Nuffnang Ads

Thursday, May 12, 2016

Hari guru

Aku sekolah rendah sampai sekolah menengah tak pernah bagi hadiah untuk hari guru. Aku ingat darjah 1 budak2 bagi cikgu bunga, pastu ada classmate bagi aku sekuntum bunga untuk bagi cikgu, kira cover la tu, haha. Sape la tu aku x ingat tapi terima kasih.

Kendian suram dah adat bagi hadiah kat cikgu. Ada la jamuan sikit2 kat sekolah but nothing memorable. Teruk kan dulu2, wpun gitu budak2 takde la biadap macam zaman sekarang nih.

Nih anak aku pulak dah masuk taska. Cikgu ada 5 orang, helper 2 orang. Macam2 craft Mummy boleh buat nih, hehehe...

---Oleh Cikgu Abdul Ghani Haron---

PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH

Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid,saya mula meninjau ke masjid.Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat.Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat,saya ternampak satu susuk tubuh.Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi,saya tahu,dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal."Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu,lebih malu bila ada bertanya,Nurul tak bawa hadiah ka?Ini telah berlaku tahun lalu."Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh.Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk.Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar,bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah.Memanglah ia sesuatu yg baik.Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu,menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dg berseronok suka.Mungkin sukan,sukaneka itu baik utk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid,murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.Kpd ibubapa,minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang  lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam abdghaniharon.

BERBAGAI CORETAN HIDUP SAYA PAPAR DAN GARAP KAN DALAM BUKU SAYA BICARA MATA HATI YG TELAH TERBIT DALAM 3 JILID.Whatsapp atau sms 0124120846.

---tamat---

Sunday, April 24, 2016

Mokte tu rambutan

Masa aku sekolah MRSMKT dulu, balik dari cuti semester mesti budak2 bawak buah tangan dari kampung. Satu kali tu sorang dormmate dok panggil, "sapo nok mokte mari di lounge ni". Aku pon kurius la ape bende la mokte nih, pegi la lounge yang selang 1 bilik jek dari bilik aku. Owh rambutan rupanya, new vocab of the day 😅

Petang sikit, baru budak2 Terengganu sampai, dorang kan paling dekat so sampai lewat la kan. Aku dengar sorang dormmate teriak, "sape nok moktang mari di lounge ni", gitu la lebih kurang. Aku pon kurius, ape benda la moktang nih pulak. Sampai kat lounge, owh rambutan rupanya.

Masa tu aku baru 1st year kat situ, lama2 faham la loghat Terengganu & Kelantan. Unik loghat dorang nih, dari 3 suku kata bleh jadik 2 suku kata.

Sunday, April 17, 2016

DIY lipstick organiser

Done making my DIY lipstick organiser using used boxes.

Teksi atau kereta sapu (Uber, Grabcar, etc)

Lama duluuu lagi sblom ada Uber, Grab atau Myteksi lagi dah jadi camni. I feel you, dik. Akak dok Larkin gini la gayanya, dengan jadual masa bas yang terhad, teksi jek la harapan nak berulang alik.

Bila aku dah ada kereta, punya la hepi sebab dah tak perlu nak layan karenah pemandu teksi yang tak beretika. Sebenarnya aku dah banyak kali dah gaduh dengan pemandu teksi kat JB, puncanya sebab tak pakai meter, charge sesuka hati, ikut jalan jauh & biadab. Cuma 1:5 jek pemandu teksi yang beretika, tu pun tak pakai meter jugak, akak rasa ok sebab dorang dah nego harga awal2 (kalo aku tak amik kang camne nak balik rumah tengah2 malam hari?).

So far kat KL pengalaman aku ok, ada la few cases yang tak beretika tapi kurang2 nak pakai meter. Kat KL aku lebih selesa naik tren, masa blom ada kereta dulu. Dan kita sebagai penumpang hulur2 la sikit duit tips kalo dorang charge ikut meter, kita pun naik teksi yang bagus & selamat sampai rumah.

