sangat ko, tak pegi lagi dah pasnie kot, haha...

Tuesday, August 12, 2014

Mainan anak murah

Sejak Mr DIY bukak kat Aeon Au2, aku jadik pengunjung setia sebab mainan kat situ boleh tahan murah2.
Banyak jugak mainan Comel aku beli last situ & dorang takkan restock kalo dah habis. Jadik aku rajin singgah sana & kali ada mainan yang menarik jek, mesti aku beli.

Tadi pun aku singgah sana dengan Comel & beli bende alah nih. Memang aku & Comel berkenan sangat dengan bende nih, kat Ikea & baby expo ada jual tapi mahal. Yang nih murah RM22.90 jek & size dia kecik sikit dari biasa.


Dulu pun aku ada beli Lego imitation untuk anak tiri, model trak bomba saiz sederhana besar, tengok quality dia boleh tahan jugak. Sekarang dah lama takde dah, kan dia takkan restock. Tapi ada set2 lain, tapi brand lain. Aku suspek kilang yang sama cuma brand jek lain2.

Aku berkenan battle ship, baca review pun nampak macam boleh tahan jek, cuma parts yang panjang tu katanya susah sikit nak bagi rapat. Tengok la macam mana, ada rezeki tu ada la. Owh, harga dia RM75.

Thursday, August 7, 2014

Baju murah untuk anak


Tahun lepas aku perasan yang Aeon akan buat sale baju2 yang tak laku dijual untuk raya. Aku beli beberapa pasang baju untuk Comel & dapat sepasang baju kurung dengan diskaun 70%. Ramai orang puji baju tu, alhamdulillah.

So tahun ni aku buat bende yang sama. Aku shopping siap2 baju Comel yang satu saiz besar, mana yang ada la, untuk kegunaan tahun depan.

Dapat la sepasang baju kurung, tapi tak dapat saiz 4 tahun. Warna hijau pucuk pisang, kain plain. Aku plan nak jahit manik biar berseri sikit untuk raya. Kemungkinan tahun depan tema kita hijau la yer.
Tengok la harga dia, kalo dapat diskaun 70% memang aku suka la, jadik la buat tambah2 baju kan. So aku dapat 5 dresses, 1 blouse, 1 baju kurung & 1 romper untuk Baby Luth. 8 pasang RM114.15, purata RM14.27 sepasang, murah la tu kan?


Lagipun aku memang rajin pergi Aeon, dah dekat dengan rumah kan. So kalo ada sale tu jarang2 la terlepas. Aku memang kejar baju2 murah untuk Comel. Budak2 kan cepat membesar meninggi, baju pun senang kotor, nak beli yang new season memang tak larat la kan.

Selain tu aku beli baju Comel kat kids expo & Aeon Big terutama 28hb. Aeon big banyak baju untuk basahan, murah2, kain nipis, selesa & cantik2 jugak.

Kalo style pulak, aku suka Comel pakai baju yang imej budak2. Ada ribbon, ruffle, renda. Warna aku suka pastel, bright colors, terutamanya pink.

Kan ada style peplum, kebaya pendek la, fesyen dewasa untuk budak2 kan? Aku tak berapa minat sebab budak ni bukan lama pun dia remain budak2, nanti dia dah besar takkan masih nak pakaikan baju budak2 kan? Tapi kalo anak orang lain pakai, aku tengok ok jek comel, cuma aku tak berkenan la anak sendiri pakai kan. Biar dia puas jadi budak2.

Dalam pada tu, aku berangan2 nak jahit baju untuk Comel. Mana la tau satu hari boleh buat bisnes kan? Cuma aku nih kesuntukan masa. Mesin jahit dah ada amik dari Bonda, kena beli mesin jahit tepi la pulak. Hehe.

Wednesday, August 6, 2014

Tuesday, July 15, 2014

Persiapan raya vs ramadhan

Sibuk sekarang orang buat persiapan raya. Lagi nak dekat raya, lagi la sibuk.

Kalo anak 3 orang ke atas elok shopping awal supaya dapat saiz baju yang elok, paling sesuai jalan tar, tapi situ sesak ya amat. Pada aku Aeon pun ok. Kedua budak pakai baju 1-2 saiz lebih besar sebab nak bagi pakai lama & nak sedondon punya pasal.

Kali nak extra jimat, tunggu Aeon sale lepas raya, 50% 70% diskaun, beli jek in advance untuk raya tahun depan. Fesyen belakang kira, janji bajet.

Para bapak pon pening dengan persiapan raya nih, banyak duit nak pakai. Sama naik dengan persiapan sekolah, nasib baik tak serentak.

Dalam bulan ramadhan nih persiapan rohani sepatutnya didahulukan. Tapi sebab orang kita nih raikan raya lebih dari puasa tu sendiri, dah jadi amalan turun temurun.

Dah jadi kebanggaan pulak rumah dia penuh lauk pauk kuih raya, sedangkan kunjung mengunjung lebih baik. Jadi raya tu dah jadi sesi membesarkan perut, total opposite dari sehari sebelumnya.

Family aku pun sejak dah takde tok nenek, kitorang masak jek ala kadar, yang menjadi kepelikan keluarga2 typical yang lain. Tapi kitorang pentingnya bermaafan pagi raya, sedekah duit raya & beraya rumah sedara mara seharian sampai la malam tu. Cuti raya tu memang penuh la aktiviti beraya sana sini.

Sebabnya kan, aku ada jumpa keluarga yang masak sakan tapi lepas tu dok lepak rumah jek. Orang pun tak berapa nak datang beraya, dorang pun tak berapa nak beraya rumah orang. Ada pulak keluar bercuti. Bukan takde sedara mara, tatau la. Mungkin tu je kot masa dorang gi vacation, tengah2 hangat hari raya.

Mungkin jugak dorang nih lebihkan persiapan & amalan ramadhan berbanding raya, ye betul jugak tu, hehehe. Keluarga masing2, amalan masing2 kan. Apa2 pun amalan kita, semoga diperbaiki saban tahun. Semoga mendapat keberkatan dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...