Kelmarin, lepas berurut tu kan, aku terfikir, berminggu-minggu aku tahan sakit badan nih, akhirnya dapat jugak berurut. Orang yang takde duit, takde masa tu camne eh? Telan panadol kah?
Kalo gi jumpa doktor pun, dia akan bagi krim/minyak panas & paracetamol, mc sehari. Kalo kita yang bekerja nih, boleh la letak anak kat pengasuh & rehat2 kat rumah, kalo suri rumah macam mana pulak?
Dah la kat tv pon iklan panadol, sakit pinggang makan panadol, lenguh sana lenguh sini makan panadol. Siap ada versi baru ubat yang lebih efektif & tak mengganggu perut katanya, boleh makan terus ubat tu tanpa amik sebarang meal sebelumnya.
Lepas mengurut tu jugak aku terfikir, kesian suri rumah yang tak berkesempatan nak pergi berurut untuk betulkan urat2 yang bersimpul, nak legakan lenguh2 & sengal2, macam mak aku.
Bonda aku overweight, tapi dia jenis celik mata jek buat keje rumah sampai la ke malam. Rumah kitorang takde la perfect sangat sebab Bonda bukan jenis berhias, but it works as a home. Selagi ada rezeki Bonda akan memasak. Bila dah siap kerja dia akan melepak depan tv. She's not the lazy type, she handles her job well, between her chores & sewing baju kurung.
Dan rajin jugak dia lenguh bahu, mintak Abah picit, kitorang picit ke. Masa tu aku tak faham erti lenguh sengal, muda lagi la katakan.
Aku berurut pun kali pertama masa sebelum mengandungkan Comel, aku rasa peranakan aku turun sikit, sebab banyak angkat barang berat2. Masa tu rasa ok jugak, sakit la mostly, tapi takde la addicted. Makcik tu mengurut kat JB, guna teknik reflexology, siap ada sijil dari UTM kalo tak silap aku.
Rezeki dari Allah & mengurut & makan Maajun Bondaku, aku mengandung tak lama lepas tu. Mungkin juga berurut tu betulkan urat saraf aku kot, boleh mengandungi, apa2 kuasa Allah juga kan?
Lepas bersalinkan Comel, Bonda kata dia lepas bersalin jek terus nak berurut sebab sakit badan katanya. Tapi aku takde la rasa sakit badan, lebih kepada bengkak susu, adoi sakitnya Allah jek yang tau.
Jadik aku panggil Kak Zila bekas nurse yang sangat mahir mengurut, tangas, tungku, mandi herba/bunga & uruskan baby, dapat rekomen dari kawan aku. Dia datang hari ke-3 aku berpantang tu. Akak tu memang sempoi, bawak motor cup dengan bawak baldi & bangku kecik & segala barang & peralatan dia, & sebab tu jugak dia tokleh travel jauh2. Subhanallah alhamdulillah, betapa leganya dapat urut. Susu aku pun bertambah lancar.
Dia datang kendian selepas seminggu. Kak Zila kata urut selepas bersalin kena tunggu sekurang-kurangnya 5 hari, so pendapat Bonda adalah tidak valid sama sekali, hahaha ya ampun.
Masa berurut dengan Kak Zila la baru aku tau langit tinggi rendah, mak aih besh giller dia urut. Hari pertama menggelitik aku tahan sakit, hari ketiga dah besh. Penutupnya selepas habis pantang, mandi bunga, harum semerbak satu rumah bau bunga.
Memang besh, aku turun berat badan banyak sangat. Berat aku lebih ringan dari sebelum aku kawen, sayang aku tak reti nak jaga. Bayangkan, tu baru 5 kali urut.
Sejak tu aku lebih kurang addicted la jugak, dapat berurut jek la pun dah cukup, takde la sampai nak bertangas, tungku, mandi2 bagai.
So kelmarin aku pergi dengan kawan aku juga seorang blogger, Nova Leeza. Dia yang rekomen aku Manjakaki kat Ampang Point nih. Dah la sampai ofis lambat, ada meeting pulak tu, adoi la, nasib baik boss baru tak jadik datang last minute tu.
Itu la, aku yang keje, bukan la suri rumah sepenuh masa, pun lenguh2 sengal2 badan. Bayangkan suri rumah pulak. I strongly believe & suggest all housewives should take a day in a month to pamper themselve, fully sponsored by husband la of course. Pergi la spa, berurut, lulur, etc, pastu jalan2, makan2. Overhaul badan lebih kurang, barulah service tip top, if you know what I mean, haha.
Well, ke arah hidup lebih sihat!
No comments:
Post a Comment