Nuffnang Ads
Thursday, September 25, 2014
Irish crochet
Penggunaan add math dalam crochet
I'm a generous mother
http://en.what-character-are-you.com/m/en/327/index/1757.html?utm_source=Facebook&utm_medium=desktop&utm_campaign=trafficcheck
Kuiz nih ke depan sangat, anak aku pon baru jek nak masuk 3 tahun. Tapi tak dinafikan yang aku suka sangat beli barang untuk anak; baju, mainan makanan.
Bab education pulak, aku tak nak stress anak dengan upsr, pmr, atau apa la yang setaraf. Spm ok sebab bak masuk universiti kan. Itu pun kalo dia nak masuk universiti la.
Biar jek la dia main & belajar dari bermain tu. Macam Comel aku takde pon nak soh dia duduk & belajar abc 123, tapi dia pick up sendiri sambil tengok tv, nyanyi2. Semalam pun dia dok mengira 1-20 sambil naik tangga, ada la skip beberapa nombor selepas 12 tu, tapi ok la, terharu mak 😙
Cuma aku leh nampak aku nih jenis kontrol anak la. Bukan apa, risau dengan macam2 kes berlaku sekarang.
Monday, September 22, 2014
Reropok
Comel: Mummy, nak popok.
Mummy: Keropok la, bukan popok, ke-ro-pok.
Comel: Re-ro-pok (siap pelat R lagi)
Hahaha, adoi la anak 😂
Sunday, September 21, 2014
Ceritalah Lagi 4
Aku dapat buku cerita pertama aku pada tahun 1985, rasanya la kot sebab masa tu aku blom sekolah lagi. Bonda yang bagi, of course duit Abah la kot.
Tajuknya Ceritalah Lagi 4, kompilasi cerpen & puisi, kulit keras warna oren. Punya seronok sampai hafal semua puisi dalam tu.
Bagus jugak kalo dapat koleksi semua jilid kan?
Saturday, September 20, 2014
Hellebore
Wednesday, September 17, 2014
Fb stalker
Korang percaya tak apps yang katanya boleh tengok sapa yang view profile kita? Aku sampai ke sudah tak penah pecaya, tengok2 apps tu konfem scam, haha.
Ada satu kisah pasal fb stalker nih, ada sorang hamba Allah nih sakan dok cakap orang tu orang ni view profile dia. Aku pon tanya la camne dia tengok sebab aku sampai ke sudah kelebet tak pernah nampak pun senarai bende alah tu.
Rupa2nya mutual friend tu dia ingat senarai stalker profile dia, aku macam tatau la nak respon apa, nak gelak kang macam memperkecilkan keupayaan bahasa Inggeris dia. Itulah pentingnya english education, bak kata usop wilcha.
Nih fb versi dulu2 la, kan depan2 profile page ada display mutual friends kan? Adoi la, haha.
Saturday, September 13, 2014
Obat untuk tumit merekah
This really works!
Mula2 macam tak percaya, tapi nak cuba jugak sebab tumit nih dah merekah2 macam rock formation kat batu caves.
Aku buat 2x sukatan sebab bekas besar, tapi cukup untuk tenggelam tapak kaki, tak perlu rendam satu kaki sampai buku lali, I'll tell you why.
Lepas 10 minit tu, kaki aku kedut2 mengecut. Ada bau cuka tapi diatasi dengan bau listerine & tingling sensation, sebab tu jangan rendam satu kaki takut pedih pulak.
Bahagian tapak kaki yang kering tu rasa tebal semacam. Aku cuba gosok dengan shower mittens, tapi takde kesan. Aku cuba garu2 pulak tapak kaki dengan kuku, waaah banyaknya sel2 kulit mati bawah kuku! Gro-ooooo-ss~~~
Terus aku capai foot file, gosok punya gosok, haaa kau amik sel2 kulit mati setimbun macam garam kasar. Puas hati, puas hati sangat2!
