Nuffnang Ads

Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Baju murah untuk anak


Tahun lepas aku perasan yang Aeon akan buat sale baju2 yang tak laku dijual untuk raya. Aku beli beberapa pasang baju untuk Comel & dapat sepasang baju kurung dengan diskaun 70%. Ramai orang puji baju tu, alhamdulillah.

So tahun ni aku buat bende yang sama. Aku shopping siap2 baju Comel yang satu saiz besar, mana yang ada la, untuk kegunaan tahun depan.

Dapat la sepasang baju kurung, tapi tak dapat saiz 4 tahun. Warna hijau pucuk pisang, kain plain. Aku plan nak jahit manik biar berseri sikit untuk raya. Kemungkinan tahun depan tema kita hijau la yer.
Tengok la harga dia, kalo dapat diskaun 70% memang aku suka la, jadik la buat tambah2 baju kan. So aku dapat 5 dresses, 1 blouse, 1 baju kurung & 1 romper untuk Baby Luth. 8 pasang RM114.15, purata RM14.27 sepasang, murah la tu kan?


Lagipun aku memang rajin pergi Aeon, dah dekat dengan rumah kan. So kalo ada sale tu jarang2 la terlepas. Aku memang kejar baju2 murah untuk Comel. Budak2 kan cepat membesar meninggi, baju pun senang kotor, nak beli yang new season memang tak larat la kan.

Selain tu aku beli baju Comel kat kids expo & Aeon Big terutama 28hb. Aeon big banyak baju untuk basahan, murah2, kain nipis, selesa & cantik2 jugak.

Kalo style pulak, aku suka Comel pakai baju yang imej budak2. Ada ribbon, ruffle, renda. Warna aku suka pastel, bright colors, terutamanya pink.

Kan ada style peplum, kebaya pendek la, fesyen dewasa untuk budak2 kan? Aku tak berapa minat sebab budak ni bukan lama pun dia remain budak2, nanti dia dah besar takkan masih nak pakaikan baju budak2 kan? Tapi kalo anak orang lain pakai, aku tengok ok jek comel, cuma aku tak berkenan la anak sendiri pakai kan. Biar dia puas jadi budak2.

Dalam pada tu, aku berangan2 nak jahit baju untuk Comel. Mana la tau satu hari boleh buat bisnes kan? Cuma aku nih kesuntukan masa. Mesin jahit dah ada amik dari Bonda, kena beli mesin jahit tepi la pulak. Hehe.

Tuesday, July 15, 2014

Persiapan raya vs ramadhan

Sibuk sekarang orang buat persiapan raya. Lagi nak dekat raya, lagi la sibuk.

Kalo anak 3 orang ke atas elok shopping awal supaya dapat saiz baju yang elok, paling sesuai jalan tar, tapi situ sesak ya amat. Pada aku Aeon pun ok. Kedua budak pakai baju 1-2 saiz lebih besar sebab nak bagi pakai lama & nak sedondon punya pasal.

Kali nak extra jimat, tunggu Aeon sale lepas raya, 50% 70% diskaun, beli jek in advance untuk raya tahun depan. Fesyen belakang kira, janji bajet.

Para bapak pon pening dengan persiapan raya nih, banyak duit nak pakai. Sama naik dengan persiapan sekolah, nasib baik tak serentak.

Dalam bulan ramadhan nih persiapan rohani sepatutnya didahulukan. Tapi sebab orang kita nih raikan raya lebih dari puasa tu sendiri, dah jadi amalan turun temurun.

Dah jadi kebanggaan pulak rumah dia penuh lauk pauk kuih raya, sedangkan kunjung mengunjung lebih baik. Jadi raya tu dah jadi sesi membesarkan perut, total opposite dari sehari sebelumnya.

Family aku pun sejak dah takde tok nenek, kitorang masak jek ala kadar, yang menjadi kepelikan keluarga2 typical yang lain. Tapi kitorang pentingnya bermaafan pagi raya, sedekah duit raya & beraya rumah sedara mara seharian sampai la malam tu. Cuti raya tu memang penuh la aktiviti beraya sana sini.

Sebabnya kan, aku ada jumpa keluarga yang masak sakan tapi lepas tu dok lepak rumah jek. Orang pun tak berapa nak datang beraya, dorang pun tak berapa nak beraya rumah orang. Ada pulak keluar bercuti. Bukan takde sedara mara, tatau la. Mungkin tu je kot masa dorang gi vacation, tengah2 hangat hari raya.

Mungkin jugak dorang nih lebihkan persiapan & amalan ramadhan berbanding raya, ye betul jugak tu, hehehe. Keluarga masing2, amalan masing2 kan. Apa2 pun amalan kita, semoga diperbaiki saban tahun. Semoga mendapat keberkatan dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...