Nuffnang Ads

Showing posts with label mainan. Show all posts
Showing posts with label mainan. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Kemas, Nak...

Kemas semua mainan baru boleh main barbie baru.

Sunday, September 7, 2014

Mainan anak murah #2 dan yang tak berapa nak murah juga

Pagi tadi dengan berkobar2nya aku siap awal nak pergi Toys R Us sale kat The Summit Subang. Pergi awal sebab takmo redah jem, nak dapat parking & takmo bersesak2 dengan orang ramai. Aku siap bawak bekal nugget ayam & epal, habit aku sejak dulu lagi memang suka bawak bekal makan, boleh la alas perut dalam kereta. Comel pulak siap sambung tido lagi.

Ini first time aku pergi The Summit. Punya la banyak tol lalu DUKE & NKVE, alhamdulillah perjalanan lancar, kereta pun tak banyak. Sempat lagi isi minyak sebab takut jem teruk ke kan nak balik nanti. Parking pun depan2 The Summit tu, kena RM10 ko hoho amekaw.

Sale tu amat mengecewakan, nampak gaya dorang memang tak restock barang. Memang tak ramai orang pagi2 tu, kedai pun tak bukak lagi. Asalnya aku target lego, duplo, vtec, fisher price ke. Banyak barang dah abes, lego pun tak besh langsung atau aku yang tak minat. Yang banyak & tersusun elok pun minions yang beratus2 rege dia, mak aih.

Sebab dah bayo tol & parking yang agak boleh tahan, aku ajak gak la Comel jalan2 situ. Sebab awal sangat & tak banyak kedai yang dah bukak, aku ajak Comel lunch kat Sushi King. Budak nih memang geng la dengan Mummy, memang peminat Sushi King & sungguh2 tu makan nasi pakai chopstick, jadik la wpun pakai dua tangan kan, haha. Mummy so proud of you, baru berjaya makan pakai chopstick pon, kalo grad tadika nanti camne la maknya...

Lepas makan, kitorang round2 la The Summit, masuk kedai Point B! kene pau stuffed cat RM29.90. Beriya pujuk Mummy sampai saleswoman kat situ sembang dengan aku sebab dia kata comel pulak tengok Comel pujuk aku nak beli patung kucing tu. Aku tau Comel memang peminat kucing, aku pun, tapi apa kan daya kami allergik dengan kucing.

Pastu masuk Popular, kene pau Animals flash card RM19.90. Sebelah tu pulak Mr DIY, masuk jugak, kene pau jigsaw puzzle bentuk lembu RM6.90 & loceng beskal RM1.50. Aku pun beli l3go nuclear submarine RM19.90.


Aku sebenarnya memang suka beli mainan untuk anak, terutama jenis puzzle nih. Kat MR DIY la tempat tumpuan aku, mainan dia murah2 & selalunya tak restock, jadik rajin2 la singgah tengok2 kalo ada mainan baru. Sebab rumah pun dekat dengan Aeon, aku rajin la menyinggah situ.

Contoh macam wooden puzzle bawah nih, yang zirafah tu lama dah beli, tahun lepas kot. Yang nih takde dah, kalo ada pun dia restock yang takde papan alas tu, ha kan special gitu ada alas dia. Yang nombor2 & 4 segi 3segi tu baru jek bulan lepas gitu. Yang lembu tu Comel amik tadi. Difficulty level macam payah la untuk budak bawah 3 tahun, tapi kita guide la dia selagi dia berminat kan. Tadi pun sebab lembu tu brand new, semangat la dia nak pasang. Aku tunjuk piece nih boh kat mana, sebut la huruf2 ABC tu, warna block tu. Owh, yang jigsaw puzzle nih ada dua belah, satu print A-Z, belah satu lagi 1-26. Warna warni boleh budak2 kenal warna kan. Yang puzzle nombor2 0-9 tu pun Comel semangat nak main dah katanya baru kan. Alhamdulillah, selain bentuk & warna, dia pun dah kenal nombor, cuma nombor 0 jek dia tak berapa kenal sebab jarang guna kan, ada pun 10 jek la kan.

