Nuffnang Ads

Thursday, November 13, 2014

Dinner senang punya...

Senang sangat & tak banyak bahan.

Spaghetti, salami, broccoli, cheddar cheese and herbs&spices.

Dah sampai rumah tadi, aku perasan yang aku tertinggal henpon kat kereta. Malas la pulak nak turun, jadi aku terus la memasak. 

Dah habis masak tu tetiba terperasaan la yang masakan aku nih macam mempesonakan la pulak. Amik gambo besh nih. Tapi tu la, henpon dalam kete. 

Memandang masakan masih panas lagi, aku pun turun la amik henpon dalam kete. 

Dalam kete tu, aku carik la henpon, rupanya terjatuh kat lantai belah passenger. Mesti aku nak masukkan dalam beg, tapi tersalah masuk. 

Aku pon capai & amik henpon. Dalam samar2 tu aku perasan beg plastik, apa pulak nih? Owh, air pearl milk tea untuk Comel & strawberry pudding untuk aku yang aku aku beli kat Chatime balik keje tadi. Alhamdulillah, syukur, ada hikmah di sebalik kejadian. 

Memang aku terlupa habis la air2 tu. Isk, lalai beno aku nih. Cara Allah nak mengingatkan aku nih, aku betul2 tersentuh hati. Memang comel minat pearl milk tea nih, aku beli spesel no ice untuk dia & tunggu hari Khamis untuk harga diskaun. Kalo terlupa abes nih jawabnya esok la baru sedar, dah terlambat pon by that time. 

Alhamdulillah, syukur ya Allah. 

Ok, sebenarnya banyak petunjuk Allah dah bagi aku. Tapi yang nih seronok banyak nak share. Yang lenlain tu simpanan peribadi jek la, takut mengaibkan orang & buat orang pandang serong pulak. 

Mummy punya... 

Comel punya... 

Sunday, November 9, 2014

Sweet dreams

Good night & sweet dreams, baby...

Happy birthday my love

Haha, jadik la chocolate ice cream cake. Nanti kita cuti2 kat tempat yang paling Comel minat, with beach, sand & swimming pool, insyaa Allah.

3 tahun lepas, Mummy dah kat dalam labour room masa nih. It was a pleasure squeezing you out, haha.

Happy 3rd birthday, dear.

And happy birthday to my dear Noor too. May Allah bless you, dear.

Ernie the Eye Monster by Sam Llyod.
One of the many books for the birthday girl. We spent almost an hour laughing & giggling with the book.

Comel faham cerita & dapat respon dengan sangat baik, so proud of you. She loves the little yellow monster.

Let's Go To Work.
She loves the second book too, Mummy so happy.

More books to come, dear.

Friday, November 7, 2014

Hadiah dah sampai

I love contests, from magazines & online too.

Aku menang macam2, pernah menang hamper, vouchers, skII, syampu & conditioner, shower gel & scrub, satu set hello kitty circus, shiseido lipstick, apa ntah lagi.

Kali nih aku menang Lipice dalam LipIce fb contest. I've been a fan of lipice for 10 years kot. Paling minat sheer color changeable, menang yang nih pulak tu & dapat color gloss jugak, yang nih pon aku dah cuba sblom nih.

Happy happy, tq so much LipIce 💖

Sunday, November 2, 2014

Duit palsu

Tatau la apa kes, sengaja oakai duit palsu atau tak sengaja. Tapi kalo dah berkeping2 duit mungkin sengaja la kot, wallahua'lam.

Cerita pasal duit palsu nih, satu masa dulu masa hilang tablet Mysarah kat Aeon Big wangsa maju, kat bilik guard tu, ada seorang cashier pompuan muda buat aduan. Dia dapat sekeping RM50 duit palsu. Dorang nak tengok cctv, tapi cashier tu tak berapa ingat customer yang disyaki, cuma ingat lelaki jek.

Rupa2nya polisi situ, salah cashier kalo terima duit palsu, kena tolak gaji la. Kesian tengok budak tu, besar RM50 tu. Aku pon macam pelik la, sebab mesin uv tak disediakan untuk setiap cashier.

So this is serious sebab melibatkan pendapatan orang. Tapi aku tatau la hukuman yang diberikan tu setimpal atau tidak. Ada lagi jenayah lagi besar tapi penjenayah tu kaya boleh jek bayar ganti rugi, boleh duduk penjara sambil main game. Wallahua'lam.

Saturday, November 1, 2014

Bring on the nasik minyak!

Majlis kawen anak Pn Fabilah kat Dewan Taman Seri Keramat, dekat sangat dengan rumah.
Kebetulan duduk pulak semeja dengan Kak Wan Nurul, exbpm. Alahai, aku nih jenis tak ingat nama orang, tapi Kak Wan yang lagi tua dari aku tu pulak yang ingin, ya ampun.
Kami dok situ lama. Makan nasik, aku habiskan nasik Comel. Pastu makan soto. Comel topup choki choki. Alhamdulillah, kenyang.
Mak pengantin berseri2, tak ubah camtu la dia sejak mula kenal. Terima kasih kepada pengantin sekeluarga. Semoga kalian beroleh kebahagiaan bersama2 hingga ke syurga, amiin.

The new fish bowl

Beli kedai RM5 jek ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...