Nuffnang Ads

Showing posts with label weight loss. Show all posts
Showing posts with label weight loss. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

Weight loss dengan madu

Kalo hujung minggu mesti buat air teh o. Mak aku lagi la, hari2 ada air teh o.

Tapi sejak mak abah aku ada kencing manis, aku pun kena la hati2, kurangkan gula. Sekarang aku tak pakai gula pasir dah, aku pakai madu lebah. Gula pasir kat umah aku nih memang tak luak2 la, haha.

Selalu fav aku, teh o brand Sabah Tea, kayu manis @ cinnamon (strip halus jek) & madu lebah 2-3 sudu beso untuk sukatan 1 teko. Comel memang suka la, sedap & wangi.

Aku ada baca aritu, madu lebah + cinnamon bleh kawal berat badan. Aku pun tatau la sebab nih ke kan, sebab aku campur la jaga makan, exercise sket2, inches banyak la turun & total lost 6kgs.

Btw lalo berminat, gepren aku jual madu nih. Dalam gambo nih madu biasa, kalo korang nak madu tualang bleh la order kat dia, Nova Leeza, no hp/watsap 0134987300. Nih la empunya blog novaleeza.blogspot.com yg keje dia makan jek tapi tak jugak gemuk ai jeles huhu...

Madu tualang tu katanya madu dr bunga yg pokoknya tinggi melangit, so spesel la banding bunga2 pokok rendah, kemain gigih la lebah nih terbang sampai ke atas nun.

Sunday, August 24, 2014

Stir fry greens


Aku memang suka sangat makan sayur, kecik2 lagi Bonda memang dah ajar makan sayur banyak2. Tapi dia jugak yang obese, hahaha ya ampun mak! 

Aritu aku gi pasar malam, beli sayur satu jenis sikit2. Makan pun berdua jek kan. Dalam gambo nih ada sawi, kobis cina, lobak merah, kacang bendi & aku letak jugak terung yang dah digoreng terlebih dahulu. Sblom tu tumis bawang putih & bawang besar dengan olive oil. Bila dah tutup api baru tabur garam & evoo. Sedap dimakan dengan scrambled egg, pan fried salmon & steak. 

Nilah diet aku masa nak turun dari 77kg ke 70kg. Cuma sekarang berat macam yoyo 70-72kg sebab tak disiplin makan, huhu... 

Monday, August 11, 2014

Senaman lagi, dengan anak

Pantang jek baring, cepat jek si Motet nih naik atas Mummy, sudahnya Mummy kena la buat bent knee leg raise 10x repeat la sampai anak penat. Esoknya sengal perut & pinggang.

Saturday, August 9, 2014

Inch loss

Seluar nih beli kat pasar malam setahun dua tahun lepas kot, tak pernahkah berjaya sarung, sangkut sampai peha jek. Nak tukar segan. Jadik simpan jek la, ada 2 pasang.

Sekarang dah boleh pakai, ketat sikit sikit la. Wpun naik 700gms, inci tetap turun. Berat badan adalah subjektif, mungkin tambah muscle atau air dalam badan.

#mehkurus #usahasyawal dengan Shaklee, Omega Guard & Lecithin jek, & mesti jaga makan.

#sayajualshaklee #Nabyha0122487763

Thursday, July 24, 2014

Kasik Lawas Day 1 & 2

Mula minum Melilea adalah 22 Julai 2014 kan. Maka 23 Julai adalah hari pertama.

Day 1

Sejak awal puasa aritu memang perut aku nih tak berapa nak best. Selalu lepas subuh jek dah membuang. Nih lepas zuhur baru membuang, tu pun tak berapa nak lawas.

Kawan aku kata, biasa la awal-awal tak membuang sebab dia nak tarik mendapan dalam usus kita tu. Monitor jek progres hari-hari.

Day 2

Alhamdulillah sebelum zuhur dah buang, lega sikit. Badan pun rasa ringan. Pakai waist nipper Premium Beautiful (PB) pun tak la mengah macam dulu, duduk tahiyat akhir pun selesa. Kalo tak kejap jek dia dah berlipat ke atas sebab perut buncit, huhu. Horey!

