Nuffnang Ads

Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Saturday, February 7, 2015

Fairy wings

Anak aku aku bukan setakat minat mermaids, fairies pon dia minat.

Pergi Ikea aritu dia berkenan la kat fairy wings nih, harga RM19.90. Tapi semangat diy yang menebal dalam diri, Mummy konfiden jek nak buat sendiri.

Nih la hasilnya, banyak boleh improve nih. Katakanlah kalo anak nak kena buat costume ke kan, boleh la diy. Ahaha...

Pattern kat sini:
http://www.happy-giraffe.ru/community/25/forum/post/74801/

Wednesday, February 4, 2015

Diy play kitchen

I made this today & it's awesome.

Inspiration from here http://www.apartmenttherapy.com/inspirational-diy-cardboard-kitchen-185827

Sebenarnya dah lama nak buat, kotak2 pon kumpul dari tahun lepas. Semalam pulak aku bawak Si Motet nih pergi Ikea, sangkut pulak dia kat dapur mainan tu. Menangis2 takmo balik.

Dapur Ikea tu satu set RM300+, baiklah belanja bende lain. Lainlah kalo mak ko nih bergaji 20x ganda dari bende alah tu, insyaa Allah boleh la diusahakan.

Sebenarnya jugak aku nih suka bende alah diy. Kalo boleh semua mainan Comel aku nak diy, dalam hati macam2 keinginan, pinterest pon dah berlambak2 pin, masa pulak bole diusahakan, tapi tu la, MALAS.

So siang tadi, aku amik EL sebab Comel demam, mungkin sebab bercampur gaul dengan ramai orang semalam & mungkin jugak berjangkit dari sepupu dia. Alhamdulillah, demam dah ok, tinggal selesema & batuk yang insya Allah boleh dijaga oleh Nanny esok hari.

So after we had lunch, I started on my project. Buat cooker dulu. Lepas nih nak buat sink & cabinet, macam inspirasi aku atas nih.

Kotak pulak guna kotak cpu. Potong2, gunting2, tampal2, siap sebelum maghrib. Comel pon suka, tapi takde la sampai tahap excited, sebab dia suka sink. Insya Allah, Mummy buatkan nanti yer.

Aku buat ada 2 stove top siap knob boleh pusing, 1 oven kat bahagian paling bawah & tengah2 tu kabinet, haha macam tak logik tapi aku buat ikut flap kotak tu yang mana senang nak uruskan.
Sekarang nih warna pun warna kotak original, tengok la dah siap semua nanti boleh la warna cantik2 sikit. Jadik la buat masa nih.

Sunday, January 4, 2015

1st haircut

Pagi tadi, sblom brekfes, aku trim rambut Mysarah. Lama dah nak buat, tapi esek tangguh sebab sayang rambut.

Bahagian hujung rambut tu dah kering, dah la kerinting, nak detangle kemain susah, pastu putus2 rambut tu, isk. Conditioner tu membantu la jugak, tapi kalo dah kering tak berapa membantu jugak la.

Ha'ah, rambut dia panjang, kalo masa mandi nampak panjang sampai cecah pinggang. Itu la rambut sejak umo 10 hari, yang trim pon jambul jek jangan cucuk mata.

Aku pon main agak2 jek la potong tu, mula2 nak potong sikit jek, rupanya panjang tak sekata. Masa baby kan dia cukur bantal, tu pasal ada panjang pendek. Ada la 1.5' paling panjang aku potong. Kendian kerat2 jek la bagi agak2 balance. Senang sikit rambut kerinting nih, senget2 sikit tak berapa nak nampak.

Bila dah siap tu, nampak macam ok jek, haha. Nampak pendek sikit. Tapi kan, sblom nih ada jugak hamba Allah yang kata rambut Mysarah dah pendek bila berjumpa kendian, padahal aku tak usik apa2 pon.

So ok la kot, kalo hantar kedai berapa la kene bayo. Yang paling penting tatau la nanti dia buat perangai kehape kan? Tapi tadi macam ok jek, eksaited jek nak haircut. Senang la gini, Mummy jek la potong rambut ko, haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...