Dalam kekenyangan ada senyuman |
Layan bubble wrap dengan Atok
Last pic tu Comel main bubble wrap dengan Atok. Atok pulak keluar jurus perah, haha cepat la abesnya.
|
Dalam kekenyangan ada senyuman |
Layan bubble wrap dengan Atok
Last pic tu Comel main bubble wrap dengan Atok. Atok pulak keluar jurus perah, haha cepat la abesnya.
|
Ye la, gadgets kan mahal2, henpon, 3dtv, ledtv, psp, psvita, tablet, notebook, line internet 20tb tiap2 bulan, dah ribu-riban tu kos.
Anak murah jek, lagi la beranak hospital kerajaan, semua free. Lagi la bini keje, semua 50/50, silap2 70/30, bini pulak yg 70% ahaks.
Hari2 ada update, fb, psn, chatting dengan kekasih gelap lagi, adoi la memang mintak kene hakau. Anak tu apa la dia paham, bagi jek tengok tv tu dah dapat free subscribe unifi kan. Main jek la mainan yang banyak2 tu. Busy la, dah la keje penat, balik nak release tension la.
Gitu la. Aku pernah nampak sorang bapak nih melayan anak2 main kat taman permainan. Bukan melayan anak, layan henpon manjang. Anak2 pulak 2-5 tahun, dia dok harap yang sulung tu jaga adik2. Sudahnya yang bongsu dah merayap, budak kan kejap jek dah jauh dia pergi. Habis semua kena marah, dah dikerah balik. Kalo kita duduk pun tak sempat panas buntut.
Gitu la, beranak jek pandai, nak jaga tu pemalas ya amat, na'uzubillah jangan la jadi kat kaum keluarga aku. Kepada orang2 macam tu, sila la berenti membiak.
Budak2 nih perhatian dia takde la lama sangat. Macam Comel kan, kalo aku dah leka dengan fb, etc ke kan, dia datang & nak la ajak main atau peluk2 kan. Aku layan jek dia, selalu tak lama pun dalam 10 minit gitu pastu dia beralih main dengan mainan dia pulak. Siap marah2 sebab rimas kene kerenyam, mak sayang ko nak <3
Aku ada la baca, satu tanda anak yang tak berapa bagus bila dia tak boleh buat eye contact dengan kita, atau pun pandangan mata dia kosong. Cepat2lah bertaubat, baiki hubungan dengan anak. Silap2 dah tua nanti anak2 senang hati nak hantar kita dok rumah orang2.
Rambut saya genetically ikut Abah, lebat tebal & kejung. Mungkin jugak ikut Bonda. Both have thick, straight, black hair.
Bonda memang bangga dengan rambut dia, dia percaya kalo merungut rambut lebat nanti lama2 rambut akan gugur & menipis. Aku percaya tu penuaan.
Masa diploma dulu aku mula buat fesyen rambut layered, sesuai untuk manage rambut yang tebal. Tapi Bonda tak suka sebab dia kata rambut nipis.
Masa kerja, aku buat rebonding. Rambut masa tu dah tak berapa lurus sebab teruk kena kerinting masa sekolah rendah. Bonda rasa rambut kerinting kembang adalah fesyen terbaik, it was so hideous, thank god Facebook nor Instagram wasn't created at that time yet 😥. Pun Bonda tak suka sebab nampak nipis.
Masa Mysarah baby lagi, aku mengalami keguguran rambut yang teruk. Deep inside I was glad because I got to keep a long lighter hair. Tapi kejap jek pon, lepas tu tebal la balik. Tapi masih dapat komen dari Bonda yang rambut aku nih dah makin nipis. Tak faham la obsession rambut tebal2 nih 😕?
So sekarang nih rambut aku dah lebih paras pinggang, rasa berat sangat, anak tudung pun dah tokleh menampung, sanggul pun kena lilit 2 kali, haha.
Kali nih nak potong atas paras bahu, paling pendek aku pernah buat sejak umo 16. Ala kejap jek, setahun nanti panjang balik la kan? 😋
Aku & Comel memang minat sangat buah nih, buah mata kucing atau longan.
