Rumah sewa kedua yang kitorang sekeluarga duduk dulu, flat sewa murah, kawasan dia tak berapa elok. Budak2 dia pon ramai tak elok. Mana2 dinding, termasuk lif, taman permainan ada jek contengan vandalisme bende lucah, tak senonoh. Bayangkan budak2 kecik pon selamba jek mencarut, memaki.
Aku? Aku yang tatau apa makna bende tu semua pun seronok la mengikut. Bergaduh dengan adik2 jek sebut. Agaknya 2-3 kali sebut, mak aku pun marah la bgtau makna bende tu semua. Bila dah tau rasa malu la kan, tak sebut lagi dah.
Selain dari persekitaran, orang2 dalam family tu pun jadik punca jugak. Entah2 bapak dia yang kuat memaki kan, maknya pon tak berani nak tego bapak, anak pon bebas la mengikut. Bila marah jek, budak menjawab, apesal bapak boleh, dia tak boleh pulak?
No comments:
Post a Comment