Lama dah tak menulis betul2 kat blog nih. Nak bersawang dah eh. Sebenarnya aku banyak idea nak menulis, tapi pemalas ya amat. Orang banyak hobi la katekan, ahaha.
Cakap pasal banyak hobi nih, apa la banyak sangat ke hobi aku nih? Ye la, bleh tahan banyak la untuk diri aku yang tak berapa nak banyak masa, mahupun duit. Tapi ada satu hobi baru yang aku baru menceburkan diri sejak tahun lepas, iaitu Lego & building blocks yang seangkatan dengannya.
Hari ini plan aku banyak sebenarnya, tapi sebab bangun pon dah lewat & pemalas jua, aku cuma pergi 2 tempat jek. Groceries (& Lego) shopping di Aeon Big Wangsa Maju & memenuhi undangan Birthday Party anak jiran.
Aku & Comel bertolak ke Aeon Big Wangsa Maju lepas Zuhur. Mak aih ramainya orang, nasib baik masa tengah queue ada kereta nak keluar, strategik pulak tu dekat dengan exit dari mall.
Aku terus menuju ke tempat mainan, ahaha groceries shopping la sangat! Nampak ada sorang mamat tengah pilih2 Lego sambil meng-watsap, kendian dia hilang & datang balik dengan troli. Punya la lama aku kat situ. Beli pon 2 ketul jek.
Bagi yang dah sedia maklum, setiap 28hb, Aeon Big akan bagi diskaun 5% bagi total pembelian, t&c applies as usual. Section mainan pulak dapat diskaun 25%, amboi berbaloi!
See 25% discount |
Jadik harganya selepas diskaun (25%) + 5% adalah seperti berikut:
Lego City 60088 RM28.45
Lego Creator 31033 RM56.95
Harga asal Lego City 60088 |
Harga asal Lego Creator 31033 |
Berbaloinya, patut la mamat tadi borong satu troli.
Kalo tak minah nih nak starter pack yang besor tu, sib baik dia dah terpandang mainan lain |
Tengok tu, punya la minat bomba |
Balik tu, lepas lepak2, Comel mintak main fire rescue. Dia memang minat dunia per-bomba-an nih, it's a noble career btw, I respect them :salute:
Princess takmo tukor baju, Princess nak main fire rescue. Ye la, nak, main la. |
Itu jek la pembelian kali nih, Lego yang dulu pon tak terpasang. Nanti2 la free, anak dah pandai main baru la syiok. Sekarang nih kita tukang pasang, dia pulak pemusnah. Dah macam otromen & resakse la pulak.
Dah GST nanti camne la kekdahnya? |
1 April nanti efektif GST, abes la semua bende naik rege. Tapi mana la tau aku pon naik gaji, naik pangkat ke. Apa2 pon, rezeki Allah jua yang memberinya.
No comments:
Post a Comment