Nuffnang Ads

Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Produk pemutihan kulit dan orang kita

Sejak aku amik diploma dulu dah sibuk cerita budak2 pakai produk pemutih kulit nih. Kebanyakan pakai trial set, kulit jadik gebu lepas tu tak mampu nak beli full mahupun trial set, bila pakai pharmacy produk terus muka jadik parah. Yang ada duit tu terus la dengan kulit gebu, yang nasib tak baik pakai trial set dah rosak kulit.

Kawan2 terdekat aku ada beberapa orang, kulit jadik licin berkilat tapi merah nipis. Bila tanya semua jawab panas, padahal ketara nampak lain macam. Masuk keje pon masih lagi ada yang pakai siap ketara perbezaan kulit muka dengan tangan.

Orang kita memang suka kulit putih, nampak cantik bersih jek walaupun tak mandi, ahaha joking joking. Tapi kan, korang tau tak cousin pompuan aku half Melayu, half British. Pada kitorang kulit dia punya la cantik, tu pon nampak la beza dengan kengkawan dia yang pink pale. Pada dia pulak, kulit orang Melayu nih cantik, nak jadik macam kita2 nih siap pakai fake tan lagi.

Tapi biasa la kan, yg putih nak hitam, yg hitam nak putih, yang rambut lurus nak kerinting, gitu la sebaliknya.

Thursday, May 28, 2015

Sale my.bestbuy-world.com

my.bestbuy-world.com telah membuat 2 days sale pada 21-22 Mei yang lepas di The Sphere, Bangsar South. Diskaun sehingga 70% katanya.

Aku & Nova Leeza pergi hari ke-2 & juga hari terakhir sale. Kalo tak kerana Leeza, memang aku tak jejak la ke sana, haha. Tapi sebab aku nih kaki jalan, pulak tu ada geng, no hal sampai la jua.

Sale tu takde la besh mana, ingatkan ada lipstick estee, face powder, lipstick banyak2 ke. Mungkin sebab banyak dah habis kot.

Yang aku perasan ada skincare & mekap Clinique, Estee Lauder, SKII. Kalo minat SKII aku rasa berbaloi la. Mekap tak berapa banyak pon. Selain tu ada purse, & small bags dari jenama skin care & mekap yang selalunya kita dapat free beli set kam.

Handbag ok la, kalo tak cerewet ok jek. Handbags & purse jenama Coach, Paris Hilton, apa ntah lagi tak berapa ingat pulak. Pun aku tak berkenan, kalo kenal aku nih suka warna terang2.

Perfumes pon ada, big bottle macam2 brand.

Kitorang pon dok berpusing2 kat situ tengok semua benda, banyak2 kali. Dia bukak meja kat ruang legar & orang pun berkerumun kat meja2 tu. Ada jugak tester sikit2.

Hasilnya, aku beli eye cream brand Clinique, trial size. Memang nak beli eye cream pon, dah nampak kedut dah bawah mata nih sebab akhir2 tu aku dah malas nak pakai night cream. Bila umur dah masuk 20s, kena rajin pakai moisturiser & jangan abaikan juga leher, sapu jangan tak sapu.  Selain tu eye cream jugak. Tapi aku tepek jek dengan moisturiser yang sama, haha.

Lagi aku beli lipstick brand Clinique, kaler Blushing Nude. Well not that nude, kat aku nih dia jadik gelap sikit, tapi ok la kalo mekap smoky kan. Seketul barang lagi brand Clinique jugak, foundation dalam trial size.

Total price RM41 untuk 3 barang, jadik la kan. Yang aku gigih pakai pon eye cream tu jek la, haha.

Well, the sale was only for 2 days. If you're interested you can visit http://my.bestbuy-world.com for more products & offer.

Saturday, November 29, 2014

Coffee scrub

Besh pulak coffee scrub nih, lepas minum tenyeh kat muka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...