Wooden puzzles
Flash card nih pulak ada 15 keping, double sided so ada 30 gambar. Comel pilih tema Animals, maknya ngikut jek la. Macam biasa mainan baru mesti semangat kan & Comel dapat mengenalpasti semua binatang2 tersebut kecuali 3 jek: snail, goat (yang selalu tertukar dengan sheep) & lizard. Pasnie Mummy kene kurang2 sikit membasmi cicak supaya anak lebih kenal erti cicak.


Flash card nih pun bukan sebarang flash card, boleh pull apart & reveals a text inside. Ada yang isinya pasal bunyi binatang, ada pasal perbuatan, contohnya kanggaroo hops, gitu la basic2 jek untuk budak2 kan.

Bukan flash card biasa
Comel pulak nampaknya minat sangat dengan duckling nih, katanya Ming Ming, wonderpets la tu. Nampak kan association yang budak2 buat nih? Jadi jangan sangka dorang tengok tv tu takde faedah, cuma kena pandai2 pilih rancangan la yer.

So pasal sale tu memang aku tak beli apa2 la, lain pulak yang dibeli. Akhir kata juga, sblom balik kene pau Chatime signature pearl milk tea, ala maknya pon share sekali. Itu pun sikit tumpah sebab co-pilot naik2 kete jek tertido.

Sale Toys R Us katanya tak berapa besh kalo dibandingkan dengan Mattel warehouse sale, tu banyak kali dah aku miss. Tapi saje je kan nak merasa, haha merasa sangat ko, tak pegi lagi dah pasnie kot, haha...

Tuesday, August 12, 2014

Mainan anak murah

Sejak Mr DIY bukak kat Aeon Au2, aku jadik pengunjung setia sebab mainan kat situ boleh tahan murah2.
Banyak jugak mainan Comel aku beli last situ & dorang takkan restock kalo dah habis. Jadik aku rajin singgah sana & kali ada mainan yang menarik jek, mesti aku beli.

Tadi pun aku singgah sana dengan Comel & beli bende alah nih. Memang aku & Comel berkenan sangat dengan bende nih, kat Ikea & baby expo ada jual tapi mahal. Yang nih murah RM22.90 jek & size dia kecik sikit dari biasa.


Dulu pun aku ada beli Lego imitation untuk anak tiri, model trak bomba saiz sederhana besar, tengok quality dia boleh tahan jugak. Sekarang dah lama takde dah, kan dia takkan restock. Tapi ada set2 lain, tapi brand lain. Aku suspek kilang yang sama cuma brand jek lain2.

Aku berkenan battle ship, baca review pun nampak macam boleh tahan jek, cuma parts yang panjang tu katanya susah sikit nak bagi rapat. Tengok la macam mana, ada rezeki tu ada la. Owh, harga dia RM75.

Saturday, August 9, 2014

Pemusnah mainan

Mummy marah sebab Mysarah koyakkan kipas mainan yang beli kat kedai coklat JPO aritu.

Selepas beberapa ketika, Mummy pun dah tak marah lagi sebab nak keluar beli barang kan.

Mysarah: Mummy happy?
Mummy: Yes, Mummy happy 😊.
Mysarah: Sayang Mummy.
Mummy: Sayang Mysarah jugak. Itu la koyak2 mainan lagi. Mummy sayang Mysarah tau.
Mysarah: I'm sorry, Mummy 😓
Mummy: It's ok, Sayang 😚

Tapi tau pun, lepas nih kang datang balik mode pemusnah mainan tu 😅

Wednesday, August 6, 2014

Tuesday, August 5, 2014

Belon gam


Aku pon tatau apa nama sebenar bende alah nih, kecik2 dulu besh main nih, kalo fikirkan bodo jek, tapi skill tu nak gentel2, tiup jangan bagi bodo, kalo bodo cepat2 kambus, sampai juling2 mata bak carik bocor sambil meniup time tu jugak, haha. Kalo terer tiup besar2, haha puas hati beb.

Nih pon aku jumpa kat Pasar Keramat, masa nak bayo nasik bungkus. RM1 tu sepeket. Dalam dia ada la 8 tiub, kempis2 jek, jadik la nak lepas gian & nak memperkenalkan kat anak mainan maknya zaman kanak2. Dulu manader ipad bagai, main la bende2 alah gini, masuk gak unibesiti, hek hek ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...