Aku sekolah rendah sampai sekolah menengah tak pernah bagi hadiah untuk hari guru. Aku ingat darjah 1 budak2 bagi cikgu bunga, pastu ada classmate bagi aku sekuntum bunga untuk bagi cikgu, kira cover la tu, haha. Sape la tu aku x ingat tapi terima kasih.
Kendian suram dah adat bagi hadiah kat cikgu. Ada la jamuan sikit2 kat sekolah but nothing memorable. Teruk kan dulu2, wpun gitu budak2 takde la biadap macam zaman sekarang nih.
Nih anak aku pulak dah masuk taska. Cikgu ada 5 orang, helper 2 orang. Macam2 craft Mummy boleh buat nih, hehehe...
---Oleh Cikgu Abdul Ghani Haron---
PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH
Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid,saya mula meninjau ke masjid.Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat.Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat,saya ternampak satu susuk tubuh.Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.
Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi,saya tahu,dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal."Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu,lebih malu bila ada bertanya,Nurul tak bawa hadiah ka?Ini telah berlaku tahun lalu."Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh.Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.
Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk.Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar,bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah.Memanglah ia sesuatu yg baik.Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu,menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.
Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dg berseronok suka.Mungkin sukan,sukaneka itu baik utk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid,murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.Kpd ibubapa,minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.
Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam abdghaniharon.
BERBAGAI CORETAN HIDUP SAYA PAPAR DAN GARAP KAN DALAM BUKU SAYA BICARA MATA HATI YG TELAH TERBIT DALAM 3 JILID.Whatsapp atau sms 0124120846.
---tamat---
No comments:
Post a Comment