Nuffnang Ads

Sunday, October 12, 2014

Sluban Cruiser

Siap. 

Jari telunjuk kiri & ibu jari dua2 belah tangan sakit sampai sekarang. 


Bongkah2 dia terasa lembut sikit banding lego.


Aku pon tak pernah lagi pasang lego, apatah lagi model sebesar nih. Tapi rasa puas hati la sebab bila dah siap, model nih besar, berat & teguh.


Dia bagi sekali block detacher bentuk kokedai, lawak sebab timbul dua biji lubang hidung. Great design. 

Yang jaki sikit pasal model nih adalah sebab banyak gap, bersepah2 gap. Tapi ok kot untuk model besar, bila dah boh atas kabinet tak nampak sangat pon. 


Nak pasang pun agak senang, kecuali blok yang besar, kena kenakan tekanan dari tengah2. Nak tanggalkan pon senang, sebahagiannya dengan bantuan encik kokedai, sebahagiannya kupas la sendiri. 

Dalam tengah2 pasang tu, ada la sikit kesilapan, salah sendiri. Manual dia senang faham, cuma mula2 tu keliru sikit nak bezakan warna hitam & kelabu kelab.

Model nih mula dengan tapak kapal, bila dah sampai aras tengah, model nih meleding bentuk U terbalik. Bongkah2 kat kedua2 hujung merenggangkan sikit. Jadi setiap kali tambah aras, kena tekan2 kasik rapat. Makin meninggi aras, makin baik model nih, hilang kerisauan aku. 

Satu lagi kerisauan adalah aku takut model nih patah. Setakat ni nampak ok jek. Cuma ada satu bahagian kecil yang loggar mudah tanggal kat bahagian dek kapal. & satu bongkah hilang, nasib baik dapat improvise dari bongkah2 lain. 

Selain tu, set nih didatangkan dengan sebuah helikopter & 2 jet pejuang, yang masih terlekat pada spruce, macam gundam. Oleh sebab tujuan utama adalah pasang blok, masa ketelitian untuk memotong & membersihkan tepi2 spruce diabaikan sama sekali. 



Kalo pasang gundam nih mesti jaki, selagi tak licin selagi tu la nak mengasah. Dan memang aku jumpa banyak kesan2 tepian spruce. 

Kesimpulannya, puas hati aku pasang model nih. Cruiser pun ada adik, Destroyer, kecik sikit, murah sikit. Dalam website aku tengok ada model Aircraft carrier yang giller gabak, ultimate dream tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...