Cuba la, pasti berhasil. Wpun tumit blom lagi selembut sutera, tapi much much better than before.
Breakfast potluck
Inilah hasil tepung bawang sardin yang aku buat pagi tadi. Oleh sebab bangun lambat kul 7am, potluck pulak mula kul 8.30am.
Dengan baru nak masak inti, uli doh, mengelim, menggoreng. Pastu bersiap & siapkan Comel lagi. Jawabnya kul 9.30am baru sampai rumah jiran. Huhu, tak menepati masa langsung.
Alhamdulillah jiran2 kata sedap, kawan2 puji kelim cantik.
Penipuan telefon
Ini sebenarnya penipuan melalui telefon, atau phone scam. Apesal la panjang nor bahasa Melayu nih eh?
Ok phone scam. Pendek kata jangan percaya apa yang si pemanggil cakap. Kalo dia bagi nombor telefon, sila double check & pastikan membuat panggilan ke pihak yang betul. Boleh rujuk laman web yang sah.
Wednesday, September 10, 2014
Catatan perjalanan?!
Macam diary pon ada, dia ingat tuntutan perjalanan nih macam catatan perjalanan kot? Ahaha, terhibur akak, tapi still tokleh sign yer, sila betulkan balik.
Ps: gambo amik dari perkongsian rangkaian sosial.
The origin of the blog name
Dupe review: Potato chips
Tuesday, September 9, 2014
Donut
Comel upon seeing Mekdi.
Comel: Mummy, burger.
Mummy: We do not eat Mekdi anymore la, Sayang.
Comel: Donut? Yummm.
Mummy: No lah, not donut, DO NOT, do not eat.
Comel: Mummy, donut, eat donut, yes.
Haih, kena beli donut la pasnie...
Iphone6 vs ExperiaZ3 vs Note3
Taklik
Sunday, September 7, 2014
Cendawan & Penyediaan makanan untuk bayi #2
Nih aku masak sup kobis beijing dengan cendawan portobello, dia bagi sup tu warna gelap & rasa yang sedap.
Selain tu, white mushroom pun sedap. Masa Comel baby dulu, aku selalu boh dalam bubur. Cendawan, bawang besar & bawang putih dipotong, sautee dalam olive oil sampai lembut, pastu blend. trust me sedap giller sampai menjilat bekas blender tu. Masuk dalam oat pun sedap, isk teringat2 pulak.
Mainan anak murah #2 dan yang tak berapa nak murah juga
Wooden puzzles |
Bukan flash card biasa |
BPM Bowling 6 Sept 2014
5 dari 6 bergambar dulu, si Kecik yang bawak itik tu bukan peserta yer, penyibuk lagi ada haha ya ampun |
Gini la nasib mak2, sampai bila2 pon tokleh wakil negara, ahaks alasan ya ampun |
Budak kedekut, jangan harap la ko nak kongsi tablet dengan dia |
Markah pulak, 1st game dapat 77 pins. 2nd game 91 pins, itu pun satu kali sumbangan dari kolig sebab aku pergi beli Chatime untuk Comel, ingatkan sempat la kan. Ala main untuk suka2 jek kan.
Tangan aku kan ada simptom2 karpal tunnel. Tapi akhir2 nih dah makin ok, wpun tak la sekuat dulu kan. Masa awal2 tu nak angkat kitab pun tak larat, sekarang dah ok sikit. Jadik kena la hati2, inilah tangan carik rezeki & suap rezeki juga. Siap2 la pakai wrist brace, alhamdulillah takde kecederaan sepanjang perlawanan, eceh perlawanan ke longkang lagi ada, harq harq.
Boss pon join, terima kasih juga sebab menaja separuh yuran |
Peserta bowling dapat goodies bag |
Nanti Mummy dah tua jangan segan suap Mummy yer :sedih: |
Dapat lagi goodie bag, alhamdulillah rezeki |