Nuffnang Ads

Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Sunday, November 19, 2017

Yay menang Big Bad Wolf Books Sale preview pass!

Aku kan suka masuk pertandingan nih. Kami nih menang Big Bad Wolf Books Sale preview pass!

Tahun lepas aku dapat jugak, pegi dah. Seronok dapat pegi previwe sebab buku-buku tak bersepah-sepah lagi.

Lagipun aku rasa senang nak dapatkan preview pass nih, siapa cepat dia dapat. Ok la tu jek perkongsian kali nih, ada lagi contest aku menang tapi hadiah tak berapa besh, dapat spa treatment. Bukan tak minat, takde masa jek.

Ok la, till next time, tudeleu~~~


Saturday, May 27, 2017

Kemenangan demi kemenangan... ewah πŸ˜…

Antara kemenangan akak hasil menceburi bidang pertandingan & kuiz 😁

Sejak akak keje kat KL tahun 2004, akak aktif masuk pertandingan dalam majalah, isi borang kat pasaraya & kemudian social media bila instagram & facebook semakin popular. Ada jugak aku join kuiz kat events, pertandingan anjuran ofis, etc. Sebab aku suka menang hadiah πŸ˜…

Kenapa kena tunggu dok KL baru aktif? Sebab hadiah semua kena pickup kat KL, gituuu...

Setakat nih macam2 aku dah menang, vouchers, hamper makanan, hamper toiletries, mekap, skincare, kasut, buku, plushies & macam2 lagi.

Kenangan paling besh bila dapat kasut Melissa + Karl Lagerfeld yang bernilai RM600+ sebab bende alah tu letak kat kaki tapi mahal giller kan, imo.

Kenangan paling tak besh adalah kena tipu slimming centre kunun aku menang satu session padahal nak pengaruh soh beli satu pakej. Tu memang aku hangen, terus aku tanak amik apa2 dari dorang.

Aku berazam untuk menang hadiah yang lebih besar & lebih lumayan seperti kereta & rumah, hehehe... amiin... Akak janji kalo akak menang rumah, akak buat housewarming untuk semua friends ada dalam ig & fb akak nih, insyaa Allah 😘😘😘

Saturday, April 25, 2015

Wing Gundam Zero RG

Yey! Sampai dah.

Wing Gundam Zero RG nih aku pesan dengan Ninja Zainal Sensei masa trip dia ke Jepun baru2 nih.

Harganya 2133yen, lebih kurang RM70. Murah sangat2 la banding harga yang jual kat sini dalam RM95 gitu, lagi mahal pon ada.

Tengok la anak aku nih, dia pulak terlebey eksaited. Macam dia punya pulak, haha XD

Set nih pon Ninja beli kat Bandai Asobi, Gotemba Premium Outlet, ha'ah macam JPO tu la. Ha ko GPO pon jual gundam, barangan premium gitu, JPO bila lagi?

Tima kacheh pada Sensei kerana sudi amik pesanan dari aku nih, hangkut kotak nih dr Jepun sampai la. Malaysia, sikit pun kotak tak jejas. Tq tq...

Saturday, January 17, 2015

Card model

Card model aku beli eons ago, 15++ years nih simpan. Tiap kali masuk study room mesti anak mintak main, akhirnya hari nih bagi jugak.

Asalnya beli keropok macam mamee harga 20¢ sepeket dapat kad motorbike, cantik printing dia. Jadi aku beli borong, makannya tak la simpan la dalam fridge bagi adik2 aku.

Kendian takde dah model motorbike, ada racing car, aeroplane, dgn dinasor nih la. Dah beberapa kali strike tak dapat motorbike tros berenti beli.

Semua yang aku beli bleh muat balang smuckers goober saiz kecik rendang nih.

Monday, August 11, 2014

Marimo

Marimo

Aegagropila linnaei, known as Marimo in Japanese and as Cladophora ball, Lake ball, or Moss Balls in English, is a species of filamentous green algae found in a number of lakes in the northern hemisphere. Wikipedia
Scientific name: Aegagropila linnaei
Rank: Species
Higher classification: Aegagropila

Wednesday, August 6, 2014

Wednesday, July 23, 2014

Daisy


Dah selesai lace untuk baju raya Comel, aku buat daisy applique pulak.

Aku amik pattern dari sini:
http://beacrafter.com/crochet-daisy-applique/

Small daisy:
Crochet pistil part.
R1: magic ring, 6 sc, 6 sts
R2: inc x 6 times, 12 sts
R3: *ch 6, sc into 2nd ch from hook, 4 hdc across, sl into next st from 1st chain* repeat** 12 times (12 petals)

Gambonya takde, tapi aku dah jahit 3 kuntum kat baju raya Comel.

Tengah-tengah buat daisy tu tetiba datang idea nak buat chrysanthemum pulak. Cari-cari kat google takde pulak pattern yang berkenan di hati, ada tapi kena bayar la.


Jadik aku reka2 jek la, buat 3 round & crochet petals dia 3 lapis, blom siap lagi, macam jenuh jek nak buat sebab kecik & banyak sc kena penuhkan. Tapi nampak macam cantik, suke la, hehe.

Saturday, July 19, 2014

Baju raya untuk Comel

Susah betul nak carik baju raya untuk Comel dengan tema warna biru pink. Ada, cantik tapi besar la pulak. Anak aku nih badannya comel, tapi dia tinggi. 

Jalan-jalan Aeon Big aritu Jumpa la satu dress, badan biru, lengan pink, tapi lain la pulak. Aku pun terfikir nak buat crochet lace kat hujung baju & boh applique bunga2 kecik kat badan.


Pattern lace edging amik dari koleksi buku crochet aku. Benang pun dari koleksi jugak, huhu banyak sangat koleksinya 


Tadi, lace dah siap, dah siap jahit last baju. Flower applique dalam proses, pakai pattern daisy amik dari pinterest.


Nampak macam baju tido. But I think it's cute. Masa cuba pakaikan Comel tadi, dia siap twirling lagi, so cute, subhanallah 

Dalam beberapa hari nih siap la kot, insyaa Allah.

Monday, July 14, 2014

Alien rabbit amigurumi

Alien rabbit amigurumi. Haih, ada pulak tangan & lutut kecik interframe...

Alien rabbit amigurumi. Takde la nampak macam alien sangat kan?
Ok aku dapat pattern dia kat sini https://sites.google.com/site/amigurumies/patrones/ConejoAlien.pdf

Aku amik masa 4 hari untuk siapkan bunny ni. Masa terluang waktu rehat di pejabat & bila anak tak mengacau di rumah. Aku buat nih dalam bulan Mac 2014.


Aku guna hook double end 1/0 2/0 & benang multicolor Minlon.

Walaupun dalam Spanish tapi senang nak faham, kat hujung setiap baris ada tulis bilangan sc (single crochet/punto bajo (pb)). Makanya, aumentar (aum) adalah increase & disminuir (dim) adalah decrease.
And yes, that magico thingy indeed is magic ring.

Comel pun suka bende alah nih. Sejak awal kemunculan hanya dengan kepala & sebelah telinga jek pon Comel dah kenal ini adalah bunny, hehe. She's getting smarter day by day, alhamdulillah.


And I just found out that I'm allergic to fibrefill stuffing. I had to breath through my mouth the entire filling time. When the filling is done, it's ok to hold them (filled & sewed amigurumi) close to my face. Comel didn't have any problem with the finished product. So I think it's ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...