Jumaat baru2 nih aku beli 2kg dekat masjid utm, masa nak timbang tu ada makcik tu cakap nih buah sakit tekak. Rasanya makcik tu tak beli.
Lama dah aku makan buah nih. Bonda suka simpan dalam fridge, makan sejuk2 sedap. Aku tak kisah, suhu bilik pun ok. Tak pernah pulak sakit tekak.
Buah nih kena cuci dulu. Caranya leraikan sebijik2, boh dalam bekas besar & cuci dengan air paip sambil gaul2. Ganti air & ulang sampai air jernih. Lastly, aku suka rendam sekejap dalam chitosan.
Bila dah bersih, kita akan perasan kulit buah nih lebih cerah. Bagi anak kopek sendiri pun tak risau sebab dah bersih.
Pantang jek baring, cepat jek si Motet nih naik atas Mummy, sudahnya Mummy kena la buat bent knee leg raise 10x repeat la sampai anak penat. Esoknya sengal perut & pinggang.
Aku perati menjadi jugak usaha boikot-memboikot nih, mekdi pun lengang.
Dalam pada tu ada jugak segelintir pemboikot nih yang salah haluan. Aku memang tak sokong dengan cara demo dengan kedai, marah2 orang, rosak harta bende awam, termasuklah tunjuk samseng bawak makanan luar & makan dalam premis, dah la guna kerusi meja aircond orang tu. Semoga dorang nih diberi petunjuk oleh Allah swt ke jalan yang benar, amiin.
Jadi kita yang boikot secara aman nih, kita maintain secara aman. Kalo teringin sangat nak makan bege, fries, air berkarbonat tu, boleh la cari alternatif lain.
Ramly pun ada kiosk, aku pon tak pernah pergi, tapi biasa la makan daging burger masak sendiri kat rumah, boleh tahab juga rasa dia. Tapi sekarang aku tak minat , aku lebih suka daging cincang dia, buat burger patty sendiri.
Daging cincang dia setakat nih paling elok dalam kategori sejuk beku untuk buat inti karipap, murtabak, etc & juga rencah mee & nasi goreng. Sebabnya kandungan lemak dia tak banyak macam brand lain.
Tapi menurut Bonda, daging cincang elok beli kat butcher, ko pilih daging & soh dorang kisar. Elok dagingnya, maka eloknya kisarnya.
Marimo
Aegagropila linnaei, known as Marimo in Japanese and as Cladophora ball, Lake ball, or Moss Balls in English, is a species of filamentous green algae found in a number of lakes in the northern hemisphere. Wikipedia
Scientific name: Aegagropila linnaei
Rank: Species
Higher classification: Aegagropila
Pergh, hujung minggu nih 3 open house yuols. Itu pun cukup dah la, lebih2 boyak akak, ahaks.
Terima kasih kepada tuan2 rumah, semua menu must try & tak mengecewakan. Salute kepada yang masak sendiri, terer ar, kalo aku sempat nasik goreng jek la, huhu.
Yanh penting dapat jumpa2 & semoga bertambah erat silaturrahim, amiin. Anak pun kemain seronok, dapat duit raya lagi, alhamdulillah murah rezeki kepada yang memberi.
Esok harus detox, camne nak menang BPM Biggest Loser nih?!
Aku tak ingat siapa yang bagitau, semoga Allah memberikan ganjaran pahala atas perkongsian ilmunya. Hamba Allah tu berkongsi, yang punca arteri tersumbat dengan kolesterol adalah disebabkan dinding arteri tu yang mengeras dan risiko untuk pecah.
Jadi tubuh hasilkan kolesterol untuk menampal pada dinding arteri yang terjejas tu. Sebab tu mendapan kolesterol hanya pada dinding arteri sekitar jantung jek. Kenapa arteri lain takde pun mendapan kolesterol?
Gitu la penerangan dalam bahasa mudah, kami pun bukan pandai sangat hal medic kan. Jadi penyelesaiannya, untuk arteri lebih sihat, dapatkan keperluan vitamin C yang cukup.