Bulan lepas, aku naik Uber sebab kereta seharian kat pusat servis. Dua kali aku naik Uber dalam sehari tu untuk perjalanan yang pendek jek pon. Verdict: aku suka Uber 👍 Kereta bersih, pemandu peramah, takde masalah salah/tatau jalan sebab guna Waze, bil murah... sangat2 murah.

Bukan tak nak bantu pemandu teksi, sepanjang aku naik teksi ada a few jek yang baik2. Aku pon takmo risikokan diri naik teksi yang pelik2 lagi & believe me banyak jugak yang pelik2 lagi2 bila pompuan muda travelling alone (dulu la muda). They attack Islam, Kerajaan, talk about sex, tu blom yang suka2 pegang tangan orang suruh naik teksi dorang. Biadap sungguh, yang buat tu pon kebanyakan lelaki melayu islam.

Sebab tu ada coach wanita dalam tren yang lebih selamat dari teksi. Takkan tak terfikir teksi untuk wanita kan? Ok tau tak ekonomik, yang open sekarang ni pon macam2 cara nak charge melampau kat penumpang kan.

Aku bukan nak menangkan Uber atau kalahkan teksi, tapi teksi kena berubah untuk beri perkhidmatan yang terbaik untuk penumpang. Kita akan naik teksi, macam kita naik Uber, etc.

Wednesday, April 6, 2016

Janganlah marah anak tu beriya2 sangat

Aku memang garang, tapi kan dengan si kenit nih memang tokleh marah lama la. Dia pandai amik hati, kalo dah silap pandai mintak maaf & sedih sangat dengan kesalahan dia. Anak Mummy sayang penyejuk hati Mummy.

Kita mak2 nih tokleh marah anak beriya2, teruk2 atau lama2. Marah untuk mengajar ok, jangan hukum anak sebab frustrated kat diri sendiri. Lead by example, tengok perangai anak, tu la perangai ko, lebih2 lagi single mother nih.

Kalo aku marah kan, dia akan senyapkan diri, tempoh bertenang, kadang tu sampai tertido. Lepas tu aku tego la dia, ajak makan, bagi susu ke, time tu la dia akan mintak maaf & cakap, "Mummy happy? I'm sorry Mummy", huhu sedih ooo. Tapi mak kena cekal, "I'm not angry anymore, it's ok, baby. Jangan buat lagi". Kejap lagi kan balik la perangai asal, bising2, melompat2 dia tu 😅

Aku bangga dengan anak aku, boleh la bawak majlis, alhamdulillah. Cuma bertabahlah perangai dia yang sangat lasak, tu confirm belah bapak dia, diakui oleh MIL & mak aku sendiri, huhuhu...

Saturday, March 12, 2016

My first rides with Uber

Semalam pagi dapat Myvi, petang Civic pulak, jauh betul rupa paras dalam banding kete aku, huhu. Ubers car memang kene bersih kepe? Tableh buat part time la ginih, huhuhu...

Camne nak pakai Uber? Donlod apps kat app store & ikut jek arahan, senang apps nih. Masukkan code NABYHAMUE untuk dapatkan free rides sehingga RM10.

Pakai baju style sama untuk keje aka uniform

Billionaire Owner Of IKEA Still Buys Second Hand Clothes To Save Money
http://www.malaysiandigest.com/world/599792-billionaire-owner-of-ikea-still-buys-second-hand-clothes-to-save-money.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=malaysian+digest

Masa mula masuk keje, aku berazam takkan buat perkara berikut:
1. Belanja lebih suku gaji untuk kereta.
2. Baju, kasut, bag mahal2 untuk kerja.

Sebab semua nih memang guna 5 hari seminggu untuk kerja. Baju kurung aku pon tambah baru dalam 6 pasang setahun. Pasnie, sebab gomen dah bagi pakai pants suit, aku nak pakai seluar & tudung hitam style yang sama most of the week, & blouse jek la tukar, macam uniform gitu.

Macam Steve Jobs, tapi takde la hari2 sama kan, aku kan pompuan, hehe.

Keje jek pon kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...