Tuesday, July 22, 2014

Kasik lawas


Aku baru jek cuba minum bende alih nih, tujuannya nak bagi lawas. Sejak puasa aritu kadar kelawasan tak berapa sangat la. Kalo tak lepas subuh jek mesti nak membuang.

Aku beli dengan colleague dengan harga RM198, shaker RM5.

Setakat nih aku dah minum dua sekali sejak buka puasa semalam. Sampai sekarang tak membuang lagi nih.
Kita tunggu jek la kan, bende baru nak keje kan.

Tuesday, July 15, 2014

Tips kurus #1

Aeon sale, shop RM100 dapat voucher RM10. Boleh la beli bra baru, yer bra2 sudah longgar & perlu ditukar baru, sudah drop 1 saiz. Penangan BPM Biggest Loser 2014 kot, haha.

Beli baju & kasut anak lagi, aduh comel2 barang budak2 nih. Maknya pakai jek yang lama, jalan pun esek pakai selipar jwk sebab nak selesa berjalan dukung anak kan.

Ada orang tanya aku, makan apa bolehlah lose weight banyak gitu. Aku makan macam biasa cuma dikurangkan portion. Sehari sekurang2nya makan 3 kali. Kalo biasa makan nasik 2 senduk, aku amik satu senduk jek. Kalo meeting ada hidang kuih, aku makan jek kuih tapi tak minum air manis. Aku bawak bekal air kosong.

Tu jek la, kalo ada bende lain, memang ada. Tapi aku tak la amik slimming formula ke hape tu, tu semua bahye &  weigh loss tu pon sementara. Bila berenti makan, badan naik balik gila2 punya naik dari yang sebelumnya. Ada gak aku survey, tapi semua tak diyakini termasuk la yang branded wordwide.

Takde pun satu pill, atau satu minuman yang ko makan sekali sehari bleh turunkan berat badan. Sorry for disappointing you guys. Tapi kalo ada pon sure mahal ya amat. Yer ada, tapi nak ke ko bayo RM4-5k?

Cuma aku amik supplements jek la. Tu memang ramai tak percaya boleh kurangkan berat badan. Pokok pangkalnya kena disiplin jaga makan & exercise. Supplements tu bantu jek.

Macam kes aku aku setia amik omega3, lecithin, vit c, kalsium+vit d, alfalfa. Malam sebelum tido susu kambing segelas. Nak exercise memang takde kesempatan la, tapi aku buat keje rumah, memang dari dulu tak pernah nak amik maid atau upah orang bersihkan rumah. Pastu layan anak main2. Lagi satu aku memang kuat berjalan, suka la jalan2 shopping complex, taman2, lagi pulak dah ada anak nih.

Dengan supplements tadi tu, aku rasa lebih kuat, dah kurang sakit pinggang, lutut & bisa2 tapak kaki. Nak kata totally gone takde la, tapi kurang sangat2, ada kala tu rasa sihat 100%.

Aku pun dah kurang amik EL, MC. Migraine, gastrik, astma pun makin kurang. Anak aku pun alhamdulillah, bertambah sihat. Dia pun makan multivitamin untuk kanak2 tu & mengecek sebijik omega3 aku. Aku pun biasakan dia minum air kosong. Mana2 kitorang pergi sentiasa ada bekal air kosong.

Dari segi kerohanian, hidup mesti ada pegangan, Allah sebaik2 pelindung. Hati tenang, kita pun gembira. Istiqomah solat dhuha, mohon pada Allah rezeki kesihatan. Solat tahajjud pun dapat bantu kecergasan fizikal, cuma aku belum cukup kuat nak bangun dari tido tu jek la. Kalo tak silap la, betulkan eh kalo salah, Rasulullah pun ada skip tarawih, tapi tak pernah tinggal tahajjud.

So kalo minat nak beli Omega Guard (anak pun boleh makan), Lecithin, Alfalfa, etc yang banyak membantu aku turunkan berat badan & inci nih, leh kontek saya Nabyha 0122487763. Nak beli barang2 shaklee lain pon buleh, ok tq 😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...