Sibuk sekarang orang buat persiapan raya. Lagi nak dekat raya, lagi la sibuk.
Kalo anak 3 orang ke atas elok shopping awal supaya dapat saiz baju yang elok, paling sesuai jalan tar, tapi situ sesak ya amat. Pada aku Aeon pun ok. Kedua budak pakai baju 1-2 saiz lebih besar sebab nak bagi pakai lama & nak sedondon punya pasal.
Kali nak extra jimat, tunggu Aeon sale lepas raya, 50% 70% diskaun, beli jek in advance untuk raya tahun depan. Fesyen belakang kira, janji bajet.
Para bapak pon pening dengan persiapan raya nih, banyak duit nak pakai. Sama naik dengan persiapan sekolah, nasib baik tak serentak.
Dalam bulan ramadhan nih persiapan rohani sepatutnya didahulukan. Tapi sebab orang kita nih raikan raya lebih dari puasa tu sendiri, dah jadi amalan turun temurun.
Dah jadi kebanggaan pulak rumah dia penuh lauk pauk kuih raya, sedangkan kunjung mengunjung lebih baik. Jadi raya tu dah jadi sesi membesarkan perut, total opposite dari sehari sebelumnya.
Family aku pun sejak dah takde tok nenek, kitorang masak jek ala kadar, yang menjadi kepelikan keluarga2 typical yang lain. Tapi kitorang pentingnya bermaafan pagi raya, sedekah duit raya & beraya rumah sedara mara seharian sampai la malam tu. Cuti raya tu memang penuh la aktiviti beraya sana sini.
Sebabnya kan, aku ada jumpa keluarga yang masak sakan tapi lepas tu dok lepak rumah jek. Orang pun tak berapa nak datang beraya, dorang pun tak berapa nak beraya rumah orang. Ada pulak keluar bercuti. Bukan takde sedara mara, tatau la. Mungkin tu je kot masa dorang gi vacation, tengah2 hangat hari raya.
Mungkin jugak dorang nih lebihkan persiapan & amalan ramadhan berbanding raya, ye betul jugak tu, hehehe. Keluarga masing2, amalan masing2 kan. Apa2 pun amalan kita, semoga diperbaiki saban tahun. Semoga mendapat keberkatan dariNya.
No comments:
Post a Comment