Aku perati menjadi jugak usaha boikot-memboikot nih, mekdi pun lengang.
Dalam pada tu ada jugak segelintir pemboikot nih yang salah haluan. Aku memang tak sokong dengan cara demo dengan kedai, marah2 orang, rosak harta bende awam, termasuklah tunjuk samseng bawak makanan luar & makan dalam premis, dah la guna kerusi meja aircond orang tu. Semoga dorang nih diberi petunjuk oleh Allah swt ke jalan yang benar, amiin.
Jadi kita yang boikot secara aman nih, kita maintain secara aman. Kalo teringin sangat nak makan bege, fries, air berkarbonat tu, boleh la cari alternatif lain.
Ramly pun ada kiosk, aku pon tak pernah pergi, tapi biasa la makan daging burger masak sendiri kat rumah, boleh tahab juga rasa dia. Tapi sekarang aku tak minat , aku lebih suka daging cincang dia, buat burger patty sendiri.
Daging cincang dia setakat nih paling elok dalam kategori sejuk beku untuk buat inti karipap, murtabak, etc & juga rencah mee & nasi goreng. Sebabnya kandungan lemak dia tak banyak macam brand lain.
Tapi menurut Bonda, daging cincang elok beli kat butcher, ko pilih daging & soh dorang kisar. Elok dagingnya, maka eloknya kisarnya.
No comments:
Post a Comment