Nuffnang Ads

Showing posts with label winnings. Show all posts
Showing posts with label winnings. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Menang foundation pulak

I won this!

It's an Estee Lauder Futurist Aqua Brilliance liquid foundation in 2W0 Warm Vanilla.

Tq Estee Lauder Malaysia 😙

Wpun warna dia nampak cerah, tapi blend in elok kat kulit aku. Texture dia macam cream moisturiser, senang sapu rata wpun guna jari jek. Lepas tu sapu bedak nipis jek dah cukup.

Sebab kulit aku berminyak, cuma touch up pakai oil blotter & tak fade langsung selepas bbrp jam. Dan satu lagi yang paling penting adalah foundation nih tak oxidised, kesan lebam yang biasa aku jumpa kat sesetengah bb cream.

Memang puas hati. Kalo sblom nih aku pakai Revlon Colorstay Whipped pon dah rasa flawless & owh senangnya pakai pakai jari jek glide atas kulit gitu, yang nih lagi licin & rata dengan efek sebagaimana yang diiklankan, dewy. Gini rupanya perasaan pakai foundation rege RM160 😍

Saturday, January 17, 2015

Kasut kemenangan

Yeeehaw! Aku amik dah kasut menang Women's Weekly contest petang semalam.

Tajuk kasut ini ada Melissa + Karl Lagerfeld. Bukak2 kotak jek dah bau wangi, macam kasut jelly bunny. Material pon getah gitu macam crocs tapi berat ya amat part tumit dia tuh.

Aku larat pakai kejap jek la nampak gayanya. Nak pimpin Comel pon rasa pelik macam melangit jek aku nih, nampak beno dah lama tak pakai high heels. Tapi bila lagi nak merasa kasut rm600+ kat kaki kan? Haha...

Tuesday, January 6, 2015

Menang kasut pulak

Yey, I won these weird shoes!

Mahal jugak eh kasut nih, harap2 dapat la dalam saiz aku. Kalo tak kene jual la jawabnya, owh boo...

Aku masuk contest dalam majalah  Women's Weekly bulan Oktober, dorang baru jek bagi aku sms nih. Dalam 2 bulan jugak la kan kene tunggu. So patut bulan Jan nih kuar la nama aku dalam senarai pemenang, alamak tak beli lagi nih!

Aku memang suka masuk contest. Ada la sikit2 tips nak menang, tapi apa2 pun Allah yang bagi rezeki kan?

Kalo magazine contest, ko kene hantar penyertaan seawal mungkin. Magazine kan selalu keluar dalam seminggu atau kurang dari 1hb setiap bulan.

Kalo kene hantar sms, dia ada tarikh buka, jadik kena la invest sikit duit hantar sms yang dorang takkan terima sampai la tarikh dorang bukak sistem.

Kalo pos, hantar jek sebelum hujung bulan, lagi awal lagi bagus. Insya Allah menang.

Setakat nih cita2 aku nak menaip set mekap yang featured kat cover magazine, tak kisah la apa brand, tapi semuanya branded la. Geram jek tengok, set tu bukan pallette ok. Maybe one day kan?

Friday, November 7, 2014

Hadiah dah sampai

I love contests, from magazines & online too.

Aku menang macam2, pernah menang hamper, vouchers, skII, syampu & conditioner, shower gel & scrub, satu set hello kitty circus, shiseido lipstick, apa ntah lagi.

Kali nih aku menang Lipice dalam LipIce fb contest. I've been a fan of lipice for 10 years kot. Paling minat sheer color changeable, menang yang nih pulak tu & dapat color gloss jugak, yang nih pon aku dah cuba sblom nih.

Happy happy, tq so much LipIce 💖

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...