Senang sangat & tak banyak bahan.
Spaghetti, salami, broccoli, cheddar cheese and herbs&spices.
Dah sampai rumah tadi, aku perasan yang aku tertinggal henpon kat kereta. Malas la pulak nak turun, jadi aku terus la memasak.
Dah habis masak tu tetiba terperasaan la yang masakan aku nih macam mempesonakan la pulak. Amik gambo besh nih. Tapi tu la, henpon dalam kete.
Memandang masakan masih panas lagi, aku pun turun la amik henpon dalam kete.
Dalam kete tu, aku carik la henpon, rupanya terjatuh kat lantai belah passenger. Mesti aku nak masukkan dalam beg, tapi tersalah masuk.
Aku pon capai & amik henpon. Dalam samar2 tu aku perasan beg plastik, apa pulak nih? Owh, air pearl milk tea untuk Comel & strawberry pudding untuk aku yang aku aku beli kat Chatime balik keje tadi. Alhamdulillah, syukur, ada hikmah di sebalik kejadian.
Memang aku terlupa habis la air2 tu. Isk, lalai beno aku nih. Cara Allah nak mengingatkan aku nih, aku betul2 tersentuh hati. Memang comel minat pearl milk tea nih, aku beli spesel no ice untuk dia & tunggu hari Khamis untuk harga diskaun. Kalo terlupa abes nih jawabnya esok la baru sedar, dah terlambat pon by that time.
Alhamdulillah, syukur ya Allah.
Ok, sebenarnya banyak petunjuk Allah dah bagi aku. Tapi yang nih seronok banyak nak share. Yang lenlain tu simpanan peribadi jek la, takut mengaibkan orang & buat orang pandang serong pulak.
No comments:
Post a Comment