Nuffnang Ads

Tuesday, August 19, 2014

Sayang anak peluk-pelukkan

Ye la, gadgets kan mahal2, henpon, 3dtv, ledtv, psp, psvita, tablet, notebook, line internet 20tb tiap2 bulan, dah ribu-riban tu kos.

Anak murah jek, lagi la beranak hospital kerajaan, semua free. Lagi la bini keje, semua 50/50, silap2 70/30, bini pulak yg 70% ahaks.

Hari2 ada update, fb, psn, chatting dengan kekasih gelap lagi, adoi la memang mintak kene hakau. Anak tu apa la dia paham, bagi jek tengok tv tu dah dapat free subscribe unifi kan. Main jek la mainan yang banyak2 tu. Busy la, dah la keje penat, balik nak release tension la.

Gitu la. Aku pernah nampak sorang bapak nih melayan anak2 main kat taman permainan. Bukan melayan anak, layan henpon manjang. Anak2 pulak 2-5 tahun, dia dok harap yang sulung tu jaga adik2. Sudahnya yang bongsu dah merayap, budak kan kejap jek dah jauh dia pergi. Habis semua kena marah, dah dikerah balik. Kalo kita duduk pun tak sempat panas buntut.

Gitu la, beranak jek pandai, nak jaga tu pemalas ya amat, na'uzubillah jangan la jadi kat kaum keluarga aku. Kepada orang2 macam tu, sila la berenti membiak.

Budak2 nih perhatian dia takde la lama sangat. Macam Comel kan, kalo aku dah leka dengan fb, etc ke kan, dia datang & nak la ajak main atau peluk2 kan. Aku layan jek dia, selalu tak lama pun dalam 10 minit gitu pastu dia beralih main dengan mainan dia pulak. Siap marah2 sebab rimas kene kerenyam, mak sayang ko nak <3

Aku ada la baca, satu tanda anak yang tak berapa bagus bila dia tak boleh buat eye contact dengan kita, atau pun pandangan mata dia kosong. Cepat2lah bertaubat, baiki hubungan dengan anak. Silap2 dah tua nanti anak2 senang hati nak hantar kita dok rumah orang2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...