Aku ada astma sejak baby. Comel pun ada astma sejak baby. Keturunan la kot, sebab dalam keluarga belah Bonda & Abah dua2 ada penghidap astma.
Satu tips aku nak share kali nih untuk menangani astma adalah:
Sila jangan pakai vicks atau seangkatan dengannya.
Yer, vicks, salap mengewap, etc, jangan pakai terutama kat bahagian muka & hidung. Jangan sapu kat dada, jangan sapu kat leher, tengkuk & bahagian belakang badan. Jangan sapu kat mana2 yang senang inhale.
Kalo nak sapu jugak, kat tapak kaki ok, katanya bole redakan batuk. Pastu pakai stokin.
Kenapa tokleh pakai? Sebab wap dari vicks tu akan merengsakan (irritate) saluran pernafasan, lagi banyak mucus/kahak akan keluar, tak bagus untuk orang astma.
Kalo orang yang takde astma mungkin akan benefit dari pakai vicks, tetapi tidak untuk orang astma ya.
So there goes, anak aku dah stop serta merta & mungkin jugak faktor umur, astma dia dah terkawal, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment